Showing posts with label Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes. Show all posts

Tuesday, 20 September 2011

Banana Choc Cupcakes


Sambung lagi entri yang tertunggak. Hari ini lilly terajin sikit update dua resepi dan petang tadi terajin mencuba dua resepi baru yang berkaitan dengan yogurt. Dua sekali you.... sebab sayangkan fresh yogurt yang tengah malam karang expired. Sekarang ni dekat dapur tu tengah bau harum je. Nak tahu apa yang lilly masak kena tunggu next entri ye.
Entri ini untuk resepi banana choc cupcakes yang lilly cuba hari Ahad lepas. Dah lama tekak ni teringin nak makan banana choc cake yang lilly suka sangat buat 3 tahun dulu. Tapi resepinya ntah ke mana menghilang dalam laptop ni. Jadinya lilly pun cari resepi yang senang nak dibuat. Ternampak resepi banana choc cupcakes from Joyofbaking. Apa lagi cepat-cepat buat sementara baby Anas sleep pagi tu. Marvellous...memang sedap. Untuk topping, lilly pakai resepi sendiri .



Banana Chocolate Cupcakes
Sumber:JoyofBaking.com

Bahan-bahan:
1 cawan (200 gram) gula
1 cawan (130 gram) tepung serbaguna
1/3 cawan (35 gram) serbuk koko
3/4 tsp baking powder
3/4 tsp soda bicarbonate
1/4 tsp garam
1 biji telur size L
1/2 cawan pisang yg dilenyek (lebih kurang 1 biji pisang size sederhana)
1/2 cawan (120 ml) air panas
1/4 cawan (60 ml) susu segar or long life
1/4 cawan (60 ml) minyak canola, corn, atau sayuran
3/4 tsp vanila

Cara-caranya:

Panaskan oven 180 degree C.
Didalam satu bekas, kacau sebati gula, tepung, serbuk koko, baking powder, soda bicarbonat dan garam. Ketepikan.
Sebatikan semua bahan basah dalam satu bekas yang lain.
Masukkan bahan basah ke dalam bekas bahan kering dan kacau sebati.
Ceduk adunan ke dalam cawan cupcake 1/2 -3/4 cawan penuh. Bakar selama 20 min atau sehingga masak bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.
Tunggu cupcake sejuk dan bolehlah dihias dengan topping choc jika suka.


Wednesday, 11 November 2009

BANANA CUPCAKES


Tiap-tiap hari lilly buka fridge ....mesti lilly nampak saya cik pisang hitam. Sudah seminggu cik pisang duduk menunggu pinangan. Tahulah kulit cik pisang tak cantik....hitam...tapi takkan lilly nak buang cik pisang macam tu je. Sekilo cik pisang harga SR3.95 tau. Bila lilly nak masuk meminang cik pisang.

Emmm...pisang dalam fridge tu dah naik hitam. Sayang pisang tu....kalau nak buang membazir la pulak. Buat cekodok pisang? Tak naklah...berminyak. Nantilah tunggu hari Rabu. Lilly nak cuba buat banana cupcakes.

Bila dah siap terpikir...rasanya lemak pada cupcakes ini lagi banyak berbanding cekodok pisang. Ada shortening, butter dan gula. Campur lagi dengan lemon butter frosting kat atas cupcake. Bahaya sungguh...jadi lilly hanya tinggalkan sedikit untuk rumah yang selebihnya bagi jiran-jiran. Resepi banana cupcakes ini lilly ambil dari tasteofhome.com .

Lilly baru nak belajar membuat cupcake dan menghiasnya. Jadi kurang kreative. Insya Allah cuba lagi. Usaha itu tangga kejayaan. Lilly rasa cupcake pisang ni sedap dan lembut. MH kata sedap. Tapi lilly belum tanya kakak-kakak jiran lilly pendapat mereka tentang rasa cupcake ini. Lain orang lain citarasa.




Banana Cupcakes

Bahan-bahannya:
1/2 cawan shortening @ lelemak sayuran
1 1/2 cawan gula halus
2 biji telur
1 cawan pisang yang telah dilenyekkan - lilly tambah sedikit lagi 3 sb
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung serbaguna
3/4 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 cup buttermilk - lilly pakai mentega

Lemon Butter Frosting:
2 cawan confectioners' sugar - lilly pakai icing sugar
1/3 cawan mentega, lembutkan
3 sudu besar pisang yang telah dilenyekkan
1 sudu besar jus lemon

Cara membuatnya:
  1. Putar shortening dan gula hingga kembang dan ringan. Masukkan telur satu persatu sambil putar. Masukkan pisang yang telah dilenyekkan bersama esen vanila.Satukan tepung, baking soda, baking powder and garam di dalam satu bekas dan ayak. Masukkan bahan kering ke dalam adunan tadi diselang-seli dengan buttermilk sambil putar. Lilly guna butter menggantikan buttermilk. Apa yang lilly buat, lilly pukul dulu butter hingga lembut sebelum dimasukkan dalam adunan.
  2. Isikan ke dalam acuan cupcake 2/3 penuh dan bakar pada suhu 170 C selama 15-20 minit atau sehingga masak. Biarkan cupcake sejuk.
  3. Di dalam satu bekas, putar bahan-bahan frosting sehingga kembang. Hiaskan di atas cupcake mengikut kreativiti masing-masing.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails