Brunch kuew Teow Kung Fu semalam. Biasalah bila weekend....terus brunch. No breakfast. Dinner pula seawal 5.00 - 6.00 petang.
Bangun pagi...terus pikir nak masak kuew teow Kung Fu bila tengok ada 2 paket kuew teow dalam freezer. Macam mana dapat kuew teow? Sapa lagi kalau bukan dari Idah. Pembekal kuew teow dari Malaysia di Riyadh ni.
Kuew Teow Kung Fu
My style
Bahan-bahannya:
300 gram kuew teow
2 biji telur
5 ketul ayam -dipotong kecil
8-10 ekor udang (tapi lilly ganti dengan
sedikit hirisan daging yang telah direbus
2 ulas bawang putih
1/2 batang carrot- dihiris nipis
sedikit sayur kubis cina @paksoy
Bahan A
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap soya
1 sudu kecil gula
2 cawan stok ayam (lilly guna 2 cawan air + 1 kiub ayam)
2 sb tepung jagung
Cara menyediakannya:
- Penyediaan kuew teow. Pukul telur dalam satu bekas. Masukkan kuew teow. Rendam sekejap. Panaskan kuali dan letak 1 sudu besar minyak. Masukkan kuew teow tadi dan balik-balikan sehingga keperangan. Angkat.
- Panaskan kuali dan letakkan 1 sudu besar minyak. Tumis bawang putih sehingga keperangan dan naik bau. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan daging yang telah direbus. Biarkan sekejap. Kemudian masukkan bahan A.
- Tunggu sehingga mendidih. Masukkan carrot dan sayur. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau dan rasa kuah secukup rasa. Padamkan api.
- Hidangkan kuew teow yang telah digoreng dengan kuah. Sedia untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment