Kek Coklat Kukus ini lilly buat sempena merasmikan kukusan baru yang dibeli di Malaysia semasa lilly balik bercuti summer bulan Julai lepas. Tapi baru dapat bawa ke Riyadh masa balik raya hari tu sebabnya excess baggage masa nak bawa balik bulan Julai hari tu.
Resepi kek coklat kukus ini from hana tapi lilly dah lupa kat mana blog yang lilly jumpa sebabnya tak save. So kenalah lilly cari terus dari MyResepi bila nak menulis entri ini. Thanks hana for the recipe. Lama tak nampak hana menulis dalam blognya.Ke mana dia menghilang? Kek coklat kukus ini memang sedap dimakan bila kita dah simpan semalaman. Untuk topping lilly guna resepi sendiri yang mencampurkan whipping cream. Resepi ikut suka rasa masa tu. Lain kali lilly catat n masukkan dalam entri yea
Kek Coklat Kukus
Sumber: hana MyResepi
Bahan-bahan ( size loyang 18cm )
1 cawan tepung gandum
1/4 cwn serbuk koko van houten
1 sudu kecil baking powder
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size M)
1 cawan gula halus
1/2 cawan butter (lilly guna 1/2 cawan minyak jagung)
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak n esen vanila
TOPPING
3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko van houten
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar
Cara-cara:
- Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg. (Lilly skip pukul butter dan hanya pukul gula dan telur)
- Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
- Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
- Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati. (Lilly campurkan minyak jagung)
- Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
- Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan
No comments:
Post a Comment