Showing posts with label Resepi lilly. Show all posts
Showing posts with label Resepi lilly. Show all posts

Sunday, 5 February 2012

Biskut Choc Chips


Saya membuat cookies lagi minggu lepas kerana Aisyah meminta mummynya membuat cookies kerana cookies Almond Nestum Double Choc tinggal 2 keping. Macam mana tak cepat habis siap bawa ke sekolah sebagai bekal sekolah. Pada hari itu, saya berkira-kira sama ada utk membuat cookies yang sama ataupun cookies choc chips. Akhirnya Biskut Choc Chips menjadi pilihan hati.

Kalau diperhatikan saya tidak meletak apa-apa jenis kekacang di dalam cookies saya. Kenapa ya? Saya dan MH bukan allergi kepada kekacang begitu juga Ammar dan Aisyah. Saya mengambil jalan selamat tidak memasukkan chopped almonds/walnuts/pecan di dalam setiap cookies saya kerana Aisyah tidak suka cookiesnya mengandungi apa2 kekacang. Maka mummynya turut kan saje. Kesian kat mummy dan daddy. Jangan daddy Aisyah complain sudah... hehehh.


Biskut Choc Chips
Resepi oleh lilly dapurdriyadh.blogspot.com


Bahan-bahannya:
200g mentega / unsalted butter
1 cawan gula castor @ 200g
1 biji telur
1 telur kuning
1 sk esen vanilla
1 3/4 cawan tepung serbaguna
1 sk baking powder
1/2 sk soda bicarbonate
1/4 sk garam halus
1 cawan choc chips


Cara membuatnya:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul. Masukkan pula telur kuning dan pukul lagi. Masukkan esen vanila. Pukul hingga kembang.
  2. Masukkan bahan kering tepung serbaguna, baking powder, soda bicarbonat, garam halus dan choc chips. Gaul rata.
  3. Bulatkan dan letak di atas dulang pembakar. Tekan sedikit doh tadi dengan garfu perlahan-lahan. Letak 2-3 choc chips di ats setiap doh. Buat sehingga habis dengan susun jarak antara biskut 2 inci.
  4. Bakar selama 10 minit dengan suhu 165C. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Saturday, 4 February 2012

Biskut Almond Nestum Double Choc



Saya tak sangka cookies ini mendapat tempat di hati anak-anak saya dan juga MH. Sudah dua kali saya membuat cookies ini iaitu semasa cuti sekolah tempoh hari dan juga petang tadi. Siap mendapat pujian dari kak Nani tersayang di mukabuku lagi. Muahhs...lap u kak nani. Resepi akan saya merajinkan diri menulis di atas kertas untuk dikirimkan bersama nestum esok InsyaAllah.

Semenjak dari projek membuat cookies bersama Aisyah yang lepas, ada lagi cookies yang saya buat..yang ini dan cookies choc chips. Resepi tunggu dulu ye...bila saya free. Baru saya sedari...(iye ke ataupun buat-buat tak sedar) yang anak-anak saya gemarkan cookies dari kek. Bayangkanlah saya buat cookies petang, dua hari lepas itu sudah habis. Kalau saya buat kek, mereka hanya akan makan sekali itu sahaja selepas kek itu siap dibakar. Mereka tidak akan mengulang... maka mummynya lah yang akan ngap kek yang tak habis itu. Macam manalah mummynya tak &%$..oops.

Sesiapa yang rajin, sudi-sudikanlah mencuba resepi ini. Manalah tahu menepati selera anda.



Biskut Almond Nestum Double Choc
Sumber resepi oleh lilly dapurdriyadh.blogspot.com

Bahan-bahannya:
200g mentega / butter
3/4 gula castor @ 200g
1 biji telur
1 sk esen vanilla
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sk baking powder
1/2 sk soda bicarbonate
1/4 sk garam halus
1/2 cawan almond - dikisar halus
1 cawan Nestum original
1/2 cawan choc bar - dicincang
1/2 cawan choc chips


Cara membuatnya:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan tepung serbaguna, baking powder, soda bicarbonat, garam halus, serbuk almond dan nestum. Masukkan choc chips dan choc cincang. Gaul rata.
  2. Bulatkan dan letak di atas dulang pembakar. Tekan sedikit doh tadi dengan garfu perlahan-lahan. Buat sehingga habis dengan susun jarak antara biskut 2 inci.
  3. Bakar selama 10 minit dengan suhu 165C. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Tuesday, 24 January 2012

Biskut Oat Choc Chips


Bila budak cuti sekolah, saya terpaksa mencari sesuatu aktiviti supaya Aisyah tidak bosan duduk di rumah. Berlainan dengan abangnya yang sudah nampak mempunyai minat terhadap sesuatu, Aisyah seperti mencari-cari apa yang dia gemari.

Saya pun sekali lagi menjadi peserta MasterChef Malaysia, mencipta satu resepi cookies oat pada petang tersebut. Aisyah menolong saya menyudu doh di atas dulang pembakar. Tugas saya menjadi semakin mudah, hanya perlu membuat sedikit QC supaya sama size dan menekan garfu atas doh yang telah disudukan.



Biskut Oat Choc Chips
Resepi oleh lilly dapurdriyadh.blogspot

Bahan-bahan
175g mentega
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sk esen vanilla
1 cawan tepung serbaguna
2 cawan oat
1/2 cawan choc chips - lebih pun ok
1/2 cawan choc bar - dicincang
1 sk baking powder
1/4 sk garam halus

Cara membuatnya:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan tepung serbaguna, baking powder, garam dan oat. Masukkan choc chips dan choc cincang. Gaul rata.
  2. Bulatkan dan letak di atas dulang pembakar. Tekan sedikit doh tadi dengan garfu perlahan-lahan. Buat sehingga habis dengan susun jarak antara biskut 2 inci.
  3. Bakar selama 12-15 minit dengan suhu 165C. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails