Showing posts with label Noodles and Pasta. Show all posts
Showing posts with label Noodles and Pasta. Show all posts

Thursday, 4 November 2010

Mee Kari


Ini siaran tertunda disebabkan tidak ditiup angin rajin berblogging. Lilly pun dah tak ingat exactly date lilly masak mee kari ni. Kalau tak silap dalam bulan raya...tekak ni teringin nak makan mee kari bila tengok gambar kawan2 pergi open house di Malaysia...huhuhh. Sedap resepi ni. Lilly pakai daging rebus je...kalau letak kerang mesti sedap kan.


Mee kari
Sumber: Dayang Jack
Bahan-bahan : Hidangan utk satu keluarga



Bahan A
1/2 kilo mi kuning (dicelur)
4 biji telur rebus (dibelah dua)
sedikit sawi (dicelur)
sedikit taugeh (dicelur)
sedikit daging lembu (direbus dan dihiris nipis)
2 biji cili merah (dihiris)
sedikit daun sup(dihiris)
sedikit bawang goreng
tauhu yg sudah digoreng (dihiris)
udang yg sudah digoreng/direbus- optional
2-3 biji limau kasturi - optional

Bahan B (kuah)
250-300 g keledek merah (direbus dan dikisar lumat)
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar)
rempah 4 sekawan
3 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
2 sudu makan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
2 sudu makan kerisik (kalau xde kerisik, buatlah sendiri. Ambil 2 sudu besar kelapa parut, pastu goreng tanpa minyak sampai perang. Then, tumbuk lumat. dah siap)
700-800 ml air atau lebih
gula dan garam secukupnya
minyak masak


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dgn bahan-bahan kisar.
  2. Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek yg tlh dikisar dan juga air. Kacau sekali sekala dan biarkan mendidih.
    Masukkan tepung gandum, kerisik, garam dan gula. Kacau hingga sebati. (kuahnya boleh adjust sendiri samada nak pekat atau perlu ditambah air).
  4. Apabila sudah masak, biarkan merenih seketika.
    Cara hidangan : Sediakan pinggan/mangkuk. Susunkan bahan A dan tuangkan kuahnya.

Friday, 28 May 2010

Kuew Teow Kung Fu



Brunch kuew Teow Kung Fu semalam. Biasalah bila weekend....terus brunch. No breakfast. Dinner pula seawal 5.00 - 6.00 petang.
Bangun pagi...terus pikir nak masak kuew teow Kung Fu bila tengok ada 2 paket kuew teow dalam freezer. Macam mana dapat kuew teow? Sapa lagi kalau bukan dari Idah. Pembekal kuew teow dari Malaysia di Riyadh ni.


Kuew Teow Kung Fu
My style

Bahan-bahannya:
300 gram kuew teow
2 biji telur
5 ketul ayam -dipotong kecil
8-10 ekor udang (tapi lilly ganti dengan
sedikit hirisan daging yang telah direbus
2 ulas bawang putih
1/2 batang carrot- dihiris nipis
sedikit sayur kubis cina @paksoy

Bahan A
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap soya
1 sudu kecil gula
2 cawan stok ayam (lilly guna 2 cawan air + 1 kiub ayam)
2 sb tepung jagung


Cara menyediakannya:

  1. Penyediaan kuew teow. Pukul telur dalam satu bekas. Masukkan kuew teow. Rendam sekejap. Panaskan kuali dan letak 1 sudu besar minyak. Masukkan kuew teow tadi dan balik-balikan sehingga keperangan. Angkat.
  2. Panaskan kuali dan letakkan 1 sudu besar minyak. Tumis bawang putih sehingga keperangan dan naik bau. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan daging yang telah direbus. Biarkan sekejap. Kemudian masukkan bahan A.
  3. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan carrot dan sayur. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau dan rasa kuah secukup rasa. Padamkan api.
  4. Hidangkan kuew teow yang telah digoreng dengan kuah. Sedia untuk dimakan.

Monday, 3 May 2010

Mee Isi Ketam dan Bebola Ikan

Jom makan! Ini mee chineese style mengikut citarasa sendiri....resepi main campak-campak dan menggunakan bahan yang ada di dapur. Habis licin dikerjakan kami sekeluarga.

Mee Cina dengan Isi Ketam dan Bebola Ketam

Bahan-bahan:
10 keping isi ketam - dibahagi 2 @ 3
10-15 bebola ikan - bahagi 2
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos soya
500 ml stok ayam
1/2-1 kiub ayam "Maggi"
1 pokok daun sup, diambil ubinya dan juga di potong panjang
1/2 batang carrot - dipotong nipis serong
1 pokok sayur pak choy
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air
1 biji telur putih
500ml air
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak bijan

Bahan Lain:
1- 2 bungkus Chineese Noodles - dicelur jika suka
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap

Cara membuatnya:
  1. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih yang dicincang dan goreng hingga wangi.
  2. Masukkan stok ayam, air dan ubi daun bawang. Biarkan mendidih. Masukkan sos tiram, sos soya, kuib ayam dan carrot. Biarkan sekejap 3-5 minit.
  3. Masukkan isi ketam dan fish ball. Tambah garam secukup rasa. Masukkan bancuhan tepung jagung dan telur putih dan kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan sayur pak choy dan daun bawang.
  5. Hidangkan bersama chineese noodles dan tabur kan dengan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan juga cili kicap jika suka.







Monday, 8 February 2010

SPAGHETTI BOLOGNESE


Anak-anak lilly kalau buat spaghetti bolognese memang boleh tambah 2 pinggan. Selalunya lilly buat spaghetti sauce sendiri, bukannya pakai yang instant sauce. Jimat dan pasti halal.



Spaghetti Bolognese


Bahan-bahannya:
1 paket spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan. Jika hendak serve kemudian lalukan air masak pada spaghetti, toskan dan gaul sedikit minyak zaitun.

400 gm daging kisar
15 sudu besar pes tomato/ 2 kotak kecil pes tomato Almarai
10 biji cendawan butang - dhiris/ dibelah 4
1/3 biji capsicum hijau - didadu halus
1 batang carrot - didadu halus (selalunya lilly tak letak)
1 biji tomato - didadu halus
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
3-4 helai bay leave
1 sudu besar crushed oregano
1 1/2 cawan air
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar tepung jagung
1 kiub perisa ayam
garam dan gula secukup rasa
grated Parmesan cheese/apa2 cheese pun - untuk tabur


Cara membuatnya:-

  1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar. Masak hingga daging benar2 masak. Masukkan pes tomato, bay leave dan crushed oregano. Masukkkan air dan kacau rata. Biarkan sekejap supaya sebati. Masukkan tomato segar yang dicincang. Masakkan selama 15 minit dengan api perlahan. Pastikan kacau selalu.
  3. Kemudian masukkan capsicum, cendawan butang dan carrot. Masukkan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Jika hendak kuah pekat letakkan air bancuhan tepung jagung. Kacau rata. Biarkan mereneh lagi selama 5 minit. Tutup api.
    Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan.

Friday, 18 December 2009

PASTA SHRIMP AGLIO OLIO with BROCCOLI

Salam. Selalunya pasta orang makan waktu dinner atau lunch. Tapi lilly telah masak Pasta Aglio Olio pagi tadi untuk breakfast. Lilly ambil resepi dari BigOven tapi telah disesuaikan mengikut keadaan dan citarasa. Heavy breakfast sikit hari ini kerana untuk bekal MH ke tempat kerja hari ini.

Pasta Shrimp Aglio Olio with Broccoli

Bahan-bahannya:
450g pasta - direbus separuh masak dan ditoskan
12 ekor udang - dibuang kulit dan dibersihkan
5 ulas bawang putih -dicincang
3o g broccoli - dipotong kecil
3 sb extra virgin olive oil (EVO)
3 sb butter
30 g parmesan cheese
1/2 biji lemon
3/4 cawan stok pati ikan bilis (1/2 kiub pati ikan bilis+air)
1/4 cawan daun parsley yang dicincang halus

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali dengan minyak EVO. Masukkan bawang putih dan masa sehingga bertukar warna keperangan.
  2. Masukkan udang dan masak di atas api sederhana kecil sehingga udang bertukar warna pink. Masukkan brocolli dan stok pati ikan bilis. Kacau dan biarkan 3 minit.
  3. Masukkan pasta dan perahkan jus lemon di atasnya.
  4. Masukkan butter, cheese, daun parsley, garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau rata. Tutup api dan boleh dihidang.

Sunday, 22 November 2009

FETTUCCINI ALFREDO SEAFOOD


Lilly memang plan masak fettuccini alfredo seafood untuk dinner malam Rabu. Masa beli grocceries minggu lepas di Danube lilly dah siap-siap beli fettuccini, udang dan kepah untuk dibuat fettuccini alfredo. Resepi ini lilly olah sendiri setelah mengumpulkan beberapa resepi di internet. MH kata sedap! MH kata sedap macam kat hotel tapi portion pun kedekut macam kat hotel/restaurant juga. Tu yang tambah 3 kali pinggan...
Untuk anak-anak, lilly buat chicken alfredo. Sama macam resepi di bawah tetapi lilly masak ayam dulu di atas frying pan dengan membalik-balikkannya.

Fettuccini Alfredo Seafood
Bahan-bahannya:
8 ketul fettucini
500 gm udang - dibuang kulit
300 gm kepah
bawang putih 6 ulas
1 sudu besar mentega
1/2 cawan cream
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan stok ayam (1/2 cawan air + 1/2 kuib ayam)
1 sudu besar parsley kering
garam

Cara membuatnya:
  1. Bersihkan kepah dan rebus sekejap dengan 3 ulas bawang putih. Tutup api dan toskan.
  2. Rebus fettucini mengikut arahan seperti bungkusan. Toskan.
  3. Sambil itu, panaskan kuali dan letakkan mentega. Masukkan bawang putih dan kacau sampai naik bau. Masukkan udang dan balikkan, tunggu sampai udang berwarna pink. Masukkan stok ayam. Kacau dan perlahankan api.
  4. Masukkan cream dan susu segar. Masukkan kepah tadi dan kacau. Tunggu mendidih sekejap. Masukkan parsley dan garam secukup rasa.
  5. Curahkan kuah ke atas fettucini yang telah direbus tadi. Boleh dihidang.



Wednesday, 11 November 2009

KUEW TEOW CANTONESE




Kuew teow MH beli 2 bungkus dari kawannya minggu lepas. Lilly simpan dalam fridge tempat beku supaya tahan lama. 'Nak masak apa kuew teow tu? Kuew teow goreng ok?' lilly tanya MH. 'Kuew teow cantonnese la macam kita selalu makan kat hotel dulu'.

Lilly tak pernah masak kuey teow cantonnese tapi secara asasnya tahu macam mana nak masak sebab masakan cina agak mudah dimasak berbanding masakan melayu. Boleh agak-agak...letak bawang putih, pakai sos tiram, tepung jagung dan stok ayam. Lagipun lilly pernah tengok 'live' bagaimana kuey teow cantonnese dimasak waktu lilly order lunch semasa berkerja sekejap di OCBC.

Tapi lilly masih meronda mencari resepi kuew teow yang sedap sebagai rujukan. Lilly gunakan resepi dari mykitchensnippets blog.


Kuew Teow Cantonese Style

Bahan-bahannya:
300 gram kuew teow
5 ketul ayam -dipotong kecil
8 ekor udang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji telur -dipukul sedikit
sayur paksoy

Bahan A
2 sudu kecil kicap soya
1 sudu kecil tepung jagung
secubit serbuk lada sulah

Bahan B
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap soya
1 sudu kecil gula
2 cawan stok ayam (lilly guna 2 cawan ait + 1 kiub ayam)

Bancuhan tepung jagung
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air

Cara menyediakannya:

  1. Perap ayam yang telah dipotong kecil dengan kicap soya dan sedikit lada sulah. Biarkan sekejap.
  2. Panaskan kuali dan letak 1 sudu besar minyak. Masukkan satu sudu besar kicap soya dan kemudian masukkan kuew teow. Balik-balikan sehingga keperangan. Angkat.
  3. Panaskan kuali dan letakkan 1 sudu besar minyak. Tumis bawang putih sehingga keperangan dan naik bau. Masukkan ayam yang telah diperap dan kacau rata. Masukkan udang. Biarkan seminit dan kemudian masukkan bahan B.
  4. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sayur paksoy dan bancuhan tepung. Kacau dan rasa kuah secukup rasa. Padamkan api. Masukkan telur yang telah dipukul.
  5. Kacau kuah dengan laju dan curahkan kuah di atas kuew teow. Sedia untuk dimakan.

Thursday, 5 November 2009

MACARONI N CHEESE


Hari Rabu di sini macam hari Jumaat di Malaysia kerana hujung minggu di Arab Saudi ialah pada hari Khamis dan Jumaat. Selalunya hari Rabu lilly akan masak yang simple atau yang special.Kenapa hari Rabu??? Hari Rabu lilly dan keluarga akan jalan-jalan window shopping dan pergi beli barang dapur di hypermarket. Dan hari rabu juga hari bertukar selera...jemu juga kalau makan nasi dan lauk je.
Macaroni n cheese ini resepi olahan lilly sendiri daripada resepi asal kak jeni kerana lilly tidak menggunakan sos spageti instant.


Resepi macaroni n cheese

Bahan-bahannya:
400-450 macaroni

Spageti sos
500 gm daging cincang - dibersihkan dan ditos
4 ulas bawang putih -dikisar
1 biji bawang besar -dikisar
7 sb tomato pes
1 biji buah tomato -dicincang
1/4 biji lada benggala hijau (capsicum) -dihiris kecil
1 cawan cendawan butang -dihiris
500 ml air
5 sb gula
2 sb garam
2 sb minyak zaitun
3 helai daun bay
1 sb oregano crushed
1 sb tepung jagung

Sos krim
750 ml susu segar/long life
3 sb tepung gandum
2 sb mentega
150 gm cheddar cheese -diparut

Cara membuat macaroni sos:

  1. Rebus macaroni dengan masukkan sedikit minyak dan garam. Angkat dan toskan macaroni apabila sudah masak dan lembut.
  2. Panaskan periuk dengan minyak zaitun. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar. Kacau sehingga naik bau. Masukkan daging cincang dan kacau. Masukkan tomato pes. Kacau rata.
  3. Masukkan air kemudian masukkan buah tomato,daun bay dan oregano. Kacau rata dan tunggu sehingga mendidih. Perlahankan api sederhana kecil.
  4. Masukkan cendawan jika suka. Kemudian masukkan gula dan garam.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau. Rasa masin dan manis sos spageti. Biarkan kuah masak sehingga sedikit pekat.
  6. Masukkan macaroni yang telah direbus tadi dan kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Cara membuat sos krim.

  1. Masukkan susu segar ke dalam periuk dan panaskan periuk dengan api sederhana perlahan.
  2. Masukkan tepung dan kacau sehingga tepung tidak bergentel.
  3. Apabila bancuhan susu sudah mendidih masukkan mentega dan 3/4 bahagian cheddar cheese. Kacau sehingga bancuhan sedikit pekat. Ketepikan.


Cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan bekas pembakar.
  2. Masukkan 1/2 adunan macaroni sos merah ke dalam bekas pembakar dan ratakan. Kemudian masukkan 1/2 adunnan sos krim di atas permukaan macaroni sehingga rata menutupi bahagian.
  3. Ulang no 2 hingga habis. Tabur lebihan cheddar cheese di atas sos krim. Lilly tidak tabur cheese kerana ketiadaan stok.
  4. Bakar macaroni antara 15-20 minit. Boleh dihidang.


Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails