Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Wednesday, 10 August 2011

Sambal Ikan Bilis


Salam. Sekarang ini mesti kawan-kawan di Malaysia sedang memikirkan hendak masak atau beli apa untuk berbuka hari ini. Di sini lebih kurang pukul 11.00 pagi. Anak-anak semua masih tidur kerana mereka tidur selepas bersahur dan solat subuh bila waktu Ramadhan. Lilly sekarang ni tengah berpikir-pikir nak buat kuih apa hari ni. Ada jamuan iftar bersama kawan-kawan Riyadh di rumah seorang kawan lilly petang nanti. Nak tahu apa yang lilly buat kena tengok next entri ye.....
Semalamkan lilly masak nasi lemak sambal ikan bilis. Jadinya entri kali ini lilly nak share sambal ikan bilis style lilly. Malam tadi tak sempat nak update entri ini. Ye lah dah 3 entri sekali....hihihh.

Sambal Ikan Bilis
Sumber: lilly dapurdriyadh

Bahan-bahannya:
50 g ikan bilis yang telah dibersihkan - goreng hingga garing
2 bawang besar size sederhana-dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
secubit belacan - dikisar sekali
3/4 cawan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa dari secubit asam jawa
1 labu bawang - dibelah 8
3 sudu besar minyak masak
4 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam halus

Cara membuatnya:

  1. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumiskan bahan kisar hingga masak. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing dan pecah minyak. Perlahankan api.
  2. Masukkan gula dan kacau rata. Ini untuk mendapatkan warna sambal yang merah.
  3. Masukkan 1/2 cawan air dan tunggu mendidih.Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan sambal sehingga masak lebih kurang 5 minit.
  4. Masukkan ikan bilis goreng, belahan bawang besar dan garam. Kacau rata. Biarkan sambal masak lagi.
  5. Rasa masin dan manis sambal. Tambah garam gula jika perlu. Tutup api dan sedia dihidang.



Saturday, 3 April 2010

Sambal Telur


Lauk tambahan yang mudah dimasak dan membuka selera. Yummy...


Sambal Telur

Bahan-bahannya:
5 biji telur - direbus dan dibuang kulit
2 bawang besar size sederhana-dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes tomato
sedikit air asam jawa
1 labu bawang - dibelah 6
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula
garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumiskan bahan kisar hingga sedikit kering. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing.
  2. Masukkan pes tomato dan kacau. Masukkan sedikit air asam jawa dan kacau. Tunggu hingga mendidih.
  3. Masukkan belahan bawang besar. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali, masukkan telur rebus. Gaul rata. Tutup api dan sedia dihidang.


Wednesday, 23 December 2009

SAMBAL UDANG

Kalau beli udang lilly selalunya akan masak sambal udang style lilly. Bezanya dari sambal udang tradisional ialah dicampur pes tomato dan air perahan lemon segar. Jarang rasanya masak udang selain daripada sambal kalau untuk dimakan bersama nasi. Rasa rugi ...kerana sambal udanglah yang paling Ummph bila makan dengan nasi. Betul tak?


Sambal Udang

Bahan-bahannya:
12 ekor udang size sederhana/besar
2 labu bawang besar-dikisar halus
3 ulas bawang putih dikisar halus
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes tomato
2 sudu besar air perahan lemon segar
1 biji tomato
1 batang serai- diketuk
1 inci halia
1 labu bawang - dibelah 6
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula
1/2-1 sudu besar garam

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumiskan bahan kisar, serai dan halia hingga sedikit kering. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing. Masukkan pes tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau. Tunggu hingga mendidih.
  2. Masukkan udang dan kacau rata. Masukan air perahan lemon. Masak sehingga kuah agak-agak pekat. Masukkan tomato dan belahan bawang besar. Kacau. Masukkan garam dan gula. Rasa garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaul rata dan sedia dihidang.


Tuesday, 22 December 2009

SAMBAL GORENG

Minggu lepas lilly pergi kedai Indonesia dan telah membeli tempe dan tahu. Alhamdulillah di Riyadh ini terdapat kedai yang menjual barang-barang Asia tetapi tidaklah banyak. At least terubatlah juga bila rindu hendak makan masakan Malaysia yang menggunakan tempe dan tahu. Oleh kerana ada tempe, lilly pun telah membuat sambal goreng semalam. Habis setengah mangkuk lilly ratah je sambal itu...hihihihh.

Sambal Goreng

Bahan-bahannya:
1/2 paket tempe - potong kecil dan digoreng
2 biji kentang - potong kecil dan digoreng
1/2 cawan ikan bilis - digoreng garing
1/2 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak
1 labu bawang besar - dibelah 8

Bahan tumis -dikisar halus
2 labu bawang besar size sederhana
3 ulas bawang putih
sikit belacan- jika suka

3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumiskan bahan kisar hingga kering. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing. Masukkan garam dan gula sikit. Rasa garam dan gula secukup rasa.
  2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis, kentang, tempe dan kacang tadi. Masukkan bawang yang telah dibelah.
  3. Gaul rata dan angkat dari kuali. Sedap dimakan bersama nasi panas.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails