Monday 19 September 2011

Biskut Suji


Resepi biskut suji ini resepi turun menurun keluarga MH yg lilly dapat dari mak mertua lilly. Tiap-tiap tahun raya mesti kena ada biskut suji ni sebabnya favorite MH. Anak-anak pun suka.
Untuk raya tahun ini, lilly buat juga biskut suji walaupun balik beraya di Malaysia beraya. Dapat request dari mak lilly utk rasa biskut suji yang lilly buat. Lagipun mak mertua lilly dah pencen buat biskut raya tahun ni. Mak lilly memang dah lama pencel awal sebab adik lilly , Kak Ngah take over buat biskut raya dari dulu.
Biskut suji ni tidak menggunakan tepung suji. Bahan-bahannya pun menggunakan bahan yang asas sahaja. Memang mudah membuatnya. Sedap pun ia juga. Belum apa-apa satu dulang dah habis dimakan masa malam tu.

Biskut Suji (120 biji)

Bahan-bahan:
1 tin ghee (400g)
2/3 tin gula ising
1 - 1 1/4 tin tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 tsp garam

Cara membuatnya:

Cairkan ghee dan sejukkan.Di dalam satu bekas, gaulkan ghee tadi bersama gula ising, baking powder dan garam.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Bulat-bulatkan doh menjadi bentuk guli dan tekan sedikit di atasnya dan susun di atas dulang pembakar pada jarak 1 inci kerana suji akan mengembang.
Bakar biskut pada suhu 150C selama 7-10 min bergantung pada oven masing-masing.
Keluarkan dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas yang kedap udara.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails