Showing posts with label Tarts and Pastri. Show all posts
Showing posts with label Tarts and Pastri. Show all posts

Monday, 23 January 2012

Leftover roti lagi!!! Bread Tart with Serunding



Tengok gambar je dulu. Saya lupa resepi agak-agak yang menjadi yang saya buat tempoh hari. Kena mimpi dulu rasanya baru ingat.

Updated.
Tak perlu tunggu malam karang untuk ingat resepi roti serunding. Nasib baik untuk saya, rupanya saya ada mencatat resepi di dalam notes IP. Roti serunding ini saya buat untuk jamuan usrah bapa-bapa pada hari itu. Fikir apa yang paling senang dan macam biasa untuk menghabiskan roti di rumah ini. Petang itu saya menjadi seperti peserta MasterChef Malaysia yg di beri tugasan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Juri-jurinya ialah bapa-bapa usrah yang hadir pada malam itu.

P/S: Oleh kerana presentation utk Bread Tart with Serunding ni nampak menarik, bapa-bapa usrah pada malam itu tertanya-tanya pada MH. Apa tu...apa tu.


Bread Tart with Serunding
Resepi oleh lilly dapurdriyadh

Bahan-bahannya:
1 cawan susu segar/long life
3 biji telur
7 keeping roti
1/4 sk garam
Cheese Mozarella secukupnya
2 biji sweet potatoes
Serunding secukupnya
Cili merah 1 biji - dihiris

Cara membuatnya:

  1. Buang kulit roti. Ambil satu keping roti dan potong 6 empat tepat. Ulangi sehingga roti habis.
  2. Di dalam bekas yang lain pula, pukul sedikit telur, gula dan susu. Masukkan sedikit garam.
  3. Ambil roti tadi dan rendam roti di dalam bekas yang berisi susu. Ketepikan.
  4. Sambil itu kupas kulit sweet potatoes. Basuh bersih dan hiris nipis membulat. Ketepikan.
  5. Masukkan 2-3 keping roti ke dalam bekas muffin, kemudian ambil 3-4 keledek td dan susun di atas roti. Masukkan lagi 2-3 kepingan roti menutupi keledek.
  6. Tabur mozarella cheese...mcm buat pizza.Lagi banyak lagi sedap! Ulangi sehingga habis.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan emas.
  8. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Taburkan serunding daging dan letak 2-3 hirisan cili merah.


Tuesday, 9 August 2011

Sardine Puff



Salam Ramadhan semua yang sudi menjenguk rumah lilly yang tak seberapa ni. Diharap tak terlambat untuk lilly mengucapkan Ramadhan Kareem kepada followers, silence reader dan pengunjung semua. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan keinsafan pada lilly dan kita semua. Semoga Ramadhan pada tahun ini yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya. Amin.
Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang ke 9 kita berpuasa pada tahun ini. Tahun ini juga sudah masuk 5 tahun jugalah lilly berpuasa di Riyadh bersama keluarga kecil lilly. Tahun ini juga Aisyah sudah mula berpuasa penuh... (kecuali hari pertama je dia berbuka puasa pukul 3.00 petang). Rasenya mungkin dia tidak tahan tengok karipap daging yang lilly buat hari tu.
Hari ini lilly buat puff sardin sebagai kuih berbuka puasa. Ammar dan Aisyah suka sangat puff sardin tapi tidak bagi MH sebabnya dia kata sayang buat puff guna inti sardin. Sorry ye laling...ikut tekak majoriti plus chef.

Sardine Puff
Sumber: lilly dapurdriyadh

Bahan-bahan:
Puff pastry secukupnya
Inti sardin
Sapuan
- Sedikit susu segar dan 1 biji telur-pukul

Bahan-bahan inti sardin:
1 tin sardin - buang kuah tomato dan keluarkan isinya saja
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 bawang besar - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 bawang besar -didadu
1/2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sb gula
1/2 sb garam halus
1 sb perahan lemon

Cara membuat inti sardin:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar dan goreng hingga sedikit garing. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bawang yang dipotong dadu dan ikan sardin. Kacau rata sambil hancurkan ikan sardin.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, garam, gula dan perahan lemon. Kacau rata sehingga inti agak kering. Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau rata dan tutup api.
Cara membuat puff sardin:
  1. Defrostkan sekejap instant puff lebih kurang 15 minit.
  2. Ambil satu bahagian dan kelar 3-4 line di sebelah kanan bahagian segitiga.
  3. Letak inti sardin di tengah-tengah kulit puff. Tutup puff dengan melipat puff berbentuk segitiga kemudian tekan perlahan-lahan dengan garfu di keliling puff.
  4. Ulang langkah 2 dan 3 sehingga habis.
  5. Sapu bancuhan susu dan juga telur di atas kulit puff.
  6. Bakar lebih kurang 10-15 minit suhu 180C. Angkat dan hidangkan.


Thursday, 4 November 2010

Blueberry puff


Ini pun siaran tertunda dari bulan Syawal lepas....blueberry puff. Senang sangat nak buatnya. Hanya memerlukan instant puff dan juga blueberry filling dalam tin...bakar. Lilly dapat idea membuatnya dari curry puff yang selalu di buat masa bulan Ramadhan. Lilly cuba gantikan dengan something yang manis sebagai pencuci mulut. Boleh juga gunakan strawberry and apple filling.


Blueberry Puff

Bahan-bahan:
Puff pastry secukupnya
Blueberry filling
Sapuan
- Sedikit susu segar dan 1 biji telur-pukul kembang


Cara membuatnya:
  1. Defrostkan sekejap instant puff lebih kurang 15 minit.
  2. Ambil satu bahagian dan potong 4 segi sama. Susun satu bahagian dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah disapu butter/marjerin.
  3. Letak bluberry filling di tengah-tengah kulit puff. Ambil lagi satu bahagian dan tutup dengan menekan perlahan-lahan di keliling.
  4. Ambil lagi satu kulit puff dan potong 'X' di tengah-tengah dengan pisau yang tajam. Kemudian letak di atas puff tadi. Tekan perlahan-perlahan sekelilingnya. Lipat ke arah keluar potongan 'X' tadi supaya kelihatan seperti bunga.Letak blueberry filling di tengah-tengah kelopak bunga.
  5. Ulang langkah 2 hingga 4 sehingga habis.
  6. Sapu bancuhan susu dan juga telur di sekeliling kulit puff.
  7. Bakar lebih kurang 10-15 minit suhu 180C. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, 6 October 2009

FRUITS TART




Semangat untuk membuat fruit tarts ini timbul apabila lilly jengok blog Mamafami. Walaupun sebenarnya lilly dah lama berangan-angan nak mencuba buat fruits tart ni...lebih kurang setahun lilly pasang angan ingin mencuba buat tarts. Banyak juga resepi yang lilly simpan..fruits tart, blueberry cheese tart,choc cheese tart egg tart etc...tapi hanya peram dalam folder laptop lilly. Tapi bila lilly jengok blog mamafami, esoknya terus lilly buat dok kerana tak tahan melihat gambarnya yang sungguh menyelerakan.

Bahan-bahannya:
Pastry:Sumber dr Chef Alex Goh
200 g butter
80g gula aising
360 g tepung gandum /superfine flour
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila

Custard Filling:
2 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
8 sb gula pasir
500 ml susu segar/ long life
2 biji telur
2 sb butter

Cara membuatnya:
Pastry:
  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen vanila n pukul. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  2. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan. Cucuk dengan garfu di atas permukaan terapan supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10 min pada suhu 170-180.
  3. Tunggu sejuk sedikit dan keluarkan shell. Sedia dimasukkan filling atau shell boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.
  4. Sapukan bahagian dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair (jika suka).
  5. Paipkan filling di atas shell tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2. Susun buah-buahan mengikut citarasa dan kreativiti.
    Sedia utk dimakan. Boleh simpan dlm fridge kalau ada lebih..hihihihh

    Untuk filling.
  1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, gula dan sedikit susu di dalam satu bekas dan kacau. Masukan telur dan kacau rata. Masukkan lebihan susu dan kacau rata.
  2. Masak bancuhan di atas api yang perlahan. Kacau selalu supaya tidak berketul dan hangit.
  3. Masukkan butter sederhana semua bahan dan gaul hingga sebati.
  4. Masak sehingga bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails