Tuesday 9 August 2011

Kangkung Goreng Belacan


Tukar selera sikit untuk juadah berbuka puasa hari ni. Lilly masak nasi lemak sambal ikan bilis berserta ayam goreng dan kangkung goreng belacan. Lilly kalau masak nasi lemak at least mesti ada lauk sampingan ayam goreng kerana MH tak suka makan nasi lemak kosong. Kebetulan juga ada sayur kangkung dalam fridge, lilly pun buat juga kangkung goreng belacan. Jom tengok resepi mudah kangkung goreng belacan style lilly.

Kangkung Goreng Belacan
Sumber : lilly dapurdriyadh

Bahan-bahan:
1 ikat sayur kangkung - dipotong asingkan bahagian daun dan batang
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 biji bawang besar - ditumbuk
1 tangkai cili merah - ditumbuk
sedikit belacan- situmbuk
1/4 kiub perisa ikan bilis
1/2 cawan air
garam

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk. Goreng sedikit sehingga naik bau.
  2. Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih. Masukkan batang sayur kangkung, secubit garam dan kiub perisa ikan bilis jika suka. Tunggu hingga batang lembut.
  3. Kemudian baru masukan bahagian daun kangkung dan kacau rata. Tutup api.


No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails