Monday 22 August 2011

Ayam Masak Merah Madu


Kembali bersiaran. Lilly nak kongsi resepi ayam masak merah madu yang lilly selalu masak semasa Ramadhan tahun ini. Tidak kurang 2 kali seminggu mesti lilly masak. Aisyah memang cukup suka makan ayam masak merah madu ni. Bila ada jemputan iftar rumah kawan, lilly pun mesti masak ayam masak merah madu ini. Kenapa ye? Sebabnya lilly rasa confirm laku orang ambik makan. Budak-budak pun memang suka kan kalau ayam masak merah berbanding lauk yang bersantan. Betul tak?


Ayam Masak Merah Madu
Sumber: lilly dapurdriyadh.blogspot.com

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong kecil
(letak kunyit dan garam dan goreng separuh masak)

Bahan dikisar
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2-3 sudu besar cili kisar - ikut nak pedas macam mana
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

Bahan lain:
1 labu bawang besar - dimayang
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
3 sudu besar pes tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu
1/2 kiub perisa ayam
1 cawan air
3 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji tomato- dibelah 4
1 helai daun pandan - disimpul

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan 4 sekawan dan daun pandan. Masukan bawang besar yang dimayang, lengkuas dan halia. Goreng hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan dikisar dan goreng hingga garing.
    Masukkan pes tomato, sos tomato, sos cili, madu dan kacau rata. Masukkan sedikit air sekiranya ingin mahu berkuah. Kacau rata
  2. Setelah itu masukkan ayam, buah tomato, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  3. Gaulkan hingga sebati dan rata. Agak ayam masak mesra dengan kuah bolehlah tutup api dan angkat.

Daging Masak Blackpepper Berkentang


Assalamualaikum wbt. Bila dah masuk hari ke 10 terakhir Ramadhan, mood nak memasak macam menurun kan. Nak masak yang simple je. Macam mana dengan kawan-kawan sekalian. Sama ke? Atau pun ntah-ntah lilly sorang je. Al-maklumlah mood nak balik raya dah menjelma. Insya-Allah lilly balik beraya tahun ni. Tapi sekejap je...hanya 8 hari. Oklah kan daripada tidak balik langsung.
Daging Blackpepper Berkentang ini, menu iftar lilly 2-3 hari lepas. Senang dan sedap. Kalau makan dengan nasi panas boleh bertambah la masa bersahur tu.


Daging Blackpepper Berkentang
Sumber: lilly dapurdriyadh.blogspot.com

Bahan-bahan:
500 gm - 1 kg daging -
(dihiris nipis dan direbus hingga empuk - simpan 1 cawan air rebusan daging)
1/2 biji bawang besar - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
secubit lada hitam - ditumbuk halus

Bahan lain
1/2 batang carrot - dihiris panjang
2 biji kentang - dipotong baji 8
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 biji tomato - dipotong 8
2 cili merah - dibelah tengah
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/4 cawan kicap manis
1 sb kicap masin

Cara-cara:

Tumis bahan yang ditumbuk hingga garing dan wangi. Masukkan daging bersama air rebusan daging. Tunggu mendidih.
Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan masin. Kacau rata.
Bila dah agak cukup pekat kuah, masukkan kentang, carrot, tomato, bawang dan cili merah. Agak-agak layu tutup api. Siap utk hidang.


Wednesday 17 August 2011

Buttermilk Pancakes


Ammar request lilly buat pancake untuk berbuka puasa semalam. Layan je la kan apa budak-budak ni nak makan. Sebab they all jarang request pada lilly nak makan apa. Jadinya lilly pun buat buttermilk pancake resepi yg lilly nampak kat blog kak shidah. Dua kali jugalah budak-budak makan pancake ni... time berbuka dan lepas terawih.


Buttermilk Pancakes
Adapted from joyofbaking
Sources: dairimama.blogspot.com


Ingredients:
1 cup (130 grams) all-purpose flour
1 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
2 tablespoons granulated white sugar
1 large lightly beaten
1 cup (240 ml) buttermilk (or 1 cup of milk + 1tbs vinegar, let it stand for 5-10 minutes)
2 tablespoons (40 grams) unsalted butter, melted
Plus extra melted butter for greasing the pan



Method
  1. Mix the dry ingredients, make a well in the center. Pour in the wet ingredients, mix with a whisk.
  2. Heat a non stick pan, lightly butter it, using a scoop, pour the batter. Once bubbles appear, turn over, cook for 1-2 minutes.
  3. Served with condensed milk/honey/maple syrup or whatever toppings u like :)

Thursday 11 August 2011

Kuih Tepung Pelita Daun Pandan



Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua. Inilah kuih yang lilly buat akhirnya untuk juadah iftar semalam. Kuih tepung pelita daun pandan. Tapi lilly punya tepung pelita tak guna daun pandan sebagai bekas. Pakai bekas plastik kecil yang biasa tu. Sebenarnya tak reti nak buat kelongsong pun ye juga...hihihh. Plus sayang mak ooii nak pakai daun pandan buat kelongsong....kalau dekat Malaysia lainlah. Berlambak daun pandan.
Tuan punya resepi kuih ini adalah Ros jintanmanis.com. Masa nampak kuih ni dekat rumah Ros, terus cakap dalam hati nak cubalah resepi kuih tepung pelita ni. Untuk menambahkan koleksi resepi tepung pelita yang ada. Pada lilly kuih tepung pelita ni, tekstur hijaunya memang macam kuih tako. Rupa pun lebih kurang sama... Peace.


Kuih Tepung Pelita Daun Pandan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Untuk Lapisan Bawah ( warna hijau)
1/2 cawan tepung beras
1 paket (100gram) tepung hoen kwee warna hijau
1 sudu besar air kapur
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan air@ jus perahan daun pandan

Untuk Lapisan Atas ( warna putih)
450ml santan
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara-caranya

1. Buat Kelongsong tepung pelita menggunakan daun pandan, kemudian satukan tepung beras, tepung hoen kwe hijau, gula dan jus pandan, kacau sebati dan tapiskan, masukkan di dalam periuk dan kacau selalu hingga pekat dan berkilat.

2. Selepas itu curahkan lapisan hijau tadi ke dalam kelongsong daun pandan dan biarkan seketika. Sementara itu buat lapisan atasnya, santan di campur dengan tepung beras dan garam, kacau sebati dan tapiskan. Masukkan di dalam periuk dan kacau selalu, setelah santan menjadi pekat, curah kan ke atas lapisan hijau tadi, dan biarkan sejuk.

3. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan, Selamat Mencuba.




Wednesday 10 August 2011

Sambal Ikan Bilis


Salam. Sekarang ini mesti kawan-kawan di Malaysia sedang memikirkan hendak masak atau beli apa untuk berbuka hari ini. Di sini lebih kurang pukul 11.00 pagi. Anak-anak semua masih tidur kerana mereka tidur selepas bersahur dan solat subuh bila waktu Ramadhan. Lilly sekarang ni tengah berpikir-pikir nak buat kuih apa hari ni. Ada jamuan iftar bersama kawan-kawan Riyadh di rumah seorang kawan lilly petang nanti. Nak tahu apa yang lilly buat kena tengok next entri ye.....
Semalamkan lilly masak nasi lemak sambal ikan bilis. Jadinya entri kali ini lilly nak share sambal ikan bilis style lilly. Malam tadi tak sempat nak update entri ini. Ye lah dah 3 entri sekali....hihihh.

Sambal Ikan Bilis
Sumber: lilly dapurdriyadh

Bahan-bahannya:
50 g ikan bilis yang telah dibersihkan - goreng hingga garing
2 bawang besar size sederhana-dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
secubit belacan - dikisar sekali
3/4 cawan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa dari secubit asam jawa
1 labu bawang - dibelah 8
3 sudu besar minyak masak
4 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam halus

Cara membuatnya:

  1. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumiskan bahan kisar hingga masak. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing dan pecah minyak. Perlahankan api.
  2. Masukkan gula dan kacau rata. Ini untuk mendapatkan warna sambal yang merah.
  3. Masukkan 1/2 cawan air dan tunggu mendidih.Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan sambal sehingga masak lebih kurang 5 minit.
  4. Masukkan ikan bilis goreng, belahan bawang besar dan garam. Kacau rata. Biarkan sambal masak lagi.
  5. Rasa masin dan manis sambal. Tambah garam gula jika perlu. Tutup api dan sedia dihidang.



Tuesday 9 August 2011

Kangkung Goreng Belacan


Tukar selera sikit untuk juadah berbuka puasa hari ni. Lilly masak nasi lemak sambal ikan bilis berserta ayam goreng dan kangkung goreng belacan. Lilly kalau masak nasi lemak at least mesti ada lauk sampingan ayam goreng kerana MH tak suka makan nasi lemak kosong. Kebetulan juga ada sayur kangkung dalam fridge, lilly pun buat juga kangkung goreng belacan. Jom tengok resepi mudah kangkung goreng belacan style lilly.

Kangkung Goreng Belacan
Sumber : lilly dapurdriyadh

Bahan-bahan:
1 ikat sayur kangkung - dipotong asingkan bahagian daun dan batang
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 biji bawang besar - ditumbuk
1 tangkai cili merah - ditumbuk
sedikit belacan- situmbuk
1/4 kiub perisa ikan bilis
1/2 cawan air
garam

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk. Goreng sedikit sehingga naik bau.
  2. Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih. Masukkan batang sayur kangkung, secubit garam dan kiub perisa ikan bilis jika suka. Tunggu hingga batang lembut.
  3. Kemudian baru masukan bahagian daun kangkung dan kacau rata. Tutup api.


Veal Soup



Semalam juga lilly masak veal soup untuk lauk berbuka puasa. Memang sedap sup daging kita kalau kita pakai veal @ anak lembu. Tapi make sure campur juga dengan bahagian yang bertulang baru rasa kick sup tu. Orang kat rumah ni memang suka makan sup daging teruatamanya veal atau naimi. MasyaAllah dagingnya memang lembut dan kurang berlemak berbanding daging lembu biasa. MH siap cakap nak bawa balik veal dan naimi bila balik Malaysia raya nanti. Boleh ke? Dia kata dekat Malaysia takde semua tu. Tapi memang betul pun bila pikir balik. Daging lembu dekat Malaysia tak sama dekat Riyadh. Tak tahu kenapa. Begitu juga ayam... hhmmm.


Sup Daging
Sumber: lilly dapurdriyadh

Bahan-bahannya:
1 kilo daging lembu -(bertulang) direbus sehingga empuk
3 bawang putih - dikisar halus
1 1/2 biji bawang besar - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
2 sb perencah sup daging ayam Adabi
1 bunjut sup ayam
1 batang cellery - dihiris nipis
2 ubi daun bawang
1 biji kentang dibelah 4
1 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 liter air atau lebih
1 1/2 sb garam halus
daun bawang
bawang goreng

Cara membuatnya:
  1. Bersihkan daging dan rebus daging dengan 2 liter air hingga empuk. Ketepikan.
  2. Panaskan periuk dengan 2 sudu besar minyak. Apabila agak-agak minyak sudah panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
  3. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Kacau sehingga naik bau. Masukkan perencah sup daging ayam yang telah digaul dengan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging berserta air rebusan. Masukkan sup bunjut dan ubi daun bawang. Tunggu sehingga mendidih. Perlahankan api.
  5. Masukkan kentang dan tutup periuk . Biarkan lebih kurang 10 -15 minit sehingga kentang masak. Buka semula tudung periuk.
  6. Masukkan batang cellery dan garam. Tambah garam lagi jika perlu. Tutup api.
  7. Taburkan daun bawang dan bawang goreng sewaktu menghidang.


Sardine Puff



Salam Ramadhan semua yang sudi menjenguk rumah lilly yang tak seberapa ni. Diharap tak terlambat untuk lilly mengucapkan Ramadhan Kareem kepada followers, silence reader dan pengunjung semua. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan keinsafan pada lilly dan kita semua. Semoga Ramadhan pada tahun ini yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya. Amin.
Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang ke 9 kita berpuasa pada tahun ini. Tahun ini juga sudah masuk 5 tahun jugalah lilly berpuasa di Riyadh bersama keluarga kecil lilly. Tahun ini juga Aisyah sudah mula berpuasa penuh... (kecuali hari pertama je dia berbuka puasa pukul 3.00 petang). Rasenya mungkin dia tidak tahan tengok karipap daging yang lilly buat hari tu.
Hari ini lilly buat puff sardin sebagai kuih berbuka puasa. Ammar dan Aisyah suka sangat puff sardin tapi tidak bagi MH sebabnya dia kata sayang buat puff guna inti sardin. Sorry ye laling...ikut tekak majoriti plus chef.

Sardine Puff
Sumber: lilly dapurdriyadh

Bahan-bahan:
Puff pastry secukupnya
Inti sardin
Sapuan
- Sedikit susu segar dan 1 biji telur-pukul

Bahan-bahan inti sardin:
1 tin sardin - buang kuah tomato dan keluarkan isinya saja
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 bawang besar - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 bawang besar -didadu
1/2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sb gula
1/2 sb garam halus
1 sb perahan lemon

Cara membuat inti sardin:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar dan goreng hingga sedikit garing. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bawang yang dipotong dadu dan ikan sardin. Kacau rata sambil hancurkan ikan sardin.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, garam, gula dan perahan lemon. Kacau rata sehingga inti agak kering. Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau rata dan tutup api.
Cara membuat puff sardin:
  1. Defrostkan sekejap instant puff lebih kurang 15 minit.
  2. Ambil satu bahagian dan kelar 3-4 line di sebelah kanan bahagian segitiga.
  3. Letak inti sardin di tengah-tengah kulit puff. Tutup puff dengan melipat puff berbentuk segitiga kemudian tekan perlahan-lahan dengan garfu di keliling puff.
  4. Ulang langkah 2 dan 3 sehingga habis.
  5. Sapu bancuhan susu dan juga telur di atas kulit puff.
  6. Bakar lebih kurang 10-15 minit suhu 180C. Angkat dan hidangkan.


Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails