Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts

Tuesday, 6 October 2009

GULAI LEMAK NENAS IKAN MASIN


Gulai lemak nenas ikan masin memang sedap bila di makan bersama nasi panas-panas dan ayam goreng. Lilly masak gulai lemak nenas bila ingin bertukar selera...kerana lilly jarang masak gulai lemak bersantan.

Bahan-bahannya:
4-5 potong ikan kurau masin
1/2 biji buah nenas- dipotong kecil
1 bawang besar - dikisar halus
2 ulas bawang putih - dikisar
3-4 biji cili padi - dikisar
sedikit kunyit - dikisar
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit
2 cawan santan -10 sb santan serbuk
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
  1. Rendam ikan masin sehingga lembut. Bersihkan ikan masin dan toskan.
  2. Buang kulit nenas dan potong sederhana kecil berbentuk tigasegi.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga masak sedikit. Masukkan 1 cawan air dan serai. Tunggu sehingga mendidih.
  4. Masukkan nenas yang telah dipotong kecil. Masak seketika.
  5. Masukkan santan dan daun kunyit. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
  6. Kemudian baru dimasukkan ikan masin supaya ikan masin tadi tidak hancur. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sentiasa.
  7. Tutup api setelah kuah masak dan mendidih.



Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails