Saturday 31 December 2011

Kuih Bakar Keledek Marble


Salam semua dan anak mummy jika suatu hari nanti membaca resepi ini. Hanya tinggal beberapa jam lagi kita akan masuk ke tahun baru iaitu tahun 2012. Tentu banyak kenangan suka duka sepanjang tahun 2011. Yang baik jadikan kenangan, yang pahit kita jadikan sempadan. Kenangan yang paling manis bagi keluarga lilly ialah dengan kehadiran Muhammad Anas. Anas pun sudah makin besar dan bijak.
Untuk entri yang terakhir tahun ini, Lilly nak berkongsi resepi kuih bakar keledek. Resepi ciptarasa dari dapurdriyadh. Alhamdulillah memang sedap dan pasti tidak mengecewakan. Cubalah!

Kuih Bakar Keledek Marble
Resepi oleh: lilly dapurdriyadh.blogspot.com

Bahan-bahan:
300 gm keledek yg telah dilenyek - lenyek baru timbang
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan santan pekat
3/4 cawan gula pasir
3 sb susu pekat
2 sb ghee -dicairkan
1/2 sk garam halus
Pewarna kuning dan hijau
1 sb pes pandan
Bijan untuk ditabur

Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali pewarna, pes pandan dan bijan.
  2. Tapis bancuhan. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  3. Letak satu bahagian pewarna kuning dan lagi satu bahagian pewarna hijau dan juga pes pandan. Kacau rata.
  4. Panaskan loyang atau acuan yang bergris atas dapur selama 2-3 minit.
  5. Masukkan bancuhan berselang-seli ke dalam acuan. Tabur bijan di atas bancuhan tadi.
  6. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga masak pada suhu 180 C.

Wednesday 21 December 2011

Rainbow Chiffon Cake


Salam bersiaran Kembali. Lilly nak update pulak resepi Chiffon Cake yang menjadi kegemaran orang2 di Riyadh ini. Sifu Chiffon Cake di Riyadh ni ialah Kak Nora. Lilly punya chiffon cake taklah selembut kak Nora punya. Tak pe Practice Makes Perfect. Lilly je baru nak buat chiffon kek ni... heheh. Tapi Lilly buat version rainbow sebab dek tengok kek Puding Karamel kat rumah kak Azlita Masam Manis.
Resepi asal sebenarnya ialah Kek Chiffon Keladi oleh CMG tengok kat MyResipi. Kalau tak suka perisa keladi kita boleh tukar dgn perisa orange, strawberry atau pun pandan. Design boleh juga di pelbagaikan. Nak buat 3 lapis warna pun boleh yg macam kak Nora selalu buat. Utk kali ini Lilly buat style rainbow.. tu yg jd Rainbow Chiffon Cake.. pandai2 tukar nama ye Lilly.
Ammar dan Aisyah memang excited la tengok kek yang berwarna-warni tu. Ammar la paling banyak makan. Suku kek dia habiskan hihihh.... sebenarnya Ammar puasa Assyura hari tu. Tu makan tak ingat. Jom tengok resepi chiffon cake oleh CMG ni.


Rainbow Chiffon Cake
Resepi asal: Kek Chiffon Keladi oleh CMG
Sumber rujukan lain: Azlita Masam Manis

Bahan-bahan ( Acuan Chiffon Berukuran 26cm )

Bahan A:-
6 kuning telur (gred A)
150 g gula halus
100 ml pati santan (guna santan kotak)
100 ml minyak jagung/masak
70 ml air
225 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh baking powder*(*diayak bersama)
1 camca teh perisa keladi
1/2 camca teh pewarna ungu
Secubit garam

Bahan B:-
6 putih telur (gred A)
135 g gula halus
1/2 camca teh cream of tartar


Cara-cara:

  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan A dan kacau dgn wisk hingga semua sebati dan larut. Ketepikan sebentar.
  2. Masukkan putih telur ke dalam mixing bowl, masukkan cream of tartar dan putar pada kelajuan tinggi. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga kembang dan kental.
  3. Gaulkan putih telur tadi ke dalam no.1 dgn kaedah "kaup balik" hingga sebati.
  4. Tuang dalam acuan chiffon dan ratakan. Tak payah disapu apa2 pada acuan. Biar macam tu saja. Hentak 2 - 3 kali utk membuangkan ruang2 udara dalam adunan kek tadi.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 30 - 35 minit.
  6. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan tadi atas dulang dan biarkan sejuk dalam acuan dalam berkeadaan terbalik.Bila kek betul2 sejuk, sisip tepi acuan dgn pisau kecil, tanggalkan acuan dan sisip juga bahagian dasar acuan dan boleh alihkan kek ke pinggan. Potong dan hidangkan.

Tuesday 20 December 2011

Kek Coklat Kukus Tanpa Telur

Alhamdulillah pada Ilahi kerana telah memberikan kesempatan utk Lilly menulis entri ini. Dah hampir dua minggu sebenarnya lilly buat kek ini. Ini baru ada kelapangan untuk berceloteh. Actually lilly nak try buat kek Super Moist Eggless Chocolate Cake (SMECC) by Dayang tapi sebenarnya baru perasan kek yang Lilly buat ni bukan SMECC tapi Kek Coklat Kukus Tanpa Telur masa nak CNP tadi. Hahaha...macam manalah boleh tersalah baca resepi. Itulah betul kata orang kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.
KCKTT ni sebenarnya Lilly buat esok harinya selepas buat Rainbow Chiffon Cake sebab kesiankan Aisyah. Tapi entri ni yang keluar dulu.. hihih sebab senang sikit hanya CNP je resepi. Hari yang Lilly buat Rainbow Chiffon Cake tu dia tak makan sangat kek tu. Sebenarnya Aisyah tu hantu kek coklat. Ammar pulak yang makan banyak....Ammar makan suku kek! Percaya ke tidak.
KCKTT ni memang sedap dan moist sangat. Simpan 3 hari pun still moist je.Tapi utk kek coklat ni Aisyah kureng sikit. Mungkin kerana kek ni terlalu moist dan very chocolaty dengan Lilly yang ada menderhaka sikit pada resepi, tambah lagi dengan topping choc.

Kek Coklat Kukus Tanpa Telur
by : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 6" x 6"

bahan A :
125 g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
2 sudu kecil serbuk penaik

bahan B :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar (lilly guna susu choc)
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam

bahan C :
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon

Cara-cara :

  1. Sediakan pengukus. Didihkan airnya.
  2. Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  3. Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
  4. Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
  5. Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
  6. Tutupkan loyang dengan kertas foil.
  7. Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
  8. Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
  9. Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
  10. Kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar.
    kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
  11. Kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails