Wednesday 10 August 2011

Sambal Ikan Bilis


Salam. Sekarang ini mesti kawan-kawan di Malaysia sedang memikirkan hendak masak atau beli apa untuk berbuka hari ini. Di sini lebih kurang pukul 11.00 pagi. Anak-anak semua masih tidur kerana mereka tidur selepas bersahur dan solat subuh bila waktu Ramadhan. Lilly sekarang ni tengah berpikir-pikir nak buat kuih apa hari ni. Ada jamuan iftar bersama kawan-kawan Riyadh di rumah seorang kawan lilly petang nanti. Nak tahu apa yang lilly buat kena tengok next entri ye.....
Semalamkan lilly masak nasi lemak sambal ikan bilis. Jadinya entri kali ini lilly nak share sambal ikan bilis style lilly. Malam tadi tak sempat nak update entri ini. Ye lah dah 3 entri sekali....hihihh.

Sambal Ikan Bilis
Sumber: lilly dapurdriyadh

Bahan-bahannya:
50 g ikan bilis yang telah dibersihkan - goreng hingga garing
2 bawang besar size sederhana-dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
secubit belacan - dikisar sekali
3/4 cawan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa dari secubit asam jawa
1 labu bawang - dibelah 8
3 sudu besar minyak masak
4 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam halus

Cara membuatnya:

  1. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumiskan bahan kisar hingga masak. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing dan pecah minyak. Perlahankan api.
  2. Masukkan gula dan kacau rata. Ini untuk mendapatkan warna sambal yang merah.
  3. Masukkan 1/2 cawan air dan tunggu mendidih.Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan sambal sehingga masak lebih kurang 5 minit.
  4. Masukkan ikan bilis goreng, belahan bawang besar dan garam. Kacau rata. Biarkan sambal masak lagi.
  5. Rasa masin dan manis sambal. Tambah garam gula jika perlu. Tutup api dan sedia dihidang.



No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails