Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Tuesday, 24 January 2012

Kuih Lapis Pisang


Kuih Lapis Pisang

Saya suka mencuba resepi baru bila angin rajin datang menghembus tetapi saya menghadapi masalah untuk update resepi dan menyimpan gambar syok sendiri untuk rujukan sendiri. Selalunya berminggu selepas saya mencuba resepi tersebut, barulah ada masa untuk meletakkan enti tersebut. Itu belum termasuk berapa lali berhenti dan sambung balik hanya untuk satu resepi. Kalau paling teruk pernah sampai satu dua hari sebab terlupa.

Ok ketepikan dahulu masalah saya untuk meletakkan entri dalam rumah yang kurang tetamu dulu. Sayakan suka pisang, maka saya pun telah membuat Kuih lapis Pisang untuk jamuan usrah gabungan ibu bapa pada suatu petang. Nak dijadikan cerita, pada petang itu, saya kurang berhati-hati menyebabkan satu tin telah terjatuh dari kabinet dan terlanggar tepi mangkuk adunan. Tetapi tidak termasuk dalam adunan yang telah dibahagi dua. Maka tertumpahlah sedikit adunan itu...huhuhuhh. Itu yang tengok lapisan merah sedikit nipis berbanding lapisan pisang. Kalau tak jadi Pelamin Angan Ku Musnah la hari tu.


KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci)
Sumber: Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza)

Bahan A:-
  • 2 cawan santan (lilly guna 1 1/2 paket santan S&P+ air 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad/jagung (lilly guna tepung jagung)
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning
Bahan C:-
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
  5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
  8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
  9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

Monday, 23 January 2012

Leftover roti lagi!!! Bread Tart with Serunding



Tengok gambar je dulu. Saya lupa resepi agak-agak yang menjadi yang saya buat tempoh hari. Kena mimpi dulu rasanya baru ingat.

Updated.
Tak perlu tunggu malam karang untuk ingat resepi roti serunding. Nasib baik untuk saya, rupanya saya ada mencatat resepi di dalam notes IP. Roti serunding ini saya buat untuk jamuan usrah bapa-bapa pada hari itu. Fikir apa yang paling senang dan macam biasa untuk menghabiskan roti di rumah ini. Petang itu saya menjadi seperti peserta MasterChef Malaysia yg di beri tugasan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Juri-jurinya ialah bapa-bapa usrah yang hadir pada malam itu.

P/S: Oleh kerana presentation utk Bread Tart with Serunding ni nampak menarik, bapa-bapa usrah pada malam itu tertanya-tanya pada MH. Apa tu...apa tu.


Bread Tart with Serunding
Resepi oleh lilly dapurdriyadh

Bahan-bahannya:
1 cawan susu segar/long life
3 biji telur
7 keeping roti
1/4 sk garam
Cheese Mozarella secukupnya
2 biji sweet potatoes
Serunding secukupnya
Cili merah 1 biji - dihiris

Cara membuatnya:

  1. Buang kulit roti. Ambil satu keping roti dan potong 6 empat tepat. Ulangi sehingga roti habis.
  2. Di dalam bekas yang lain pula, pukul sedikit telur, gula dan susu. Masukkan sedikit garam.
  3. Ambil roti tadi dan rendam roti di dalam bekas yang berisi susu. Ketepikan.
  4. Sambil itu kupas kulit sweet potatoes. Basuh bersih dan hiris nipis membulat. Ketepikan.
  5. Masukkan 2-3 keping roti ke dalam bekas muffin, kemudian ambil 3-4 keledek td dan susun di atas roti. Masukkan lagi 2-3 kepingan roti menutupi keledek.
  6. Tabur mozarella cheese...mcm buat pizza.Lagi banyak lagi sedap! Ulangi sehingga habis.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan emas.
  8. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Taburkan serunding daging dan letak 2-3 hirisan cili merah.


Bingka Roti Pisang

Dua benda yang selalu tak habis dalam rumah ni dan saya sebenarnya sayang nak buang. Roti dan Pisang! Roti memang makanan yang perlu ada setiap hari dalam rumah saya sebabnya kami breakfast roti bakar disapu butter. MH tidak cerewet pasal breakfast. Ada toast bread with butter itu sudah mencukupi tidak seperti tekak orang melayu breakfast nasi lemak pagi-pagi. Thank you to my PIL sebab telah mendidik MH sebegitu tak payah saya bersusah payah menyinsing lengan kena masak nasi lemak, nasi goreng, roti canai dsb yang berat-berat. Bila weekend baru ada heavy breakfast macam dekat hotel (seperti MH cakap) saya masak scrambled eggs, baked beans dan mushroom soups untuk dimakan bersama roti. Saya pula orang yang jenis suka pisang sebab macam-macam boleh dibuat dengan pisang. Muffin/cake pisang, cekodok pisang ataupun pengat pisang. Yang pasti boleh dimakan begitu saja.


Oleh kerana saya sayangkan roti dan pisang yang sudah lama menunggu macam pengantin tu, saya pun merajinkan diri membuat bingka roti pisang pada satu petang Ahad. Tak sangka Anas suka. 3 potong habis dimakan! Sedap la tuu.



Bingka Roti Pisang
Resepi oleh lilly dapurdriyadh.blogspot.com

Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
1 cawan tepung
1 1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan gula pasir
2 sb butter cair
1 cawan pisang yang telah dilecek
2 cawan susu segar/long life
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan dalam blender. Panaskan loyang atau acuan yang bergris atas dapur selama 2-3 minit. Masukkan bancuhan ke dalam loyang tadi. Bakar selama 1 1/2 jam pada suhu 170C.

Saturday, 31 December 2011

Kuih Bakar Keledek Marble


Salam semua dan anak mummy jika suatu hari nanti membaca resepi ini. Hanya tinggal beberapa jam lagi kita akan masuk ke tahun baru iaitu tahun 2012. Tentu banyak kenangan suka duka sepanjang tahun 2011. Yang baik jadikan kenangan, yang pahit kita jadikan sempadan. Kenangan yang paling manis bagi keluarga lilly ialah dengan kehadiran Muhammad Anas. Anas pun sudah makin besar dan bijak.
Untuk entri yang terakhir tahun ini, Lilly nak berkongsi resepi kuih bakar keledek. Resepi ciptarasa dari dapurdriyadh. Alhamdulillah memang sedap dan pasti tidak mengecewakan. Cubalah!

Kuih Bakar Keledek Marble
Resepi oleh: lilly dapurdriyadh.blogspot.com

Bahan-bahan:
300 gm keledek yg telah dilenyek - lenyek baru timbang
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan santan pekat
3/4 cawan gula pasir
3 sb susu pekat
2 sb ghee -dicairkan
1/2 sk garam halus
Pewarna kuning dan hijau
1 sb pes pandan
Bijan untuk ditabur

Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali pewarna, pes pandan dan bijan.
  2. Tapis bancuhan. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  3. Letak satu bahagian pewarna kuning dan lagi satu bahagian pewarna hijau dan juga pes pandan. Kacau rata.
  4. Panaskan loyang atau acuan yang bergris atas dapur selama 2-3 minit.
  5. Masukkan bancuhan berselang-seli ke dalam acuan. Tabur bijan di atas bancuhan tadi.
  6. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga masak pada suhu 180 C.

Wednesday, 30 November 2011

Bingka Craker


Orang tua-tua kata, kalau pandang lama-lama boleh jatuh cinta. Bukan jatuh cinta lagi sekali tapi jatuh cinta pada kuih bingka dekat rumah kak Ummi. Tajuk entri Bingka Craker Yang Best yang diletakkan oleh kak Ummi pun power. Haaah...baca je dah terliur.
Lilly buat setengah adunan dari resepi asal kerana bilangan ahli keluarga yang kecil. Lagipun cracker yang ada di rumah hanya cukup untuk setengah adunan resepi. Bingka Craker ni memang sedap untuk dimakan jika inginkan kelainan dari bingka pandan yang biasa. Untuk peringatan diri sendiri, next time lilly kena kurangkan telur sedikit jika gunakan telur grade A.


Bingka Craker
Resepi: Kh267tm @ MyR
Sumber : Jun-Yummylicious / Ummi @ Home Sweet Home


Bahan:-
  • 6 biji telur
  • 450 gram gula (akak letak 410 gram je, guna gula castor)
  • 170 gram tepung gandum
  • 2 sudu teh pandan paste
  • 285 gram tepung cream crackers (kisar biskut cream cracker)
  • 1420 ml santan (akak guna 800 ml santan Kara dan selebihnya + air)
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu teh garam
  • bijan (Jun tambah) - akak pun
Cara-Cara:-
  1. Kacau gula n telur hingga gula larut. masukkan tepung gandum, gaul sebati.
  2. Masukkan santan sedikit-sedikit dann kacau hingga santan habis. tapis.
  3. Masukkan tepung biskut cracker, kacau sebati.
  4. Masukkan garam, minyak sapi dan pes pandan. gaul sebati.
  5. Masukkan ke dalam loyang yg bergris, masak sekejap atas dapur hingga pekat sikit (jun skip yg ni) - jun tabur bijan..(kebetulan bijan biasa habis..yg ade bijan hitam, bantai ajelah..tp cun plak eh? hihi..) - akak pun x masak, terus jek tuang dlm loyang bergris yang dipanaskan dulu selama 3 minit gitu...
  6. Masukkan ke dalam oven n bakar hingga masak pada 160'c selama 1- 1 1/2 jam, keluarkan dan biar sejuk baru potong.


Wednesday, 28 September 2011

Jemput-jemput Roti


Nampak rupa jemput-jemput tak? Kalau tak ada header mesti orang confius kan ini apa. Inilah jemput-jemput roti yang lilly buat pagi semalam. Macam biasalah....sayang tengok roti terbiar macam tu je...last2 kena masuk cik tong bila dah berkulat.
Setengah orang panggil jemput-jemput roti atau cekodok ataupun cucur roti. Nak buatnya macam buat jemput-jemput biasa hanya tambahkan roti yang dicarik-carik dalam bancuhan. Lilly tambahkan juga kobis dan carrot untuk menyedapkan lagi. Sedap dan lembut lagi dari jemput-jemput biasa.


Jemput-jemput Roti

Bahan-bahan:

5-6 keping roti -dicarik kecil
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 biji bawang besar- dikisar halus
1 cili merah - dikisar halus
segenggam ikan bilis - direndam sekejap dan dikisar
1/2 sudu besar serbuk kari daging
daun bawang
sedikit kobis dihiris nipis
1/4 batang carrot disagat
2 cawan air
1/2 sb garam
minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-caranya:

  1. Masukkan bahan kisar, telur, serbuk kari, garam dan air dan gaul rata. Kemudian masukkan roti yang telah dicarik tadi. Gaul rata sehingga roti kembang.
  2. Masukkan tepung gandum, daun bawang, kobis dan carrot dan gaul sebati. Tambah air jika perlu (tapi pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat). Biarkan sekejap bancuhan selama setengah jam.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng seperti menggoreng jemput-jemput biasa hingga keperangan dan garing.
  4. Angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan panas-panas dengan cili sos.


Thursday, 11 August 2011

Kuih Tepung Pelita Daun Pandan



Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua. Inilah kuih yang lilly buat akhirnya untuk juadah iftar semalam. Kuih tepung pelita daun pandan. Tapi lilly punya tepung pelita tak guna daun pandan sebagai bekas. Pakai bekas plastik kecil yang biasa tu. Sebenarnya tak reti nak buat kelongsong pun ye juga...hihihh. Plus sayang mak ooii nak pakai daun pandan buat kelongsong....kalau dekat Malaysia lainlah. Berlambak daun pandan.
Tuan punya resepi kuih ini adalah Ros jintanmanis.com. Masa nampak kuih ni dekat rumah Ros, terus cakap dalam hati nak cubalah resepi kuih tepung pelita ni. Untuk menambahkan koleksi resepi tepung pelita yang ada. Pada lilly kuih tepung pelita ni, tekstur hijaunya memang macam kuih tako. Rupa pun lebih kurang sama... Peace.


Kuih Tepung Pelita Daun Pandan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Untuk Lapisan Bawah ( warna hijau)
1/2 cawan tepung beras
1 paket (100gram) tepung hoen kwee warna hijau
1 sudu besar air kapur
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan air@ jus perahan daun pandan

Untuk Lapisan Atas ( warna putih)
450ml santan
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara-caranya

1. Buat Kelongsong tepung pelita menggunakan daun pandan, kemudian satukan tepung beras, tepung hoen kwe hijau, gula dan jus pandan, kacau sebati dan tapiskan, masukkan di dalam periuk dan kacau selalu hingga pekat dan berkilat.

2. Selepas itu curahkan lapisan hijau tadi ke dalam kelongsong daun pandan dan biarkan seketika. Sementara itu buat lapisan atasnya, santan di campur dengan tepung beras dan garam, kacau sebati dan tapiskan. Masukkan di dalam periuk dan kacau selalu, setelah santan menjadi pekat, curah kan ke atas lapisan hijau tadi, dan biarkan sejuk.

3. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan, Selamat Mencuba.




Tuesday, 7 June 2011

Apam Marmar



Ada dua tiga resepi apam yang lilly simpan dalam folder yang lilly jengok dari myresipi.com dan di antaranya ialah resepi apam marmar oleh CMG. Bila baca balik resepi tengok macam senang sangat...campak je semua bahan-bahan dan biarkan cik mixer Kenwood buat kerja. Lembut dan gebu apam marmar ni.....like it!

Apam Marmar
Resepi oleh: Mat Gebu
Sumber: Myresipi.com

Bahan-bahan

250 g tepung berserbuk penaik
200 ml santan
200 g gula halus
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

Sunday, 22 May 2011

Bingka Ubi Kayu


Terliur nengok gambar bingka ubi kayu cik Nor dalam FB last week. Ramai kawan-kawan di Riyadh ni sudah merasa bingka ubi kayu air tangan cik Nur. Di AF5 hanya lilly sorang je belum merasa lagi... nak tunggu cik nur bagi rasa tak tahu bila. Tekak ni pulak makin gatal....so lilly pun belilah ubi kayu yang kebetulan ada dijual semasa sedang membeli barang dapur di Hyper Panda. Alhamdulillah tertunailah hajat di hati, bingka ubi menjadi dan memang sedap. Senang nak buat, tak perlu perah air ubi setelah diparut. Masuk santan, gula, telur, butter.. bakar...dah siap. Tapi yang tak larat jenuh nak memarut. Berapa kali jugalah lilly berhenti masa memarut sebab baby Anas menangis.

Bingka Ubi Kayu
Sumber: Cik Nur Riyadh

Bahan-bahan:
600 g ubi kayu yg telah diparut (TIDAK PERLU perah airnya)
1 1/2 cawan santan pekat - saya guna satu santan paket yg 50gm + 2cwn air.
1 biji telur
3/4 cawan gula perang- lilly guna gula pasir
30 g mentega (cairkan)
secubit garam
beberapa titis pewarna kuning

Cara membuat:

Campurkan gula perang bersama santan, kacau sehingga gula perang larut. Kemudian masukkan ubi kayu, telur, mentega dan secubit garam Kacau hingga semuanya sebati. Lumurkan loyang dgn sedikit butter. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pd suhu 150C selama 1 jam atau sehingga masak.
Variasi: Jika inginkan bingka yg berwarna kuning, tukarkan gula perang kpd gula pasir dan masukkan beberapa titis perwarna kuning


Tuesday, 17 May 2011

Apam Eno


Bila pengukus sudah dikeluarkan, semangat hendak membuat kuih yang perlu dikukus pun timbul. Lilly buat apam eno hari Ahad yang lepas. Tak sangka mudah hendak membuatnya. Tapi kena mengikut tip-tip yang telah diberi oleh komentar dalam myresipi.

Ini salah satu kuih favorite lilly semasa zaman sekolah. Aisyah kurang minat dengan apam eno ini berbanding apam polkadot yang lilly buat last week. Apam eno kan rasenya kosong berbanding apam polkadot. Pandai budak-budak sekarang ni memilih apam mana yang sedap.


Apam Eno
sumber resipi: zara_klate myresipi.com

Bahan-bahan
  • 300g tepung beras
  • 8-10 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar yeast
  • 280-300ml air
  • 3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
  • pewarna merah, hijau
Cara-cara:
  1. tepung dibancuh dgn air sdikit². kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.
  2. bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)
  3. bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.
  4. masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
  5. smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
  6. bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)

lilly letakkan juga tips dari nurnikisha di bawah sebagai rujukan lilly. Kredit kepada tuan punya resepi dan nurnikisha.

1)mcm mana nak pastikan apam merekah cantik?

*kukus apam guna api besar..if api kecik apam naik tp x merekah *isi bekas penuh2..apam mesti merekah cantik *make sure ada ruang utk peredaran udara panas diantara acuan2 apam..jgn susun terlalu rapat

2)if kukusan x panaskan dulu jd tak?

*apam ttp merekah cantik dan gebu tp make sure api yg digunakan utk kukus besar if api kecik naik gak tp x merekah *make sure ada ruang utk peredaran udara panas diantara acuan2 apam..jgn susun terlalu rapat

3)jumlah air yg paling cun utk resepi nih 280ml..hehe..bg kish ler sbb kish buat guna air byk tu gebu..lembut n tak basah apamnyerr..hehe

4)bila sejuk baru kuarkan apam dr acuan if tak apam pecah

5)eno tu kita campur dulu siap2 dalam keseluruhan adunan once kita panaskan kukusan utk buat hasilnya adalah sama dgn if kita masukkan eno ketika tunggu acuan dipanaskan...:)

6)eno if tak rata dier jd berbintik2 apam tu biler masak hehe..

tu jek hasil experiment kish ngan apam pg nih..hehe..harap2 dpt bantu 1st timer apam eno maker cam kish ni..tp pe2 pun..tq again kak zara utk recipe nih..:)


Apam Polkadot



Dah lama teringin nak buat apam polkadot ni. Nampak cantik sangat apam ni bila tengok di rumah Ros jintanmanis.com dan Hana. Tapi apam polkadot lilly kurang cantik sebab colour dot-dot yang lilly guna warna kuning telur. Bila dah siap kukus tengok, alahai tak comelnya dot-dot tu.
Lilly buat apam polkadot ini last week.. macam biasa lilly selalu update lambatkan? Ini kerana lilly perlu tengok waktu yang sesuai untuk update blog. Aisyah dan Ammar suka apam ini...tapi Aisyah je complain ada filing jem dalam apam tu...dia tak suka.

Apam Polkadot
Sumber resepi: Shelly@myresipi.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa - lilly guna strawberry jem
pewarna

Cara-cara:

  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag.
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja.
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Friday, 6 May 2011

Kuih Lopes


Sambung operasi update resepi yang tertangguh dari dua hari lepas.

Terliur Lilly tengok kuih lopes di rumah Dayang Jack last month. Mesti kena buat ni...nampak macam mudah je. Almaklum Lilly ni suka cuba resepi yang mudah dibuat dan sedap.

Jadinya, Isnin lepas lilly pun keluarkan periuk pengukus yang telah lama tersimpan rapi di dalam kabinet tu. Dan alhamdulillah kuih lopes lilly menjadi petang itu.

MH balik kerja tanya "Sapa bagi kuih lopes ni?" Nak tergelak pun ada masa dengar tu.Ye lah isteri dia boleh ada masa nak buat kuih lopes dengan nak jaga Anas lagi. Tahu tak apa Lilly jawab " Mestilah ayang buat sendiri. Takde sapanya nak bagi kuih banyak tu." Kalau pompuan lain dah merajuk dengar hb tanya sapa yang bagi.. huhuhuhh.

Kuih Lopes
Source: Tulip 77 MyResipi


Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur (tak letak)
1/2 sdt garam
beberapa titik pewarna hijau (lilly letak pandan paste)
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air


Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.






Wednesday, 3 November 2010

Kuih Lapis 2

Angin rajin datang lagi selepas masuk gear 3 buat kuih pau kelmarin. Diiringi angin rajin update blog pagi ni. Semalam Lilly buat kuih lapis resepi dari blog kak Ann periuktanah.blogspot . Anak-anak suka sangat. Lama rasanya tak buat kuih lapis kaler merah putih.


Kuih Lapis
Sumber : Kak Ann periuktanah blogspot

Bahan-bahan: menghasilkan satu loyang bulat berdiameter 7 inci)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
5 cawan santan sederhana pekat (daripada sebiji kelapa) - lilly pakai 2 paket serbuk santan + 5 cawan air
lilly tambah 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh minyak masak
sedikit pewarna merah dan esen ros/ pisang( setitik, dua je)
1/4 sudu teh garam

Cara membuatnya:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Dalam satu mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, gula pasir dan santan. Gaul sebati menggunakan whisk. Tapiskan ke dalam bekas lain agar adunan sebati. Lilly hanya blend semua bahan-bahan di atas plus 1 sudu teh garam + minyak masak dan tapis.
  3. Bahagikan kepada 2 bekas. Untuk selamat kira secawan demi secawan. Kalau nak buat 7 lapis, bahagikan mengikut nisbah 3:4. Bahagian yang 4 cawan diwarnakan merah dan biarkan satu bahagian lagi putih.
  4. Letakkan garam di dalam adunan putih dan esen ros di dalam adunan merah.
  5. Letakkan loyang di dalam pengukus. Tuangkan satu cawan adunan berwarna merah dan kukus selama 7-10 minit. Ulang proses hingga lapisan terakhir berwarna merah. Tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya menyerlah.
  6. Setelah siap, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan. Kalau nak cepat, rendamkan loyang dalam dulang berisi air ais dan bila loyang sejuk , barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
  7. Potong dan hidangkan.

Salam Bersiaran - Pau CMG



Salam...

Hampir dua bulan rasenya lilly tidak meletakkan apa-apa entry mengenai masakan. Mood hendak mencuba resepi baru macam terkubur sekejap. Mood untuk berblogging memang langsung takde...hanya rajin menjengah rumah bloggers je tengok apa yang dimasak. Lilly hanya masak lauk yang menjadi kebiasaan dan mmembuat kuih resepi ulang tayang yang memang sudah terjamin jadi dan sedap. Ohh..terlupa pulak lilly ada membuat biskut raya resepi famili MH bulan puasa lepas dan juga dua tiga resepi baru. Insya Allah lilly akan post kan resepinya jika ada kelapangan.

Dua hari yang lepas lilly cuba membuat pau yang menggunakan double action baking powder. Resepi pau dari Mat Gebu yang telah ditambah tolak mengikut kata hati. Lilly skip cuka sebab dah expired dan tambahkan sedikit bread improver kerana lilly hanya menggunakan tepung gandum bukan tepung pau seperti di dalam resepi. Alhamdulillah pau menjadi... lembut dan gebuss. Jom tengok resepi.


Pau CMG

Bahan-Bahannya :
240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau-lilly guna tepung gandum
1 camca teh Double-Acting baking powder
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)-lilly tak letak
lilly tambah 1/4 sk bread improver
Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2-lilly letak inti kari daging


Cara membuatnya :

  1. Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
  2. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
  4. Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
  5. Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba.


Friday, 23 April 2010

Pisang Goreng

Sapa kata duduk dekat Riyadh tak boleh makan pisang goreng. Tak kisahlah walaupun pisang tanduk bukan pisang nipah or pisang abu. Pisang goreng is my favorite...bila balik Malaysia mesti cari pisang goreng bila waktu minum petang. Tapi kadang-kadang frust betul dengan pisang goreng yang dibeli...lembik dan berminyak. Sampaikan MH cakap makan pisang goreng kat Riyadh lagi sedap dari beli kat Kajang. (Pisang goreng yang lilly buat la apalagi)

Lilly beli pisang tanduk dekat Hyperpanda area Indian food. Mak ooii..mahal..SR10 sekilo. Tapi nak buat camne...nak makan. Pejam mata je lah. Dekat Malaysia punyalah murah. Kalau nak yang free kena balik kampunglah kan.... Teringat kejap masa kecik-kecik bila balik kampung Kati, Kuala Kangsar. Opah bagi buah tangan setandan pisang utk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Pisang nipah rasanya. Sampai kereta belah belakang rendah dari depan. Kerana punya banyaklah buah tangan termasuk durian, manggis, rambutan dan langsat. Itu tak termasuk 1 tin kerepek pisang yang duduk dekat bahagian penumpang. Very nostalgia...

Lilly nak share teknik untuk mendapatkan pisang goreng yang rangup dengan hanya menggunakan minyak masak. Caranya ialah dengan memasukkan minyak masak yang panas ke dalam bancuhan tepung beras. Kalau tak de tepung beras, guna tepung gandum pun boleh.


Pisang goreng

Bahan-bahannya:
Pisang tanduk- dipotong serong
Tepung beras /tepung gandum
Air
2 sudu besar minyak panas
Secubit kunyit
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Masukkan semua tepung beras, kunyit dan garam ke dalam satu bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan seperti jemput-jemput ikan bilis.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng. Agak-agak minyak panas, ambil 2 sudu besar minyak dan masukkan ke dalam bancuhan tepung. Kacau rata. Masukkan pisang dan gaul rata.
  3. Masukkan pisang dalam kuali dan goreng hingga berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan.

Home Made Seri Kaya



Sedapnya makan roti bakar disapu dengan home made seri kaya. Sambil menikmati teh tarik instant Aik Cheong yang dibawa dari Malaysia. Terasa sekejap macam makan roti bakar kat kopitiam walaupun kaki ini tak pernah menjejaki lagi mana-mana kopitiam di Malaysia...hihihh. Macam mana tu???

Resepi homemade seri kaya ini daripada kak Jeni yang telah diminta 2 bulan lepas rasanya. Thank you kak jeni kerana baik hati berkongsi resepi dengan kawan-kawan di Riyadh ni...muahhs.

Seri Kaya
Sumber : Sarah Sayang

Bahan-Bahan
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)
1/2 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
1 1/2 cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)

Cara membuatnya:

Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4). Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang20 minit)*. Sukatan ini boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...* nak wangi,boleh letak daun pandan .

Sunday, 18 April 2010

Kuih Buah Melaka

Phewh....semalam petang, tertunailah sudah janji lilly hendak buat kuih buah melaka pada Ammar. Setelah 2-3 minggu rasanya. Kenapa lama sangat hendak tunai janji? Ammar request buat kuih buah melaka apabila tiba hari Khamis. Nanti mom buat esok ye, pinta Ammar. Tengoklah kalau mom tak penat, jawab lilly. Biasanya bila hari Jumaat mood memasak kuih itu kurang atau tiada langsung. Pastu terus lupa sepanjang minggu itu dan Ammar pun tak minta.

Cerita yang paling kesian berlaku pd Ammar masa pergi house warming rumah kak Zura last Wednesday. Sampai-sampai rumah kak Zura, Ammar terus cakap nak makan. Tapi oleh kerana acara makan belum bermula (kaum bapa sedang baca Yaasin masa tu) lilly suruh tunggu. Masa lilly tengah berborak lepas makan, Ammar datang dengan muka sedih dengan tangan memegang pinggan yang berisi kuih lopes (dah makan suku). Mom, kenapa kuih ni takde yang tengah dia. Mula-mula blurr...pastu terus paham maksud dia. Rupa-rupanya, Ammar ingatkan kuih lopes tu kuih buah melaka. (Rupakan lebih kurang sama. Warna hijau ada putih-putih. Cuma size je berbeza). Rasa nak gelak pun ada...kesian pun ada. Patutlah nak terus makan, dia ternampak kuih lopes yang disangka kuih buah melaka. Sayang Ammar!

Kuih buah melaka yang lilly buat sedikit berbeza kerana ada letak tepung gandum. Rasa dia akan sedikit kenyal dan lembut. Takdelah bila makan semata-mata rasa tepung pulut.


Buah Melaka aka Onde-onde

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 cawan jus pandan (lilly buat 1 cawan air+2-3 titik perwarna hijau+ 1 sb pati pandan)
1 ketul gula melaka @ secukupnya- dipotong kecil-kecil
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]
sedikit garam
*Air jus pandan boleh kurangkan 1 sudu besar jika tidak mahu melekat sangat ditangan.

Cara membuatnya:
  1. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum di dalam satu bekas. Letak air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel dan lembut.
  2. Ambil secubit adunan (ikut size yang kita suka) dan leperkan. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup dan bulatkan.
  3. Panaskan air di dalam periuk agak-agak tinggi airnya bebola itu boleh timbul. Masukkan bebola pulut tadi di dalam air mendidih. Angkat bebola kuih apabila telah timbul dan toskan dalam tapisan.
  4. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam. Hidangkan.

Friday, 16 April 2010

Kuih Lapis Serikaya Coklat

Rabu lepas cuba buat kuih lapis serikaya coklat resepi dari kak Fida di MyResepi. Untuk di bawa ke jamuan house warming kak Zura. Tapinya kuih lapis lilly warna dia hijau sebabnya lilly guna tepung hoen kwee hijau. Macam mana ntah boleh terbeli tepung yang warna hijau masa balik Malaysia. Masa geledah kabinet cari tepung hoen kwee ...tiga-tiga bekas yang jumpa semuanya warna hijau. Nak buat camne, dalam otak memang nak buat kuih ni. Mana ada tepung hoen kwee di Riyadh ni, pakai jelah apa yang ada.

Lilly letak pewarna hijau pada sebahagian adunan dan lagi letak choc emulco ganti serbuk koko. Sebabnya tak confident nanti bahagian warna choc jadi apa bila pakai serbuk koko. Choc emulco kan warna dia gelap sikit. Nasib baik bahagian warna choc nampak cantik.Lilly kukus dua kali untuk satu bancuhan kuih ni. Pertama kali, lilly pakai loyang. Loyang lilly takdelah besar sangat.Tu terpaksa kukus kali kedua dgn bekas lompang yang kecil-kecil.

Suka sangat kuih lapis yang dikukus dalam bekas lompang. Comei...next time rasanya bila buat kuih lapis nak layer dalam bekas lompang je. Masa kukusan pun tak lama sgt. Cuba nengok gambar kuih lapis yang dipotong. Perasan tak ada 3 layers je. Actually dia ada 4 layers. Layer yang bawah sekali warna hijau dia melekat sikit dekat loyang dan tak melekat dengan layer warna coklat. So lilly tinggalkan je layer hijau tu dalam loyang bila time potong....ishh..ishh..ishh.





Kuih Lapis Serikaya Coklat
Kak Fida MyResepi


Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc.)
300 g tepung gandum*- (3 cwn rata dan keluarkan 3 sb rata)
60 g tepung hoen kwee*- (6 sb rata)
360 g gula halus* - (1 3/4 cwn rata)
2 biji telur*
1500 ml santan* (akak guna 500ml santan kotak+1050ml air)
1/2 sk garam*
50 ml santan (ambil dr santan yg tlh di sukat)
25 g serbuk koko - (4 sb rata)
sedikit pewarna kuning


Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan2 yg bertanda * dlm sebuah mangkuk dan kacau rata.
    Serbuk koko dan 50ml santan dibancuh dan ketepikan.
  2. Adunan (1) tadi ditapis dan dibahagi 2 bahagian,1 diwarnakan kuning dan 1 lagi dicampurkan dgn campuran koko dan tapis.
  3. Panaskan loyang yg bergris dalam kukusan dan tuang adunan kuning dan kukus selama 5 min.
  4. Tuang pula adunan koko atas lapisan kuning,tanpa mengeluarkan loyang,dan kukus selama 5 min.dan lakukan dgn mengukus adunan selapis2 berselang-seli warna hingga habis dan kukus lapisan terakhir selama 15-20 min. agar kuih masak keseluruhannya.Biar kuih sejuk di dalam loyang dan bolehlah dipotong kecil dan disajikan.
  5. Note: Lilly blend semua bahan-bahan kecuali choc emulco dan perwarna hijau.






Friday, 9 April 2010

Kuih Bakar Kak Ton

Lama tak buat kuih bakar. Kali ini lilly buat kuih bakar Kak Ton pulak. Famous resepi kuih bakar kak Ton di Riyadh ni. Terima kasih banyak-banyak pada Nor kerana posting resepi ini di Notes FB. Lilly CNP buat koleksi resepi...hihihh.

Kuih bakar ni memang sedap berlemak. Habislah diet sapa yang tengah diet iteww.


Kuih Bakar Kak Ton

Bahn-bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa)- lilly pakai 2 cawan air + 100g serbuk santan
3 cawan jus pandan (10 helai daun pandan diblend) -@ 1 sk pandan elmulco
1 cawan gula pasir
3 biji telur
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil pewarna hijau

Cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 180c
  2. Gaul semua bahan sehingga sebati. (lilly masukkan semua bahan dalam blender, blend hingga sebati).
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di sapu minyak.
  4. Bakar selama 1 jam, setelah 30 minit taburkan bijan dan bakar lagi 30 minit atau sehingga masak.Sejukan dulu baru potong.

Wednesday, 31 March 2010

BUBUR SUM-SUM MARBLE


Ammar request lilly buat bubur sum-sum semalam. So tengahari tadi lilly pun buat bubur sum-sum sebelum Ammar balik sekolah pukul 2.30 petang.Bubur sum-sum ni kegemaran anak-anak lilly...mungkin kerana di makan dengan air gula melaka.

Bubur sum-sum ini sudah kali ke-4 lilly buat bulan ni. Tapi tak dapat upload resepi kerananya kamera lilly hilang semasa mahu pulang dari Mekah. Banyaklah juga pic food dalam kamera tu...pic birthday Aisyah.. dah takde rezeki.


Bubur Sum-Sum Marble


Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kanji/ubi
5 cawan santan pekat (lilly letak 2 pek santan segera S&P* + 5 cawan air)
1 sk garam
1 sudu besar emulco pandan
1 helai daun pandan (jika suka)
(Kurangkan santan sikit jika tidak mahu berlemak sgt)

Air gula melaka:
1 ketul gula melaka
3 cawan air
1/2 cawan gula
(Masak semua bahan di atas. Tambah gula jika perlu)



Cara membuatnya:
  1. Blend semua bahan-bahan diatas kecuali pandan emulco. Masak bancuhan itu di atas api sederhana kecil sehingga likat dan meletup-letup. Tutup api dan ketepikan.
  2. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian letak pandan emulco dan kacau rata.
  3. Masukkan adunan berselang-seli buat marble ke dalam bekas kecil atau nak senang masuk je dalam loyang besar. Sejukkan. Hidangkan bersama air gula melaka.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails