Wednesday 28 September 2011

Jemput-jemput Roti


Nampak rupa jemput-jemput tak? Kalau tak ada header mesti orang confius kan ini apa. Inilah jemput-jemput roti yang lilly buat pagi semalam. Macam biasalah....sayang tengok roti terbiar macam tu je...last2 kena masuk cik tong bila dah berkulat.
Setengah orang panggil jemput-jemput roti atau cekodok ataupun cucur roti. Nak buatnya macam buat jemput-jemput biasa hanya tambahkan roti yang dicarik-carik dalam bancuhan. Lilly tambahkan juga kobis dan carrot untuk menyedapkan lagi. Sedap dan lembut lagi dari jemput-jemput biasa.


Jemput-jemput Roti

Bahan-bahan:

5-6 keping roti -dicarik kecil
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 biji bawang besar- dikisar halus
1 cili merah - dikisar halus
segenggam ikan bilis - direndam sekejap dan dikisar
1/2 sudu besar serbuk kari daging
daun bawang
sedikit kobis dihiris nipis
1/4 batang carrot disagat
2 cawan air
1/2 sb garam
minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-caranya:

  1. Masukkan bahan kisar, telur, serbuk kari, garam dan air dan gaul rata. Kemudian masukkan roti yang telah dicarik tadi. Gaul rata sehingga roti kembang.
  2. Masukkan tepung gandum, daun bawang, kobis dan carrot dan gaul sebati. Tambah air jika perlu (tapi pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat). Biarkan sekejap bancuhan selama setengah jam.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng seperti menggoreng jemput-jemput biasa hingga keperangan dan garing.
  4. Angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan panas-panas dengan cili sos.


Wednesday 21 September 2011

Bun Yogurt


Lamakan lilly tak buat roti? Tapi semalam angin rajin telah menyapa, jadinya lilly pun cubalah buat bun yang menggunakan yogurt. Haiii... hari yogurt la katakan. Lilly buat bun kosong je. Bila nak makan baru potong sikit dan sapukan dengan butter atau nutella.


Bun Yogurt
Sumber: Onigiri MyResepi


Bahan-bahan ( kuantiti bergantung pada saiz bun yang dihasilkan )
250 gram tepung roti
120 gram plain yogurt
40 ml susu segar
20 gram marjerin
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softener
krim coklat atau krim susu atau kaya sebagai inti ( ikut selera masing-masing)


Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pada yang ade BM menu Dough dan ON je.
  2. Perap 40 minit dan kemudian tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin. Bahagi doh pada 10 bahagian dan biar selama 8 minit.
  3. Ambil doh tadi dan masukkan inti kegemaran anda, tapi klu nak plain je pun boleh. Biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 50 minit atau satu jam.
  4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 15 minit atau sehingga permukaan bun tadi perang.Sejukkan atas redai.

Kek Yogurt Peach


Salam. Ini lah food yang lilly buat semalam yang menggunakan yogurt.... Kek Yogurt Peach. Actually sebenarnya lilly nak buat kek yogurt resepi lain tapi sebab terlebih letak minyak... Lilly pun guna resepi 14 Sept MyResepi. Mudah nak membuatnya.


Kek Yogurt Peach
Sumber: 14 Sept MyResepi


Bahan-bahan:
½ cawan yogurt
½ cawan gula halus
½ cawan gula perang
3 biji telur
1 ½ cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
½ cawan minyak masak
buah peach (dipotong dadu)

Cara-cara:
  1. Panaskan oven 180 degree.
  2. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  3. Pukul yogurt, gula dan telur di dalam bekas.
  4. Masukkan tepung bersama baking powder yang diayak tadi dan pukul lagi.
  5. Masukkan minyak masak dan pukul sehingga semuanya sebati.
  6. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang.
  7. Letakkan buah peach yang dipotong dadu diatas adunan.
  8. Bakar pada suhu 180 degree selama 40 hinga 50 minit.

Tuesday 20 September 2011

Banana Choc Cupcakes


Sambung lagi entri yang tertunggak. Hari ini lilly terajin sikit update dua resepi dan petang tadi terajin mencuba dua resepi baru yang berkaitan dengan yogurt. Dua sekali you.... sebab sayangkan fresh yogurt yang tengah malam karang expired. Sekarang ni dekat dapur tu tengah bau harum je. Nak tahu apa yang lilly masak kena tunggu next entri ye.
Entri ini untuk resepi banana choc cupcakes yang lilly cuba hari Ahad lepas. Dah lama tekak ni teringin nak makan banana choc cake yang lilly suka sangat buat 3 tahun dulu. Tapi resepinya ntah ke mana menghilang dalam laptop ni. Jadinya lilly pun cari resepi yang senang nak dibuat. Ternampak resepi banana choc cupcakes from Joyofbaking. Apa lagi cepat-cepat buat sementara baby Anas sleep pagi tu. Marvellous...memang sedap. Untuk topping, lilly pakai resepi sendiri .



Banana Chocolate Cupcakes
Sumber:JoyofBaking.com

Bahan-bahan:
1 cawan (200 gram) gula
1 cawan (130 gram) tepung serbaguna
1/3 cawan (35 gram) serbuk koko
3/4 tsp baking powder
3/4 tsp soda bicarbonate
1/4 tsp garam
1 biji telur size L
1/2 cawan pisang yg dilenyek (lebih kurang 1 biji pisang size sederhana)
1/2 cawan (120 ml) air panas
1/4 cawan (60 ml) susu segar or long life
1/4 cawan (60 ml) minyak canola, corn, atau sayuran
3/4 tsp vanila

Cara-caranya:

Panaskan oven 180 degree C.
Didalam satu bekas, kacau sebati gula, tepung, serbuk koko, baking powder, soda bicarbonat dan garam. Ketepikan.
Sebatikan semua bahan basah dalam satu bekas yang lain.
Masukkan bahan basah ke dalam bekas bahan kering dan kacau sebati.
Ceduk adunan ke dalam cawan cupcake 1/2 -3/4 cawan penuh. Bakar selama 20 min atau sehingga masak bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.
Tunggu cupcake sejuk dan bolehlah dihias dengan topping choc jika suka.


Kek Coklat Kukus



Kek Coklat Kukus ini lilly buat sempena merasmikan kukusan baru yang dibeli di Malaysia semasa lilly balik bercuti summer bulan Julai lepas. Tapi baru dapat bawa ke Riyadh masa balik raya hari tu sebabnya excess baggage masa nak bawa balik bulan Julai hari tu.
Resepi kek coklat kukus ini from hana tapi lilly dah lupa kat mana blog yang lilly jumpa sebabnya tak save. So kenalah lilly cari terus dari MyResepi bila nak menulis entri ini. Thanks hana for the recipe. Lama tak nampak hana menulis dalam blognya.Ke mana dia menghilang? Kek coklat kukus ini memang sedap dimakan bila kita dah simpan semalaman. Untuk topping lilly guna resepi sendiri yang mencampurkan whipping cream. Resepi ikut suka rasa masa tu. Lain kali lilly catat n masukkan dalam entri yea


Kek Coklat Kukus
Sumber: hana MyResepi

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )
1 cawan tepung gandum
1/4 cwn serbuk koko van houten
1 sudu kecil baking powder
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size M)
1 cawan gula halus
1/2 cawan butter (lilly guna 1/2 cawan minyak jagung)
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak n esen vanila

TOPPING
3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko van houten
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar

Cara-cara:
  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg. (Lilly skip pukul butter dan hanya pukul gula dan telur)
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati. (Lilly campurkan minyak jagung)
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
  6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan



Monday 19 September 2011

Biskut Suji


Resepi biskut suji ini resepi turun menurun keluarga MH yg lilly dapat dari mak mertua lilly. Tiap-tiap tahun raya mesti kena ada biskut suji ni sebabnya favorite MH. Anak-anak pun suka.
Untuk raya tahun ini, lilly buat juga biskut suji walaupun balik beraya di Malaysia beraya. Dapat request dari mak lilly utk rasa biskut suji yang lilly buat. Lagipun mak mertua lilly dah pencen buat biskut raya tahun ni. Mak lilly memang dah lama pencel awal sebab adik lilly , Kak Ngah take over buat biskut raya dari dulu.
Biskut suji ni tidak menggunakan tepung suji. Bahan-bahannya pun menggunakan bahan yang asas sahaja. Memang mudah membuatnya. Sedap pun ia juga. Belum apa-apa satu dulang dah habis dimakan masa malam tu.

Biskut Suji (120 biji)

Bahan-bahan:
1 tin ghee (400g)
2/3 tin gula ising
1 - 1 1/4 tin tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 tsp garam

Cara membuatnya:

Cairkan ghee dan sejukkan.Di dalam satu bekas, gaulkan ghee tadi bersama gula ising, baking powder dan garam.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Bulat-bulatkan doh menjadi bentuk guli dan tekan sedikit di atasnya dan susun di atas dulang pembakar pada jarak 1 inci kerana suji akan mengembang.
Bakar biskut pada suhu 150C selama 7-10 min bergantung pada oven masing-masing.
Keluarkan dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas yang kedap udara.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails