Sunday 17 April 2011

Puding Roti Epal Karamel



Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah tak sangka Puding Roti Epal Karamel, resepi baru lilly tokok tambah dari resepi asal Puding Roti Choc Chips dan Pisang menjadi dan sedap. Surprisingly, MH pun suka puding roti ni walaupun lilly sedia maklum dia memang tak suka bread pudding.
Ammar dan Aisyah terus je minta nak makan puding roti ni bila dah siap bakar. Tak sabar nak tunggu sejuk betul-betul terus mintak nak ngap. Mungkin kerana bau wangi gula karamel membuatkan diaorang tak sabar nak makan.
Perfect combination! Puding roti epal karamel ini rasenya memang sedikit manis tetapi apabila dimakan bersama potongan epal hijau yang masam memang sedap.


Puding Roti Epal Karamel


Sumber: Dari dapur di Riyadh

Bahan-bahannya:

12 keping roti - dibuang kulit
2 cawan susu segar/long life
1/2 cawan gula
4 biji telur
1/4 cawan minyak jagung
1 sk esen vanila
2 sudu besar mentega
1 cawan gula - boleh kurangkan jika suka
2 biji epal hijau - dibuang kulit dan potong dadu
10 biji kurma
Gula ising


Cara membuatnya:

  1. Potong tepi kulit 9 keping roti dan koyakkan. Rendamkan roti dengan susu di dalam satu bekas selama 1/2 jam.
  2. Pukul telur dan 1/2 cawan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila dan minyak jagung. Kacau rata.
  3. Cairkan 1 cawan gula di atas kuali hingga keperangan seperti buat gula hangus. Masukkan mentega dan epal yang telah dipotong dadu. Kacau rata. Tutup api dan terus curahkan karamel ke dalam no 2 dan kacau.
  4. Kemudian masukkan bancuhan tadi di dalam bancuhan roti. Masukkan kurma yang telah dihiris dan kacau rata. Ketepikan.
  5. Ambil 3 keping roti dan koyakkan dan susun dalam bekas membakar. Curahkan no 3 ke dalam bekas. Pastikan semua roti tadi terendam.
  6. Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit atau sehingga keperangan.. Keluarkan dan sejukkan. Ayak gula ising di atas puding jika suka.



Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails