Friday 6 May 2011

Kuih Lopes


Sambung operasi update resepi yang tertangguh dari dua hari lepas.

Terliur Lilly tengok kuih lopes di rumah Dayang Jack last month. Mesti kena buat ni...nampak macam mudah je. Almaklum Lilly ni suka cuba resepi yang mudah dibuat dan sedap.

Jadinya, Isnin lepas lilly pun keluarkan periuk pengukus yang telah lama tersimpan rapi di dalam kabinet tu. Dan alhamdulillah kuih lopes lilly menjadi petang itu.

MH balik kerja tanya "Sapa bagi kuih lopes ni?" Nak tergelak pun ada masa dengar tu.Ye lah isteri dia boleh ada masa nak buat kuih lopes dengan nak jaga Anas lagi. Tahu tak apa Lilly jawab " Mestilah ayang buat sendiri. Takde sapanya nak bagi kuih banyak tu." Kalau pompuan lain dah merajuk dengar hb tanya sapa yang bagi.. huhuhuhh.

Kuih Lopes
Source: Tulip 77 MyResipi


Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur (tak letak)
1/2 sdt garam
beberapa titik pewarna hijau (lilly letak pandan paste)
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air


Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.






Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails