Sunday, 22 May 2011
Bingka Ubi Kayu
Tuesday, 17 May 2011
Apam Eno
Bila pengukus sudah dikeluarkan, semangat hendak membuat kuih yang perlu dikukus pun timbul. Lilly buat apam eno hari Ahad yang lepas. Tak sangka mudah hendak membuatnya. Tapi kena mengikut tip-tip yang telah diberi oleh komentar dalam myresipi.
Ini salah satu kuih favorite lilly semasa zaman sekolah. Aisyah kurang minat dengan apam eno ini berbanding apam polkadot yang lilly buat last week. Apam eno kan rasenya kosong berbanding apam polkadot. Pandai budak-budak sekarang ni memilih apam mana yang sedap.
- 300g tepung beras
- 8-10 sudu besar gula pasir
- 1 sudu besar yeast
- 280-300ml air
- 3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
- pewarna merah, hijau
- tepung dibancuh dgn air sdikit². kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.
- bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)
- bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.
- masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
- smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
- bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)
lilly letakkan juga tips dari nurnikisha di bawah sebagai rujukan lilly. Kredit kepada tuan punya resepi dan nurnikisha.
1)mcm mana nak pastikan apam merekah cantik?
*kukus apam guna api besar..if api kecik apam naik tp x merekah *isi bekas penuh2..apam mesti merekah cantik *make sure ada ruang utk peredaran udara panas diantara acuan2 apam..jgn susun terlalu rapat
2)if kukusan x panaskan dulu jd tak?
*apam ttp merekah cantik dan gebu tp make sure api yg digunakan utk kukus besar if api kecik naik gak tp x merekah *make sure ada ruang utk peredaran udara panas diantara acuan2 apam..jgn susun terlalu rapat
3)jumlah air yg paling cun utk resepi nih 280ml..hehe..bg kish ler sbb kish buat guna air byk tu gebu..lembut n tak basah apamnyerr..hehe
4)bila sejuk baru kuarkan apam dr acuan if tak apam pecah
5)eno tu kita campur dulu siap2 dalam keseluruhan adunan once kita panaskan kukusan utk buat hasilnya adalah sama dgn if kita masukkan eno ketika tunggu acuan dipanaskan...:)
6)eno if tak rata dier jd berbintik2 apam tu biler masak hehe..
tu jek hasil experiment kish ngan apam pg nih..hehe..harap2 dpt bantu 1st timer apam eno maker cam kish ni..tp pe2 pun..tq again kak zara utk recipe nih..:)
Apam Polkadot
Sumber resepi: Shelly@myresipi.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa - lilly guna strawberry jem
pewarna
Cara-cara:
- masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
- Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag.
- Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja.
- Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
- Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
- Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.
Friday, 6 May 2011
Kuih Lopes
Sambung operasi update resepi yang tertangguh dari dua hari lepas.
- Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
- Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
- Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
Blended Orang Cake
1 bji buah limau-lilly buang kulit
1 cawan minyak
2 cawan gula halus- lilly letak 11/4 cwn
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Cara-cara
- Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
- Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
- Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
- Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
- Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.