Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Sunday, 21 February 2010

SOTONG GORENG BEREMPAH


Semalam lilly cuba masak sotong goreng berempah resepi kak hanieliza diambil dari blog kak Umi . Lebih kurang sama macam lilly masak tapi kelainannya kak liza letak sedikit halba campuran. Wangi semerbak masa menumis.


Sotong Goreng Berempah
Chef Hanieliza

Bahan A:-
500 gm sotong
2 sb. rempah kari (dibancuh dengan sedikit air)
1/2 cawan air asam jawa
1 labu bawang besar (dipotong gelang)
2 biji tomato (dipotong 4)
2 sb. minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris):-
1 sk halba campur
2 cm halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari

lilly tambah
1/2 batang carrot - potong serong

Cara-cara:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga layu.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau hingga rata dan naik minyak. Masukkan carrot dan sedikit air. Biar sekejap.
  3. Masukkan sotong dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan bawang besar dan tomato.
  5. Perasakan dengan garam dan biar sotong masak. Sedia untuk dihidangkan.

Sunday, 14 February 2010

UDANG GORENG KARI DENGAN CARROT


Jengok rumah kak Umi Kuantan pagi tadi ternampak yang kak Umi masak udang goreng kari. Nak try la...sebab selalunya lilly masak sambal udang je bila bab masak udang ni. Kali ini masak lain sikit. Resepi ini dari Ros Jintan Manis. Thanks to Kak Umi and Ros.
Cuba nengok pic lilly macam udang goreng tak? Macam udang kari kering je kan...hihihh. Sebabnya lilly terletak air lebih sikit. Udang dah masuk kuali..cam ne tu. Kalau biar lama2 terlebih masak la pulak udang tu. So lilly tutup api...angkat je la.



Udang Goreng Kari dengan Carrot

Bahan-bahan:-
200gram udang ( kira-kira 18 ekor udang saiz sederhana) lilly kurangkan
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 batang carrot ( dipotong nipis)
1/2 biji bawang besar ( dihiris halus)
1 biji bawang putih ( dicincang halus)
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:-

Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit.Kemudian masukkan carrot dan biarkan carrot betul-betul layu baru masukkan udang dan bawang besar. sesuaikan rasa, masukkan garam. Kacau sebati, jika terlalu kering boleh masukkan sedikit air, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, 23 December 2009

SAMBAL UDANG

Kalau beli udang lilly selalunya akan masak sambal udang style lilly. Bezanya dari sambal udang tradisional ialah dicampur pes tomato dan air perahan lemon segar. Jarang rasanya masak udang selain daripada sambal kalau untuk dimakan bersama nasi. Rasa rugi ...kerana sambal udanglah yang paling Ummph bila makan dengan nasi. Betul tak?


Sambal Udang

Bahan-bahannya:
12 ekor udang size sederhana/besar
2 labu bawang besar-dikisar halus
3 ulas bawang putih dikisar halus
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes tomato
2 sudu besar air perahan lemon segar
1 biji tomato
1 batang serai- diketuk
1 inci halia
1 labu bawang - dibelah 6
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula
1/2-1 sudu besar garam

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumiskan bahan kisar, serai dan halia hingga sedikit kering. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing. Masukkan pes tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau. Tunggu hingga mendidih.
  2. Masukkan udang dan kacau rata. Masukan air perahan lemon. Masak sehingga kuah agak-agak pekat. Masukkan tomato dan belahan bawang besar. Kacau. Masukkan garam dan gula. Rasa garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaul rata dan sedia dihidang.


Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails