Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Sunday, 19 February 2012

Ikan Dory Grilled Butter Lemon


Salam bersiaran kembali.
Tak nak ngomel panjang. Saya hanya nak letakkan resepi ikan dory grill yang best!



Bahan-bahan:
3 keping fillet dory
1 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit tepung gandum
50g mentega
2 ulas bawang putih
1/2 biji lemon
garam
1 sk olive oil

kentang - basuh bersih dan rebus hingga empuk.
carrots-rebus dgn sedikit air
brocolli - sda

Cara-cara:

Basuh kepingan ikan dan lapkan dengan kitchen paper. Perapkan ikan dengan bawang putih yang ditumbuk dengan sedikit garam. Taburkan sedikit tepung gandum di atas ikan dan buangkan lebihan tepung. Biarkan ikan selama 30 minit.
Cairkan butter di dalam kuali dan masukkan bawang putih yang dicincang halus dan secubit garam. Kacau hingga naik bau dan ketepikan.
Dengan menggunakan api yang sederhana, panaskan grilled pan dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan kepingan ikan dory dan biarkan masak 4-5 minit. Terbalikkan kepingan ikan dory dengan perlahan. Masak 4-5 minit. Masukkan cairan mentega bawang putih tadi dan perah lemon di atas ikan. Angkat ikan.
Grill kan kentang yang telah direbus dan dibelah empat di atas pan yg sama. Taburkan sedikit parsley kering. Balik-balikan sehingga berwarna keemasan dan angkat.
Hidangkan ikan bersama kentang dan sayuran rebus.


Wednesday, 10 August 2011

Sambal Ikan Bilis


Salam. Sekarang ini mesti kawan-kawan di Malaysia sedang memikirkan hendak masak atau beli apa untuk berbuka hari ini. Di sini lebih kurang pukul 11.00 pagi. Anak-anak semua masih tidur kerana mereka tidur selepas bersahur dan solat subuh bila waktu Ramadhan. Lilly sekarang ni tengah berpikir-pikir nak buat kuih apa hari ni. Ada jamuan iftar bersama kawan-kawan Riyadh di rumah seorang kawan lilly petang nanti. Nak tahu apa yang lilly buat kena tengok next entri ye.....
Semalamkan lilly masak nasi lemak sambal ikan bilis. Jadinya entri kali ini lilly nak share sambal ikan bilis style lilly. Malam tadi tak sempat nak update entri ini. Ye lah dah 3 entri sekali....hihihh.

Sambal Ikan Bilis
Sumber: lilly dapurdriyadh

Bahan-bahannya:
50 g ikan bilis yang telah dibersihkan - goreng hingga garing
2 bawang besar size sederhana-dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
secubit belacan - dikisar sekali
3/4 cawan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa dari secubit asam jawa
1 labu bawang - dibelah 8
3 sudu besar minyak masak
4 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam halus

Cara membuatnya:

  1. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumiskan bahan kisar hingga masak. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing dan pecah minyak. Perlahankan api.
  2. Masukkan gula dan kacau rata. Ini untuk mendapatkan warna sambal yang merah.
  3. Masukkan 1/2 cawan air dan tunggu mendidih.Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan sambal sehingga masak lebih kurang 5 minit.
  4. Masukkan ikan bilis goreng, belahan bawang besar dan garam. Kacau rata. Biarkan sambal masak lagi.
  5. Rasa masin dan manis sambal. Tambah garam gula jika perlu. Tutup api dan sedia dihidang.



Monday, 8 November 2010

Kerapu Kukus Cendawan Bersuhun


Semalam lilly masak ikan kerapu kukus kerana dah lama rasanya tak makan ikan kukus. Tukar selera pulak makan ikan yang berkukus. Selalunya lilly masak sweet sour je ikan kerapu ni. Ikan ni rasa ala-ala masakan cina sebab letak dried mushroom. Semerbak bau mushroom sewaktu mengukus.


Kerapu Kukus Cendawan Bersuhun
Sumber: Olahan sendiri

Bahan-bahannya:
1-2 ikan mengikut size
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - dihiris
1/2 biji lemon
½ batang carrot
10 biji dried mushroom - direndam dahulu
1 ketul suhun - direndam dahulu
1 sb sos ikan
2 sb sos soya
secubit garam

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kukusan.
    Basuh ikan dengan perahan lemon hingga hilang bau hanyir.
    Letakkan ikan di dalam bekas.
  2. Di dalam satu bekas satukan sos ikan dan sos soya dan juga garam. Curahkan di atas ikan.
  3. Susun bawang merah, bawang putih, hirisan halia, carrot dan mushroom.
    Susun lebihan lemon dan suhun di atas ikan.
    Kukus ikan di dalam kukusan antara 30 minit.
    Angkat ikan. Boleh dihidangkan.

Saturday, 10 April 2010

Ikan Bawal Hitam Masak Tomato


Lama rasanya tak makan ikan bawal hitam. Sebabnya susah nak jumpa ikan bawal hitam di Riyadh ni. Yelah...lagipun lilly beli ikan di hypermarket bukan di pasar. Kalau di pasar mungkin lilly akan jumpa ikan bawal yang tersesat...bolehlah beli buat lauk.
So apa lagi, lilly pun masak tomato ikan bawal ni semalam. MH makan tak ingat...Aisyah suka kuah tomato dia.


Ikan Bawal Hitam Masak Tomato

Bahan-bahannya:
2 ptong ikan bawal - dibersihkan
2 bawang besar size sederhana-dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar pes tomato
1 sudu besar soso cili
1 biji tomato -dibelah 4
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
  1. Goreng ikan bawal, angkat dann toskan minyak.
  2. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumiskan bahan kisar hingga kering. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing.
  3. Masukkan pes tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan sos cili. Kacau. Masuk tomato.
    Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Gaul rata. Tutup api dan sedia dihidang.

Monday, 5 April 2010

Ikan Tenggiri Asam Rebus


Rasanya ini pertama kali lilly masak ikan asam rebus. Makan? Pernah makan sekali je masak asam rebus ini semasa balik bercuti semester di kampung Muar. Arwah atuk Zah yang masak. Ikan asam rebus ni masakan kampung. Kalau sapa yang duduk bandar memanglah jarang masak style camni...betul ke?

Nak tahu tak kenapa tekak ini tiba-tiba teringin hendak makan ikan asam rebus? Ini semua apabila lilly ternampak gambar ikan kembung asam rebus dalam majalah masakan lama yang diberi kawan. Sedap dimakan dengan nasi panas.


Ikan Tenggiri Asam Rebus

Bahan-bahannya:
2 keping ikan tenggiri

Bahan dikisar halus
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2-3 cili merah

1 batang serai
1-2 keping asam keping
1 biji tomato - dibelah 4
1/4 biji nenas - dihiris nipis
1 kiub perisa ikan bilis
garam secukup rasa
1 liter air


Cara membuatnya:

  1. Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk. Masukkan asam keping dan serai. Rebus selama 30 minit dengan api sederhana.
  2. Masukkan tomato dan nenas. Biarkan seketika.
  3. Masukkan ikan dan perisa ikan bilis dan garam secukup rasa. Masak sehingga ikan masak. Tutup api dan sedia dihidang.


Friday, 19 March 2010

KARI IKAN TENGGIRI

Rasanya semua orang tahu masak kari ikan kan? Tapi percaya tak lain orang masak lain rasanya...lagi satu lain negeri lain rasanya. Ada yang suka letak santan sikit...ada yang tak letak santan....ada yang tak letak santan tapi digantikan dengan susu...macam-masam style

Kari Ikan Tenggiri

Bahan-bahannya:

2 keping ikan tenggiri- dibersihkan
5 sudu besar rempah kari daging (lilly guna Baba's), bancuh dengan sedikit air
6-7 batang bendi
1 biji tomato
2 cili merah/hijau
1 liter santan cair
250 ml pati santan
sedikit air asam jawa (secubit asam jawa)
1 sudu besar perahan lemon
garam secukup rasa
sedikit gula pasir
3 sudu besar minyak masak

Bahan kisar
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*

Bahan tumis:
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
3 pelepah daun kari
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil biji sawi

Cara-cara:-

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga harum. Kemudian masukkan bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan masak hingga terbit minyak. Masukkan santan cair dan biar mendidih. Masukkan ikan.
  3. Masukkan tomato, cili merah/hijau dan bendi. Biar mendidih.
  4. Masukkan air asam dan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan tuang santan pekat. Masak dengan api sederhana. Perah sedikit lemon jus anggaran 1 sudu besar. Rasa lagi kuah secukup rasa dan boleh matikan api.

Wednesday, 27 January 2010

IKAN KERAPU MASAK TIGA RASA

Nak tahu tak lilly baru tahu Hammour fish yang lilly selalu beli di sini itu adalah ikan kerapu. Itupun selepas mendapatkan kepastian dari kawan. Walaupun tak sama macam kerapu di Malaysia tapi ada iras. Sama spesies ...tapi sebab duduk dekat Laut Arab jadi kulit dia warna lain sikit...heheh. Lilly bab-bab nama jenis ikan memang fail...hanya tahu ikan tenggiri yang dah belah, ikan kembung, ikan pari, ikan bawal...

Selalunya lilly masak sweet sour bila masak ikan kerapu ini. Tapi semalam lilly cuba masak Tiga Rasa. Resepi ini olahan lilly sendiri mengikut apa yang ada di dapur ...inspired by CMG & kak Hanieliza..from blog kak Ummi Kuantan.


Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan kerapu
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
3 camca besar tepung jagung
1 batang lada merah - hiris kasar
1/4 capsicum hijau - hiris bulat
1/2 nenas dalam tin - ditoskan airnya
1/2 batang timun - buang kulit dan belah kiub panjang
1 biji tomato - belah 6
1 camca besar gula

Bahan Tumis:-
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris
1 camca besar cili kisar

Bahan Sos:-
3 camca besar sos tiram
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
1 sb kicap manis
1/4 cawan air


Cara memasak:

  1. Lumur ikan yang telah dicuci bersih dengan serbuk kunyit dan garam dan salutkan dengan tepung jagung. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, ceduk keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
    Masukkan bahan-bahan tumis dan goreng hingga garing.
  3. Kemudian masukkan bahan sos kecuali kicap manis. Gaul hingga rata. Masukkan sedikit air.
    Masukkan tomato, cili, capsicum, nenas dan timun. Masak 2 - 3 minit.
  4. Masukkan kicap manis dan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  5. Tutup api. Curahkan di atas ikan yang telah diletak pinggan hidang.

Sunday, 15 November 2009

IKAN BAKAR

Semerbak bau rumah dengan bau ikan bakar yang dicampur bunga kantan dan daun limau purut yang cukup wangi cukup untuk membuatkan perut lilly berbunyi-bunyi...feed me..feed me. Tahan je perut tunggu MH balik makan malam. Lilly guna ikan Moosa yand dibeli di Danube atau orang melayu panggil ikan sebelah. Kawan lilly cakap ikan Moosa tu nabi Muhammad SAW pernah makan ikan tu sebelah bahagian saja. Tu yang ikan itu sebelah dia leper sedikit dari yang sebelah dan berwarna putih. Wallahualam.

Semalam 27 Zulkaedah anniversary Lilly dan MH. Doa lilly semoga perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat dan diberkati Allah. Hanya buat ikan bakar dan juga tomyam putih untuk dinner. Tak buat cake sebab yang akan habiskan kek itu lilly juga. Tunggu anniversary bulan Febuari nantilah.

MH balik lambat macam biasa sebab hujung tahun biasalah busy buat budget....dan MH tak ingat pun anniversary kami dalam bulan hijrah hari ni. Ye lah mana nak ingat... tak pernah-pernah ingat selama 8 tahun. Lilly ingat pun sebab ada tulis tarikh dalam kad jemputan perkahwinan rumah lilly.

Insya Allah, Lilly akan pastikan selepas ini keluarga kecil lilly akan ingat hari lahir dan ulangtahun dalam bulan hijrah seperti mana kita ingat hari lahir nabi Muhammad SAW 12 Rabiulawal.

Ikan bakar ini sudah mempunyai sambal tidak perlu lagi dicicah air asam jawa.



Ikan Bakar

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan size besar
daun pisang secukupnya

Bahan sambal ikan:
1 biji bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia - dihiris dan dikisar
1 inci lengkuas - dihiris dan dikisar
2 batang serai - dihiris dan dikisar
1 sb cili kisar
1 batang bunga kantan -dihiris halus
3 helai daun limau purut
garam
gula

Cara membuatnya:

  1. Bersihkan ikan, basuh dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali dengan 2 sudu besar minyak. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik bau. Letak sedikit air. Kacau dan tunggu sehingga masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bunga kantan dan daun limau purut. Kacau dan padamkan api.
  3. Letakkan daun pisang di atas dulang pembakar. Ambil setengah sambal ikan dan letak ditengah-tengah daun pisang.
  4. Letak ikan di atas sambal tadi. Habiskan sambal dan ratakan di atas ikan dan di dalam perut ikan. Tutup ikan dengan daun pisang.
  5. Bakar ikan pada suhu 130 C selama sejam dengan setiap belah 30 minit.


Tuesday, 10 November 2009

IKAN SINGGANG


Percaya tak yang kalau lilly cakap lilly hanya makan ikan singgang semasa waktu berpantang melahirkan Ammar dan Aisyah. Makan ikan singgang tenggiri yang mak masak. Tapi itu dulu. Lepas lilly keguguran bulan ogos lepas. Satu hari, Lilly masaklah ikan tenggiri singgang waktu dalam masa berpantang …teringat yang mak masak.

Sebelum tu MH tiap-tiap hari masak sup ayam rebus lada hitam. Cubalah kasi anak-anak makan lauk singgang sebab itu je la lauk yang ada. Rupa-rupanya Ammar dan Aisyah suka masak singgang. Ye lah mom mereka tak pernah masak. Yang kelakarnya masa tu, mereka berdua berebut makan ikan tenggiri singgang dengan lilly. Kesian kat lilly .… hanya dapat makan nasi dengan kuah singgang je dan suku bahagian ikan yang terpaksa diketepikan malam tersebut.

Sekarang lilly selalu masak ikan singgang kerana Ammar dan Aisyah suka. Minggu ini je dah 2 kali. Nak suruh mereka makan ikan kenalah masak ikan singgang. Jom makan ikan singgang!

Ikan Singgang

Bahan-bahannya:
3 ekor ikan selar @ 3 keping ikan tenggiri
1 bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia - dihiris
1 batang serai
¼ sb serbuk kunyit
1 bawang besar – dibelah 8
1 biji tomato
1 biji cili hijau - dibelah 2 jika suka
1 keping asam keping
½ kiub perisa ikan bilis
750 ml air

Cara membuatnya:

  1. Panaskan periuk dengan 2 sb minyak.Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Kacau sampai naik bau. Masukkan air. dan serai.
  2. Masukkan asam keping, serai, tomato dan bawang merah potong 8. Biarkan mendidih. Perlahankan api.
  3. Biar kuah masak lebih kurang 10-15 minit. Masukkan kiub perisa ikan bilis dan cili hijau jika suka.
  4. Kemudian masukkan ikan dan biar sehingga ikan masak. Letak garam dan rasa. Tutup api.

    Monday, 2 November 2009

    SWEET SOUR HAMOUR FISH


    Semalam lilly masak sweet sour fish memandangkan lilly telah beli ikan hamour di Carrefour hari Rabu lepas. Kali ini lilly telah cuba masak sweet sour fish yang sebetulnya....yang kebiasaan ramai orang tapi telah diolah sendiri. Insya Allah lilly akan tunjukkan pada entry akan datang resepi lilly ala2 sweet sour fish tapi sedikit pedas.

    Lilly tanya hubby "Ok tak masak macam ni?" "Ok..ok..sedap"..sambil makan malam walaupun jam sudah menunjukkan jam pukul 11.00 malam. Hubby balik lambat lagi...sudah 3 minggu makan malam lewat.

    Itu yang lilly boleh buat fruit tart semasa menunggu hubby balik. Fruit tart ni hanya pakai buah kiwi kerana dalam fridge hanya ada buah kiwi. Lilly letak blueberry filling di dalam inti kastard dan hiaskan dengan buah kiwi yang dipotong kecil. Doh tart ini lilly dah buat pagi-pagi dan masukkan dalam fridge...hanya nak tekankan dalam acuan dan bakar malam tadi. Resepi fruit tart ini lilly menggunakan resepi yang sama dari entry yang lepas.


    Resepi Sweet Sour HamourFish

    Bahan-bahannya:
    1 ekor ikan Hamour size sederhana dibersihkan
    5 ulas bawang merah (dihiris)
    3 ulas bawang putih
    1 cm halia
    2 sb tomato pes
    5 sb sos tomato
    3 sb sos cili
    3/4 cawan air masak
    1 buah tomato (dipotong 8)
    2 cili merah/hijau
    setengah batang carrot dihiris bulat
    1 bawang besar dipotong 8
    garam secukup rasa
    gula secukup rasa
    minyak masak secukupnya

    Cara membuatnya:
    1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
    2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah/hijau.
    3. Goreng sehingga naik bau. Kemudian masukkan pes tomato dan kacau.
    4. Masukkan sos tomato, sos cili dan air. Kacau. Masukkan garam dan gula.
    5. Masukkan carrot dan bawang besar. Kemudian kacau rata.
    6. Tunggu sehingga kuah pekat dan padamkan api.
    7. Curahkan kuah di atas ikan. Sedia untuk dihidang.


    Seronok anak-anak. "Ooh mom..mom buat macam dulu. Slurp..slurp" kata Ammar. Anak-anak lilly suruh bawa fruit tart pergi sekolah esok. Senang kerja...tidak perlu sediakan bekal sekolah untuk mereka esok pagi. Lilly balutkan fruit tart dengan cling flim supaya tart tidak hancur dan terjatuh kastardnya.



    Tuesday, 6 October 2009

    GULAI LEMAK NENAS IKAN MASIN


    Gulai lemak nenas ikan masin memang sedap bila di makan bersama nasi panas-panas dan ayam goreng. Lilly masak gulai lemak nenas bila ingin bertukar selera...kerana lilly jarang masak gulai lemak bersantan.

    Bahan-bahannya:
    4-5 potong ikan kurau masin
    1/2 biji buah nenas- dipotong kecil
    1 bawang besar - dikisar halus
    2 ulas bawang putih - dikisar
    3-4 biji cili padi - dikisar
    sedikit kunyit - dikisar
    1 batang serai dititik
    1 helai daun kunyit
    2 cawan santan -10 sb santan serbuk
    garam secukup rasa

    Cara membuatnya:
    1. Rendam ikan masin sehingga lembut. Bersihkan ikan masin dan toskan.
    2. Buang kulit nenas dan potong sederhana kecil berbentuk tigasegi.
    3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga masak sedikit. Masukkan 1 cawan air dan serai. Tunggu sehingga mendidih.
    4. Masukkan nenas yang telah dipotong kecil. Masak seketika.
    5. Masukkan santan dan daun kunyit. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
    6. Kemudian baru dimasukkan ikan masin supaya ikan masin tadi tidak hancur. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sentiasa.
    7. Tutup api setelah kuah masak dan mendidih.



    Friday, 21 August 2009

    IKAN KUKUS


    Sudah lama sebenarnya lily berangan-angan untuk ada blog sendiri tentang koleksi resepi masakan. Untuk koleksi diri sendiri dan yang paling penting ialah untuk anak-anak lily. Yalah nanti bila lilly dah tua atau sudah tiada adalah kenangan untuk anak lily dikongsi bersama keluarga mereka dan rakan-rakan... Walaupun tak seberapa.
    Sebenarnya tak tahu nak start macam mana dan tak tahu nak letak resepi apa dulu. Kalau ikutkan lilly ada berpuluh-puluh koleksi resepi masakan tetapi kebanyakannya bukan resepi lilly sendiri...almost orang lain punya hehehehh. Sebabnya lilly ni taklah pandai memasak sangat dan rajin memasak sebelum datang ke bumi Saudi ni. Maklumlah dulu bekerja. Masak yang simple-simple...kuih-muih beli je. Dekat Malaysia cakap aje nak apa...boleh cari. Dah duduk sini nak makan kenalah buat sendiri. Lagi satu dah boring duduk rumah tak tahu nak buat apa...cubalah masak mengikut resepi yang diambil dari MyR ataupun dari blogger masakan.
    So, resepi pertama yang lilly nak attach ni adalah dari resepi lilly sendiri. Resepi yang paling mudah dan simple...Ikan Kukus.

    Ikan Kukus

    Bahan-bahannya:
    1-2 ikan mengikut size
    Bawang merah
    2 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 biji lemon
    1 biji tomato dibelah 4
    ½ batang carrot
    Caulilower
    Cili merah - hiasan
    Nenas jika suka
    Daun bawang di hiris panjang –hiasan
    Bawang goreng
    1 sb perasa tom yam
    secubit garam

    Cara membuatnya:
    1. Panaskan kukusan.
    2. Basuh ikan dengan perahan lemon hingga hilang bau hanyir.
    3. Letakkan ikan di dalam bekas. Gaul ikan dengan perasa tom yam dan garam. Perah ½ biji jus lemon di atas ikan.
    4. Susun bawang merah, bawang putih, hirisan halia, carrot dan cauliflower.
    5. Susun tomato, lebihan lemon, cili merah dan nenas jika.
    6. Kukus ikan di dalam kukusan antara 30 minit.
    7. Angkat ikan. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng


    Anda mungkin juga meminati

    Related Posts with Thumbnails