Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Monday, 23 January 2012

Leftover roti lagi!!! Bread Tart with Serunding



Tengok gambar je dulu. Saya lupa resepi agak-agak yang menjadi yang saya buat tempoh hari. Kena mimpi dulu rasanya baru ingat.

Updated.
Tak perlu tunggu malam karang untuk ingat resepi roti serunding. Nasib baik untuk saya, rupanya saya ada mencatat resepi di dalam notes IP. Roti serunding ini saya buat untuk jamuan usrah bapa-bapa pada hari itu. Fikir apa yang paling senang dan macam biasa untuk menghabiskan roti di rumah ini. Petang itu saya menjadi seperti peserta MasterChef Malaysia yg di beri tugasan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Juri-jurinya ialah bapa-bapa usrah yang hadir pada malam itu.

P/S: Oleh kerana presentation utk Bread Tart with Serunding ni nampak menarik, bapa-bapa usrah pada malam itu tertanya-tanya pada MH. Apa tu...apa tu.


Bread Tart with Serunding
Resepi oleh lilly dapurdriyadh

Bahan-bahannya:
1 cawan susu segar/long life
3 biji telur
7 keeping roti
1/4 sk garam
Cheese Mozarella secukupnya
2 biji sweet potatoes
Serunding secukupnya
Cili merah 1 biji - dihiris

Cara membuatnya:

  1. Buang kulit roti. Ambil satu keping roti dan potong 6 empat tepat. Ulangi sehingga roti habis.
  2. Di dalam bekas yang lain pula, pukul sedikit telur, gula dan susu. Masukkan sedikit garam.
  3. Ambil roti tadi dan rendam roti di dalam bekas yang berisi susu. Ketepikan.
  4. Sambil itu kupas kulit sweet potatoes. Basuh bersih dan hiris nipis membulat. Ketepikan.
  5. Masukkan 2-3 keping roti ke dalam bekas muffin, kemudian ambil 3-4 keledek td dan susun di atas roti. Masukkan lagi 2-3 kepingan roti menutupi keledek.
  6. Tabur mozarella cheese...mcm buat pizza.Lagi banyak lagi sedap! Ulangi sehingga habis.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan emas.
  8. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Taburkan serunding daging dan letak 2-3 hirisan cili merah.


Wednesday, 21 September 2011

Bun Yogurt


Lamakan lilly tak buat roti? Tapi semalam angin rajin telah menyapa, jadinya lilly pun cubalah buat bun yang menggunakan yogurt. Haiii... hari yogurt la katakan. Lilly buat bun kosong je. Bila nak makan baru potong sikit dan sapukan dengan butter atau nutella.


Bun Yogurt
Sumber: Onigiri MyResepi


Bahan-bahan ( kuantiti bergantung pada saiz bun yang dihasilkan )
250 gram tepung roti
120 gram plain yogurt
40 ml susu segar
20 gram marjerin
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softener
krim coklat atau krim susu atau kaya sebagai inti ( ikut selera masing-masing)


Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pada yang ade BM menu Dough dan ON je.
  2. Perap 40 minit dan kemudian tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin. Bahagi doh pada 10 bahagian dan biar selama 8 minit.
  3. Ambil doh tadi dan masukkan inti kegemaran anda, tapi klu nak plain je pun boleh. Biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 50 minit atau satu jam.
  4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 15 minit atau sehingga permukaan bun tadi perang.Sejukkan atas redai.

Monday, 10 May 2010

Baby Bread Pudding


Suka sangat tengok bread pudding ni...comel kecik molek. Naik seri dan menarik bila lilly letak hirisan buah strawberry di atasnya. Lilly buat dua adunan resepi ni. Mudah dan cepat membuatnya. Resepi asal dari kak fida myResepi.


Baby bread pudding

Bahan-bahan ( 6 keping )
2 keping roti putih
2 sb tepung jagung
3 sb gula halus
100 ml susu cair
2 biji telur (guna 1 putih telur saja)
1-2 titik esen vanilla
sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara:
  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur (akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis. Lilly tabur juga hirisan badam di atasnya.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
    ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

Tuesday, 4 May 2010

Sosej Rolls

Sosej rolls ni resepi lama yang diemail oleh kak jeni dalam MMR groups...tak silap tahun 2007. Pernah buat sekali je. Setelah sekian lamanya tak buat sosej rolls ni...Wednesday last week barulah Lilly buat utk frozen. Friday baru goreng.
Sosej rolls ini sebenarnya dibawa ke party yang dianjurkan oleh MH dan lilly, kak Zura n hb, Nura & hb dan Ilyana & hb di Yamamah Resorts. Sekejap je licin habis...lilly sendiri tak dapat makan...hanya makan sedikit lebihan Aisyah dalam kereta semasa on the way ke sana. Inshaa Allah nak buat lagi sebagai bekal anak sekolah next week.


Sosej Rolls

Bahan-bahannya:
Roti sandwich secukupnya
Sosej secukupnya- rebus sekejap
1-2 biji telur - dipukul sedikit
Breadcrumbs
Bancuhan tepung gandum- sbg glu (tidak pekat @ cair)

Cara membuatnya:
  1. Steam sekejap roti. Keluar kan roti dari steamer. Kemudian gelek roti dgn rolling pin supaya roti jadi nipis.
  2. Letak sosej. Gulung roti dan gam kan hujung roti dengan banchuhan tepung gandum.
    Celupkan roti dalam telur dan kemudian golekkan roti ke dalam breadcrumbs.
  3. Goreng sosej rolls dengan minyak sederhana panas. Angkat apabila sosej rolls tadi berwarna keperangan.
  4. Sosej rolls tadi boleh juga di frozen kan. Bila hendak makan keluarkan dulu sekejap sebelum digoreng.
    goreng la.

Sosej rolls utk difrozen.

Wednesday, 31 March 2010

BUN PANDAN (Onigiri MyResipi)


Semalam petang buat bun pandan. Mood buat rotikan dah kembali...hihih. Lagipun roti sosej dah habis kena ngap.
Lilly buat bun pandan ..resepi yang dah simpan lama berangan nak buat....finally hari semalam baru buat. Resepi dari Onigari, My Resipi. Pandai-pandai je Lilly tambah susu pekat manis...supaya bun lagi gebu seperti kawan lilly Nur selalu buat. Alhamdulillah bun tu tetap menjadi. Lembut dan gebu.
Lilly letak inti kaya dan ada juga yang dibiar kosong.


Bun Pandan

Bahan-bahan: ( menghasilkan 16-18 biji bun )
250 gram tepung roti *
50 gram tepung gandum * (lilly pakai 300g tepung gandum)
1 biji telur
140ml air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna hijau atau b0leh juga guna pes pandan
1 sudu kecil dough softner atau bread improver
lilly tambah 1 sk susu pekat manis

Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan dlm bekas adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan, klu ade breadmaker pilih menu dough dan tekan On je. Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda.
  2. Selepas itu, tumbuk doh utk keluarkan angin, uli dlm dua tiga minit dan bahagi doh pada 16 bahagian. biarkan seketika lebih kurang 8 hingga 15 minit.
  3. Kemudian letakkan inti kaya pandan dan tutup doh, atur doh tadi diatas dulang pembakar dan biarkan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 40 minit .
  4. Semburkan air dipermukaan doh dgn spray dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. sejukkan atas redai dan boleh lah dimakan. Bun ni akan lembut je sentiasa.
    amat sesuai dijadikan sarapan atau minum petang. Selamat mencuba.

Tuesday, 30 March 2010

BASIC BREAD RECIPE (Roshayati Johari)

Mood meroti telah kembali...:D. Setelah hampir 2 bulan setengah lilly tak buat. Musim sejuk pun dah habis...cepat sikit roti lilly naik. Many thanks to Nur kerana telah mengembalikan semangat lilly hendak buat roti. Roti sosej mu memang lembut and gebuss...

Resepi ini lilly dapat dari Nur...beremail FB..setelah menanya resepi roti yang dia selalu buat. Nur bagi 2 resepi. Siap tanya resepi mana yang the best tu. Ni jawapannya hehehe..pada saya sama jer...takder beza. only beza byk tepung nak guna tu jer. klu saya nak buat adunan yg byk saya guna yg no 2. klu nak sikit saya guna yg no 1.roti sosej yg saya bawak rumah ruzie masa morning coffee tu hari saya guna yg no 2. tapi klu ruzie takut nak try yg no 1 , saya syorkan yg no 2 tu sebb timbangan air tu dah betul tu. Jadinya Lilly buatlah roti resepi no 2. Resepi CNP dari email fb Nur. InsyaAllah next week, lilly buat resepi no 1 pula.

Sekejap je roti tu habis...tak sampai sehari. Selalunya boleh simpan 2 hari. Maklumlah dah lama tak buat roti.


Basic bread Recipe (Roshayati Johari)

Ingredients :
(A)
500g bread flour/high protein flour ( tepung biasa jer)
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional) ( tak letak sebb tak der tapi still lembut w/pun tak letak)
4 teaspoons instant dry yeast
2teaspoons susu pekat**

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C) - saya guna butter jer 80gm
40g butter
40g shortening

Method : - saya campak jer semua bahan dlm bread maker.

  1. Mix well all ingredients in (A).
  2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
  3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
  4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
  5. Punch down the dough to let the air out.
  6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
  7. Shape accordingly. Lilly letak sosej dan juga kaya.
  8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
  9. Bake till golden brown

    P/s:** susu pekat tu saya tambah. Klu takder pun tak aper tapi pada saya kurang sikit gebunya klu takder susu pekat.

Wednesday, 10 February 2010

ROTI CANAI PERANTAU


Takut tengok minyak yang digunakan bila hendak buat roti canai ini. Patutlah dinasihatkan hanya makan roti canai seminggu sekali je.
Semangat hendak buat roti canai apabila nengok kawan lilly, Kak Zunita upload pic kat FB dia. Terus minta resepi dari Kak Ita. Esoknya nampak la pulak Fiza Bakhtiar buat pulak. Isshh takleh jadi ni....kena buat juga. Masa tu pikir campak je bahan-bahan dalam BM. Tapi rupa-rupanya susah juga hendak buat roti canai ni kalau tiada kepakaran menebarnya. Taklah lembut macam roti canai kat kedai sebab tak teror menebar lagi. Bolehlah nak lepaskan gian makan roti canai.


Roti Canai Perantau

Bahan-bahannya:
3 cwn tepung
1 sb susu pekat
1 sb marjerin/butter
1 sb minyak
1 1/4 cawan air
1/2 sb garam halus

Cara membuatnya:

  1. Campurkan air, garam, susu dan minyak. Masukkan ke dalam tepung dan uli sikit. Masukkan butter/marjerin. Uli lagi hingga lembut. Guna BM: Masukkan semua bahan dalam BM dan biarkan BM uli hingga dia berhenti, tidak payah tunggu 1 1/2 jam. Keluarkan.
  2. Buatkan bulat lebih kurang 10-15 biji. Salutkan dengan minyak dan perap paling kurang 2 jam.
  3. Letakkan sedikit minyak di dalam bekas.
  4. Sebelum menebar, ambil sedikit minyak dalam bekas tadi dan letak atas papan pencanai. Flatten one small dough.
  5. Tebarkan. Sorry yea...no pic step by step.
  6. Goreng roti canai atas api perlahan dengan sedikit minyak.
    Hidangkan. So yummy cicah dengan kari ikan.



    Pic atas sekali doh di kerjakan Aisyah..dipenyek-penyekkannya sms lilly sibuk menebar.




Saturday, 12 December 2009

SWEET BUN (Alan Ooi)

Salam. Lama rasanya lilly tidak update blog ni. Bila dah sejuk-sejuk ....malas hendak mencuba resepi yang baru. Masak pun simple-simple aje.....masak yang bersup dan goreng ayam untuk budak-budak. Walaupun mood memasak kurang sedikit tetapi lilly still buat roti sebagai bekal anak ke sekolah bila waktu petang. Nak senang....bangun pagi masukkan je roti dalam lunch box dia orang. Lilly tak perlu menyediakan bekal mereka waktu pagi2 buta ditambah dengan suhu yang semakin lama semakin sejuk.


Resepi ini lilly dapat dari kak jeni. Sudah 4 kali buat roti ini dalam masa 2 minggu. 2 adunan setiap kali 'meroti'. Letak inti apa-apa ikut citarasa. Selalunya Lilly lillit dengan sosej ayam....anak-anak lebih suka sosej daripada letak inti kaya atau custard.


Sweet Bun
Sumber : Alan Ooi

Bahan A
300 g high protein flour
1/3 bread improver
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor

Bahan B
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)

Bahan C
40 g mentega

Untuk Sapuan
Fresh milk

Cara membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmaker dan pilih setting doh. Keluarkan doh selepas bm berhenti.
  2. Keluarkan doh roti dan tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Ambil separuh genggam doh dan bulatkan. Ulang sehingga habis.
  3. Leperkan doh dan masukkan inti kaya dan tutup kemas. Biarkan doh naik 2 kali ganda. Sapu susu segar di atas doh. Lilly tidak sapu sapu susu segar.
  4. Bakar bun dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 15 minit. Keluarkan roti. Sapu mentega di atas roti. Sejukkan.

Friday, 13 November 2009

CREAM of MUSHROOM SOUP and GARLIC BUTTER BREAD





Hari Jumaat selalunya lilly akan buat english breakfast seperti scramble eggs, baked beans, french toast dan instant mushroom soup. Jarang sekali breakfast nasi lemak, bihun, nasi goreng....kebiasaan sarapan pagi orang Malaysia. MH lebih suka breakfast english style. Tapi sekali-sekala lilly akan buat juga....lilly akan plan dulu hari sebelumnya.

Resepi cream of mushroom soup ini adalah daripada blog kak jeni mokhtar dan garlic bread resepi lilly sendiri.

Cream of Mushroom Soup

Bahan-bahannya:
5 cawan cendawan butang segar (lilly guna 3 cawan saje)
1 1/2 cawan stok ayam (1 kiub ayam + air)
1/2 cawan bawang cincang
1/8 sdt thyme kering (lilly tak letak)
3 sdb mentega
3 sdb tepung gandum
1/4 sdt garam
1/4 sdt serbuk lada hitam (lilly tak letak)
1 cawan half-and-half (1/2 cawan susu segar + 1/2 cawan whip cream)

Cara membuatnya:
  1. Masukkan cendawan, stok ayam, bawang dan thyme dan periuk dan rebus selama hingga cendawan empuk.
  2. Setelah empuk masukkan dalam food processor atau blender, kisar tapi jangan sampai hancur cendawan tu. Biar nampak chunky2 sikit.
  3. Dalam periuk lain, cairkan mentega dan masukkan tepung. Kacau campuran tersebut sehingga sebati. Masukkan campuran susu segar dan whip cream, garam, lada hitam dan campuran cendawan yang dikisar tadi.
  4. Kacau selalu sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Sedia untuk dihidang.





Garlic bread

Bahan-bahannya:
Roti france@ Roti sandwich
*Garlic butter*
5 ulas bawang putih
100g butter- suhu bilik
daun parsley secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Kupas kulit bawang putih. Belah dan buang bahagian tengah (bahagian ni boleh menyebabkan rasa pahit). Basuhkan. Kemudian rebus sekejap bawang putih hingga lembut.
  2. Angkat dan lenyekkan bawang putih tadi. Masukkan bawang putih dan pasli ke dalam butter. Kacau biar sebati.
  3. Sapu garlic butter di atas roti.
  4. Bakar sekejap bergantung kepada kegaringan yang anda suka.

Sunday, 8 November 2009

EGG ON TOAST


Pertama kali nampak resepi ni dekat mamafami punya blog. Tapi masa tu takde daya tarikan nak buat. Lilly terjumpa lagi gambar Egg on Toast di blog bakingmum semasa meronda-ronda minggu lepas. Tak buat juga...

Pagi tadi selepas hantar budak sekolah, lilly meronda-ronda lagi membaca resepi di blog-blog sambil baca surat khabar online. Breakfast tak buat lagi ....ingat nak buat roti bakar disapu kaya je. Ronda-ronda ternampak lagi pic Egg on toast di blog mamazieza. Memang rezeki nak makan Egg on toast pagi ni rasanya....jadi lilly pun cubalah . Lagipun MH masih mandi lagi...sempat rasanya. Roti pun ada...telur ada. ON.

Egg on toast ni memang sedap dan mudah nak buat.

Bahan-bahannya: (untuk 2 orang)
4 keping roti
2 biji telur
marjerin secukupnya
2 kepingan keju
parsley flakes

Cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sapu roti dengan marjerin. Letak roti di atas dulang pembakar.
  2. Ambil satu kepingan keju dan potong kepada 4 bahagian memanjang. Susun kepingan keju di tepi roti. Lilly hanya menyapu spread cream cheese kerana kehabisan stok kepingan keju.
  3. Ambil sekeping roti dan buatkan lubang di tengah-tengah roti dengan menggunakan acuan doh biskut.
  4. Susun roti tadi di atas roti yang telah diletakkan di atas dulang pembakar. Perlahan-lahan pecahkan telur di atas roti yang berlubang. Ulang langkah 2 dan 3 untuk roti yang lain.
  5. Letakkan sedikit marjerin di atas telur. Lilly taburkan parsley flakes di atas roti.
  6. Bakar roti lebih kurang 10 minit atau agak-agak telur separuh masak. Angkat dan boleh dihidang.



Saturday, 7 November 2009

CUSTARD ROLL


Lilly cuba resepi roti baru iaitu custard roll hari ini lepas mengambil Aisyah dari bawah rumah. Terpikir tidak pernah cuba buat roti resepi asal oleh chef Khoo See Yew. Sambil-sambil tu masak ikan pindang dan ayam cendawan sup. Resepi ikan pindang dan ayam cendawan sup lilly masuk entry lain yea...malas pula tadi nak ambil gambar. Semasa memasukkan bahan-bahan di dalam breadmaker, terpikir ...'ehh mana gula ni..terlupa nak salin ke? Ooh..tak pakai gula kerana resepi ini sudah pakai susu pekat manis.'
Cuba tengok gambar di atas tu....tak cantiknya kastard atas roti itu kan...lilly malas nak pakai piping bag...malas nak basuh. Lilly sudukan je..hihihihh. Lilly ni kadang-kadang ikut mood..tapi lilly bukan orang yang jenis teliti sangat.

CUSTARD ROLL
Sumber: Chef Khoo See Yew dari Mamafami blog

Bahan-bahannya:
60 g susu pekat manis
15 g telur
170 g air sejuk (dari peti sejuk)
2.5 g garam halus
2.5 g bread improver
5g yis
300 g tepung berprotein tinggi (lilly guna all purpose flour)
20 g mentega
5 g susu tepung
*lilly tambah 1/2 sk bread softener

Cara membuatnya:
  1. Masukkan air sejuk ke dalam bekas breadmaker. Masukkan semua bahan kecuali mentega.
  2. Tekan butang 'dough' dan 'on' bm.
  3. Lebih kurang 5 minit, masukkan mentega dan biarkan bm menguli lagi.
  4. Apabila bm telah berhenti pada pusingan pertama, reset suis bm.Buat lagi sekali pusingan 'dough' supaya doh betul-betul licin. Biarkan doh berehat lebih kurang 30-60 minit.
  5. Kemudian bahagikan doh kepada 10 bahagian. Bulatkan doh dan biarkan doh berehat lagi 10 minit.
  6. Buat bentuk memanjang dan susun di atas dulang pembakar yang disapu sedikit mentega.
  7. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
  8. Letak toping kastard di atas roti.
  9. Bakar roti pada suhu 180 C antara 15 ke 20 minit.

Toping kastard

15g tepung kastard
15g gula pasir
250ml susu segar

Cara membuatnya:

  1. Kacau tepung kastard dan gula bersama 25 ml susu dalam satu bekas.
  2. Panaskan susu dalam periuk dengan api sederhana perlahan.
  3. Masukkan bancuhan kastard dan kacau sebati. Kacau sentiasa bancuhan kastard sehingga pekat.

Tutup api dan ketepikan.

Inti Butter Cream (lilly tidak letak)
*125g mentega
*75g marjerin
*50g shortening
125g gula aising - ayak 2 kali
1/2 sk esen vanila

Cara membuat inti :
Pukul bahan-bahan yang bertanda * sehingga lembut. Tambahkan gula aising dan vanila. Pukul lagi hingga kembang.

Saturday, 31 October 2009

PANDAN KAYA BUN

Lilly terjumpa resepi pandan kaya bun ni semasa lilly merayau-rayau cari resepi roti dari Chef Alex Goh. Nampak macam menarik je untuk dicuba. Lilly cuba cari balik blog yang lilly jumpa resepi ni tapi tak jumpa cari...tak bookmark. Nasib baik lilly dah salin resepi.
Sebenarnya pandan kaya bun ni tak menggunakan kaya pun sebagai bahan-bahan membuat roti....resepi ini menggunakan santan meggantikan susu segar. Bila bakar roti pandan kaya ni...semerbak bau pandan satu rumah. Sungguh harum...mengasyikkan bau roti itu. Maaf ye pada jiran-jiran 'bujang' bawah rumah...kalau bau roti itu membuatkan rindu pada masakan isteri dan mak di Malaysia.


Resepi Pandan Kaya Bun

Bahan-bahannya:
Bahan A
300g tepung roti (lilly guna tepung gandum)
2 sk yis
45 g gula
1/2 sk garam
1/2 sb susu tepung
*lilly tambah 1/2 sk bread improver dan 1/2 sk bread softener

Bahan B
30 g telur
60 ml santan
1/2 sb jus pandan
105 ml air
beberapa titik pewarna hijau

Bahan C
20g shortening

Bahan D
130g raisin

Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan kecuali raisin ke dalam breadmaker. Pilih setting 'Doh" dan tekankan on.Masukkan raisin setelah adunan sebati.
  2. Setelah doh naik 2 kali ganda, keluarkan doh dari breadmaker.
  3. Keluarkan doh dan tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bentukkan doh menjadi bebola seberat 40g dan letakkan di dalam loyang pembakar yg telah di gris sekelilingnya. Ini untuk mengelakkan dari roti melekat. Biarkan doh naik selama 50-60 minit.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 15-20minit atau hingga permukaan roti nampak perang.
  5. Keluarkan roti dan sapukan butter di atas roti supaya roti nampak berkilat.

Thursday, 29 October 2009

ROTI SOSEJ BERKEJU

Anak-anak sudah mula bersekolah, jadinya lilly akan sibuk memikirkan bekal apa untuk dibawa ke sekolah. Lilly pun juga akan sibuk memantau pelajaran Ammar...memastikan semua 'homework' dia siap dan juga mengulang kaji pelajaran untuk test. Aisyah anak perempuan lilly baru Kindergarden. Jadi tiada homework.
Lilly selalunya akan pastikan di fridge sentiasa ada stok sosej.Senang.....macam-macam boleh dibuat. Digoreng makan begitu saja sebagai bekal bila tiba penyakit 'M'. Kali ini lilly mencuba resepi roti sosej berkeju yang diambil dari blog Mat Gebu. Sumber asal resepinya adalah dari Chef Norzailina Nordin.

Resepi Roti Sosej Berkeju

Bahan-bahannya:
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong) *Lilly pakai 320 g tepung gandum
60 g gula halus
1 camca teh garam
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya
2 keping keju cheesedale, dipotong kepada 14 bahagian sama besar

Cara membuatnya:

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Sosej dicelur dan sejukkan, dibelah tengahnya buat macam poket dan masukkan 1 potongan keju tadi, buat hingga siap. Lilly tidak letak keju didalam sosej kerana lilly beli sosej yang berkeju
  3. Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis. Lilly buat juga roti bulat yang disapu bancuhan hirisan sosej+telur+daun parsley kering kerana sosej tidak cukup. Lilly buat dua adunan roti.
  4. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20minit. Sapukan mentega lembut di atas roti. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

FRENCH TOAST


Lilly jarang masak berat untuk sarapan pagi kerana hubby lilly lebih suka makan cereal ataupun roti sahaja. Katanya lebih sihat....lagi senang kerja lilly. Tak payah bangun pagi-pagi nak masak sarapan pagi. Hanya kadang-kadang saja lily masak makanan berat seperti bihun goreng ataupun nasi lemak, itupun bila lilly teringin nak makan.
French toast atau nama bahasanya dipanggil roti telur. Lilly hanya tambah sosej hirisan yang digoreng berserta buah tomato yang dipotong kiub dan juga daun bawang. Senang dibuat dan yang paling penting keluarga lilly suka.

French Toast
Bahan-bahannya:
8 keping roti
6 biji telur
3 batang sosej
1 biji buah tomato - dipotong kiub
segenggam daunn bawang - dihiris sederhana besar
sedikit garam

Cara membuatnya:
  1. Hiris sosej menyerong dan digoreng seketika. Angkat dan ketepikan.
  2. Di dalam satu bekas pukul telur hingga kembang sedikit. Masukkan tomato, daun bawang, sosej dan sedikit garam. Kacau rata.
  3. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
  4. Ambil sekeping roti dan rendamkan roti di dalam bancuhan tadi.
  5. Letakkan roti tadi di dalam kuali dan letakkan sedikit sosej di atas roti. Terbalik-balikkan roti masak sehingga berwarna keperang-perangan. Angkat.
  6. Ulang nombor 4 dan 5 hingga habis roti. Sedia untuk dihidang.

Tuesday, 6 October 2009

SWEET POTATO BREAD


Bahan-bahannya:
300g tepung gandum
3 sk emplex / bread softener
2 sk bread improver
3 sk yis segera
1 sk garam
2 sb butter
60 gram ubi kentang ( direbus & di lenyek )
2 sb susu tepung
4 sb gula
1 biji telur (pukul sikit)
130ml air sejuk
** Inti kastard **
Boleh guna mana2 resepi kastard asalkan boleh pipekan atas adunan roti. Lilly guna resepi kastard dari resepi fruit tarts.

Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua sekali bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan tekan On.
    Kemudian perap doh dalam mangkuk yg besar dan tutup dgn cling film selama 40minit di tempat yg panas supaya adunan naik elok.
  2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bentukkan doh menjadi bebola seberat 30g dan letakkan di dalam loyang pembakar yg telah di gris sekelilingnya. Ini untuk mengelakkan dari roti melekat. Perap lagi sekali selama 40minit.
  3. Paipkan adunan kastard pada atas roti.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 15-20minit atau hingga permukaan roti nampak perang .
  5. Keluarkan roti dan sapukan butter di atas roti supaya roti nampak berkilat.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails