Tuesday 6 October 2009

DONUT (Kelly Allrecipes)


Ermm...lebih kurang 2 bulan lamanya berehat dari menulis di blog lilly ni. Lilly mengalami keguguran pada 10 Ogos yang lepas dan tak lama lepas tu bulan Ramadhan pun tiba. Lilly mengambil keputusan untuk berehat seketika dari menulis di blog ini supaya lilly dapat berehat secukupnya dan mengaji al-Quran. Di bulan puasa lepas lilly selalu membuat donut untuk Ammar dan Aisyah kerana mereka cukup suka makan donut sewaktu berbuka puasa.

Bahan-bahannya:
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  4. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  5. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter.
  6. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  7. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  8. Toskan minyak. Salut dengan gula icing semasa donut itu masih panas. ATAU
  9. Salut donut dengan coklat masakan yang telah dicairkan dengan kaedah double boiling. Kemudian hias mengikut kreativiti masing-masing.
  10. Salut donut dengan gula icing berwarna.


Rasanya belum lambat lagi lilly mengucapkan SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.
Lilly dan keluarga pulang beraya di Malaysia. Seronok beraya di Malaysia.








Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails