Saya membuat cookies lagi minggu lepas kerana Aisyah meminta mummynya membuat cookies kerana cookies Almond Nestum Double Choc tinggal 2 keping. Macam mana tak cepat habis siap bawa ke sekolah sebagai bekal sekolah. Pada hari itu, saya berkira-kira sama ada utk membuat cookies yang sama ataupun cookies choc chips. Akhirnya Biskut Choc Chips menjadi pilihan hati.
Kalau diperhatikan saya tidak meletak apa-apa jenis kekacang di dalam cookies saya. Kenapa ya? Saya dan MH bukan allergi kepada kekacang begitu juga Ammar dan Aisyah. Saya mengambil jalan selamat tidak memasukkan chopped almonds/walnuts/pecan di dalam setiap cookies saya kerana Aisyah tidak suka cookiesnya mengandungi apa2 kekacang. Maka mummynya turut kan saje. Kesian kat mummy dan daddy. Jangan daddy Aisyah complain sudah... hehehh.
Biskut Choc Chips
Resepi oleh lilly dapurdriyadh.blogspot.com
Bahan-bahannya:
200g mentega / unsalted butter
1 cawan gula castor @ 200g
1 biji telur
1 telur kuning
1 sk esen vanilla
1 3/4 cawan tepung serbaguna
1 sk baking powder
1/2 sk soda bicarbonate
1/4 sk garam halus
1 cawan choc chips
1 sk esen vanilla
1 3/4 cawan tepung serbaguna
1 sk baking powder
1/2 sk soda bicarbonate
1/4 sk garam halus
1 cawan choc chips
Cara membuatnya:
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul. Masukkan pula telur kuning dan pukul lagi. Masukkan esen vanila. Pukul hingga kembang.
- Masukkan bahan kering tepung serbaguna, baking powder, soda bicarbonat, garam halus dan choc chips. Gaul rata.
- Bulatkan dan letak di atas dulang pembakar. Tekan sedikit doh tadi dengan garfu perlahan-lahan. Letak 2-3 choc chips di ats setiap doh. Buat sehingga habis dengan susun jarak antara biskut 2 inci.
- Bakar selama 10 minit dengan suhu 165C. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
