Wednesday 11 November 2009

KUEW TEOW CANTONESE




Kuew teow MH beli 2 bungkus dari kawannya minggu lepas. Lilly simpan dalam fridge tempat beku supaya tahan lama. 'Nak masak apa kuew teow tu? Kuew teow goreng ok?' lilly tanya MH. 'Kuew teow cantonnese la macam kita selalu makan kat hotel dulu'.

Lilly tak pernah masak kuey teow cantonnese tapi secara asasnya tahu macam mana nak masak sebab masakan cina agak mudah dimasak berbanding masakan melayu. Boleh agak-agak...letak bawang putih, pakai sos tiram, tepung jagung dan stok ayam. Lagipun lilly pernah tengok 'live' bagaimana kuey teow cantonnese dimasak waktu lilly order lunch semasa berkerja sekejap di OCBC.

Tapi lilly masih meronda mencari resepi kuew teow yang sedap sebagai rujukan. Lilly gunakan resepi dari mykitchensnippets blog.


Kuew Teow Cantonese Style

Bahan-bahannya:
300 gram kuew teow
5 ketul ayam -dipotong kecil
8 ekor udang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji telur -dipukul sedikit
sayur paksoy

Bahan A
2 sudu kecil kicap soya
1 sudu kecil tepung jagung
secubit serbuk lada sulah

Bahan B
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap soya
1 sudu kecil gula
2 cawan stok ayam (lilly guna 2 cawan ait + 1 kiub ayam)

Bancuhan tepung jagung
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air

Cara menyediakannya:

  1. Perap ayam yang telah dipotong kecil dengan kicap soya dan sedikit lada sulah. Biarkan sekejap.
  2. Panaskan kuali dan letak 1 sudu besar minyak. Masukkan satu sudu besar kicap soya dan kemudian masukkan kuew teow. Balik-balikan sehingga keperangan. Angkat.
  3. Panaskan kuali dan letakkan 1 sudu besar minyak. Tumis bawang putih sehingga keperangan dan naik bau. Masukkan ayam yang telah diperap dan kacau rata. Masukkan udang. Biarkan seminit dan kemudian masukkan bahan B.
  4. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sayur paksoy dan bancuhan tepung. Kacau dan rasa kuah secukup rasa. Padamkan api. Masukkan telur yang telah dipukul.
  5. Kacau kuah dengan laju dan curahkan kuah di atas kuew teow. Sedia untuk dimakan.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails