Tuesday, 10 November 2009

IKAN SINGGANG


Percaya tak yang kalau lilly cakap lilly hanya makan ikan singgang semasa waktu berpantang melahirkan Ammar dan Aisyah. Makan ikan singgang tenggiri yang mak masak. Tapi itu dulu. Lepas lilly keguguran bulan ogos lepas. Satu hari, Lilly masaklah ikan tenggiri singgang waktu dalam masa berpantang …teringat yang mak masak.

Sebelum tu MH tiap-tiap hari masak sup ayam rebus lada hitam. Cubalah kasi anak-anak makan lauk singgang sebab itu je la lauk yang ada. Rupa-rupanya Ammar dan Aisyah suka masak singgang. Ye lah mom mereka tak pernah masak. Yang kelakarnya masa tu, mereka berdua berebut makan ikan tenggiri singgang dengan lilly. Kesian kat lilly .… hanya dapat makan nasi dengan kuah singgang je dan suku bahagian ikan yang terpaksa diketepikan malam tersebut.

Sekarang lilly selalu masak ikan singgang kerana Ammar dan Aisyah suka. Minggu ini je dah 2 kali. Nak suruh mereka makan ikan kenalah masak ikan singgang. Jom makan ikan singgang!

Ikan Singgang

Bahan-bahannya:
3 ekor ikan selar @ 3 keping ikan tenggiri
1 bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia - dihiris
1 batang serai
¼ sb serbuk kunyit
1 bawang besar – dibelah 8
1 biji tomato
1 biji cili hijau - dibelah 2 jika suka
1 keping asam keping
½ kiub perisa ikan bilis
750 ml air

Cara membuatnya:

  1. Panaskan periuk dengan 2 sb minyak.Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Kacau sampai naik bau. Masukkan air. dan serai.
  2. Masukkan asam keping, serai, tomato dan bawang merah potong 8. Biarkan mendidih. Perlahankan api.
  3. Biar kuah masak lebih kurang 10-15 minit. Masukkan kiub perisa ikan bilis dan cili hijau jika suka.
  4. Kemudian masukkan ikan dan biar sehingga ikan masak. Letak garam dan rasa. Tutup api.

    CHOCOLATE CHIPS MUFFINS (Nigella Lawson)

    Semangat nak buat muffin sebab lilly beli muffin cup cantik masa balik Malaysia Julai lepas. Suka sangat dapat permission bawa balik muffin cup dari MH. Apa ni? MH tanya masa di kedai Yummy semasa lilly beli barang-barang buat roti. Tempat letak muffin. Ringan je.... Semua benda lilly nak bawa balik Riyadh macam mana tak selalu terlebih berat bag allowance. Anak 2 orang je..kan best kalau anak ramai 5 orang..macam-macam boleh bawa.
    Dekat Riyadh susah nak dapat bekas muffin yang besar dan cantik. Masa balik Malaysia apa lagi lilly beli la apa benda-benda yang tiada di Riyadh ni. Ye lah tengok muffin cup blogger2 masakan cantik-cantik...lilly pun nak juga.
    Resepi Choc chips muffins cik manis Nigella, lilly simpan dah lama. Pertama kali buat semasa mula-mula datang Riyadh.





    Chocolate Chips Muffins

    Bahan-bahannya:
    250 g tepung
    2 sudu kecil serbuk penaik
    1/2 sudu kecil soda bikabonat
    2 sudu besar serbuk koko
    175 g gula kastor
    150 g chocolate chips
    250 ml susu segar
    90 ml minyak sayuran (75 g mentega) lilly guna minyak jagung
    1 biji telur (size L )
    1 sudu kecil esen vanila

    Cara menyediakannya:
    1. Ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk koko ke dalam mangkuk yang besar. Masukkan gula.
    2. Di dalam mangkuk yang lain, tuangkan minyak, susu segar, esen vanilla dan telur. Gaulkan hingga sebati mengguna kan whisk.
    3. Tuangkan kesemua cecair ke dalam adunan tepung dan kacau menggunakan whisk hingga sebati. Jangan terlebih kacau.
    4. Masukkan chocolate chips.
    5. Sudukan bater ke dalam mangkuk muffin lebih sedikit dari separuh mangkuk.
      Taburkan sedikit chocolate chips di atasnya
    6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 20 minit atau sehingga masak.




    AYAM ALA PADPRIK


    Tiap-tiap minggu mesti ada lauk ayam padprik ni....betul tak MH? Kenapa ye...sebab lilly suka masak lauk yang mudah dan ikut tekak sendiri. Sampaikan kawan lilly cakap 'selalu ye lilly masak ayam padprik'. Ye lah bila dia tanya masak apa hari ini? Lilly cakap rasanya ayam masak padprik. Minggu depan bila dia tanya masak lauk apa hari ini. Lilly bagitau ayam padprik. Setiap kali telepon bila tanya masak lauk apa hari ini. Dia dengar ayam padprik je...tu yang dia cakap selalu. Tapi kawan lilly tau sebenarnya lilly memang masak macam-macam. Cubalah kawan ku.

    Ayam ala padprik

    Bahan-bahannya:
    5 ketul ayam – dibersihkan dan potong sederhana kecil
    2 bawang besar - dihiris
    3 ulas bawang putih - dicincang
    1 inci halia – dihiris
    1 inci lengkuas - diketuk
    1 batang serai diketuk
    ¼ kiub perisa tom yam knorr @ maggi
    3 sb sos tiram
    2 sb sos tomato
    1 sb sos chili thai
    1 – 2 biji cili hijau – dibelah dua
    ½ batang carrot
    3 kuntum bunga kobis
    2-3 helai daun limau purut
    1 sb tepung jagung
    3/4 cawan air
    ½ sb garam

    Cara membuatnya:

    1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan halia kacau. Masuk bawang besar, lengkuas dan cili hijau. Kacau sampai garing sedikit. Masukkan ayam dan serai. Goreng sampai naik bau.
    2. Letakkan air dan kiub tom yam. Biar mendidih. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos chili thai. Kacau rata.
    3. Masukkan carrot dan daun limau purut.Kacau. Tunggu sehingga ayam masak.
    4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan garam. Kacau. Rasa dan tambah lagi garam ikut rasa.
    5. Kemudian masukkan bunga kobis dan kacau lagi. Biarkan sekejap. Padamkan api.

    Anda mungkin juga meminati

    Related Posts with Thumbnails