Lilly dan famili bercuti di Bahrain semasa cuti hari raya haji di Riyadh. Di Saudi Arabia kalau hari raya haji cuti umum lebih kurang 10 hari. MH kan teramat sibuk dengan kerjanya selepas balik bercuti hari raya Aidil Fitri. Jadi MH memang nak pergi bercuti sambil berehat menenangkan fikiran semasa cuti Aidil Adha. Tempat percutian yang paling dekat dengan Riyadh ini ialah Al-Khobar dan Bahrain. Oleh kerana lilly sekeluarga tidak pernah menjejakkan kaki di Bahrain jadi percutian kali ini adalah di Bahrain bukan Al-Khobar. Kami bercuti selama 4 hari 3 malam bertolak di Riyadh pada hari wukuf pukul 7.00 pagi dan sampai di Bahrain pukul 12.00 tengahari.
Percutian lilly sekeluarga lebih kepada bersantai-santai di hotel jadi tidak banyak tempat yang kami lawati di Bahrain. Kami bersiar-siar dengan kereta di bandar Manama, ibu kota Bahrain dan juga window shopping di 2 shopping complex yang terkenal di Bahrain iaitu Seef Mall dan Bahrain City Center. Kalau orang kata pergi Bahrain kena tengok wayang. Tapi Lilly dan MH memang jenis orang tak tengok wayang. Jadi lilly dan MH jalan-jalan dan tengok gelagat orang Bahrain camne. MH kata Bahrain boleh consider sebagai tempat yang boleh tinggal selepas Riyadh...macam bagi hint je.