Friday, 23 April 2010

Home Made Seri Kaya



Sedapnya makan roti bakar disapu dengan home made seri kaya. Sambil menikmati teh tarik instant Aik Cheong yang dibawa dari Malaysia. Terasa sekejap macam makan roti bakar kat kopitiam walaupun kaki ini tak pernah menjejaki lagi mana-mana kopitiam di Malaysia...hihihh. Macam mana tu???

Resepi homemade seri kaya ini daripada kak Jeni yang telah diminta 2 bulan lepas rasanya. Thank you kak jeni kerana baik hati berkongsi resepi dengan kawan-kawan di Riyadh ni...muahhs.

Seri Kaya
Sumber : Sarah Sayang

Bahan-Bahan
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)
1/2 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
1 1/2 cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)

Cara membuatnya:

Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4). Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang20 minit)*. Sukatan ini boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...* nak wangi,boleh letak daun pandan .

2 comments:

princesssaf said...

salam sis..nak tanya..kat riyadh mana boleh dapat daun pandan? mana kakak selalu beli bahan2 melayu? tk

lilly said...

bawa dari Malaysia.
tapi kawan-kawan kata ada kat Batha....cubalah mana tahu terjumpa

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails