Showing posts with label Soup. Show all posts
Showing posts with label Soup. Show all posts

Tuesday, 9 August 2011

Veal Soup



Semalam juga lilly masak veal soup untuk lauk berbuka puasa. Memang sedap sup daging kita kalau kita pakai veal @ anak lembu. Tapi make sure campur juga dengan bahagian yang bertulang baru rasa kick sup tu. Orang kat rumah ni memang suka makan sup daging teruatamanya veal atau naimi. MasyaAllah dagingnya memang lembut dan kurang berlemak berbanding daging lembu biasa. MH siap cakap nak bawa balik veal dan naimi bila balik Malaysia raya nanti. Boleh ke? Dia kata dekat Malaysia takde semua tu. Tapi memang betul pun bila pikir balik. Daging lembu dekat Malaysia tak sama dekat Riyadh. Tak tahu kenapa. Begitu juga ayam... hhmmm.


Sup Daging
Sumber: lilly dapurdriyadh

Bahan-bahannya:
1 kilo daging lembu -(bertulang) direbus sehingga empuk
3 bawang putih - dikisar halus
1 1/2 biji bawang besar - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
2 sb perencah sup daging ayam Adabi
1 bunjut sup ayam
1 batang cellery - dihiris nipis
2 ubi daun bawang
1 biji kentang dibelah 4
1 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 liter air atau lebih
1 1/2 sb garam halus
daun bawang
bawang goreng

Cara membuatnya:
  1. Bersihkan daging dan rebus daging dengan 2 liter air hingga empuk. Ketepikan.
  2. Panaskan periuk dengan 2 sudu besar minyak. Apabila agak-agak minyak sudah panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
  3. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Kacau sehingga naik bau. Masukkan perencah sup daging ayam yang telah digaul dengan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging berserta air rebusan. Masukkan sup bunjut dan ubi daun bawang. Tunggu sehingga mendidih. Perlahankan api.
  5. Masukkan kentang dan tutup periuk . Biarkan lebih kurang 10 -15 minit sehingga kentang masak. Buka semula tudung periuk.
  6. Masukkan batang cellery dan garam. Tambah garam lagi jika perlu. Tutup api.
  7. Taburkan daun bawang dan bawang goreng sewaktu menghidang.


Monday, 3 May 2010

Mee Isi Ketam dan Bebola Ikan

Jom makan! Ini mee chineese style mengikut citarasa sendiri....resepi main campak-campak dan menggunakan bahan yang ada di dapur. Habis licin dikerjakan kami sekeluarga.

Mee Cina dengan Isi Ketam dan Bebola Ketam

Bahan-bahan:
10 keping isi ketam - dibahagi 2 @ 3
10-15 bebola ikan - bahagi 2
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos soya
500 ml stok ayam
1/2-1 kiub ayam "Maggi"
1 pokok daun sup, diambil ubinya dan juga di potong panjang
1/2 batang carrot - dipotong nipis serong
1 pokok sayur pak choy
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air
1 biji telur putih
500ml air
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak bijan

Bahan Lain:
1- 2 bungkus Chineese Noodles - dicelur jika suka
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap

Cara membuatnya:
  1. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih yang dicincang dan goreng hingga wangi.
  2. Masukkan stok ayam, air dan ubi daun bawang. Biarkan mendidih. Masukkan sos tiram, sos soya, kuib ayam dan carrot. Biarkan sekejap 3-5 minit.
  3. Masukkan isi ketam dan fish ball. Tambah garam secukup rasa. Masukkan bancuhan tepung jagung dan telur putih dan kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan sayur pak choy dan daun bawang.
  5. Hidangkan bersama chineese noodles dan tabur kan dengan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan juga cili kicap jika suka.







Sunday, 18 April 2010

Sup Tauhu Sayur


Love tauhu! Tapinya dalam rumah ni hanya lilly je yang suka tauhu. MH masak tauhu macam ni lagilah tak boleh makan tauhu tu. MH yang bergoreng sambal boleh terima lagi. Anak-anak masa suap dalam mulut boleh makan. Tapi bila dah nampak tauhu dalam pinggan dan tanya itu apa...terus tak nak makan. Last-last lilly sorang je la makan tauhu itu semalam. Sup tauhu sayur ni sesuai untuk orang diet.


Sup Tauhu Sayur

Bahan-bahannya:
4 ketul tauhu - dipotong 2
1 biji bawang besar size sederhana - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 cm halia dihiris
1 batang carrot -dipotong bulat/serong
4 kuntum bunga kobis -dipotong sederhana
1/2 biji tomato - dibelah 2
seikat sayur paksoy - dipotong
1/2 kiub perisa ikan bilis
1 liter air
1 sb garam
daun bawang
bawang goreng


Cara membuatnya:
  1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng sedikit sehingga naik bau. Masukkan tauhu dan goreng sekejap.
  2. Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih. Masukkan carrot dan kiub perisa ikan bilis. Tunggu hingga carrot lembut sedikit.
  3. Masukan bunga kobis, tomato dan dan garam dan biar sekejap. Rasa masin dan tambah garam jika perlu.
  4. Akhir sekali masukkan sayur paksoy, kacau dan tutup api. Tabur bawang goreng dan daun bawang sewaktu menghidang jika suka.

Friday, 13 November 2009

CREAM of MUSHROOM SOUP and GARLIC BUTTER BREAD





Hari Jumaat selalunya lilly akan buat english breakfast seperti scramble eggs, baked beans, french toast dan instant mushroom soup. Jarang sekali breakfast nasi lemak, bihun, nasi goreng....kebiasaan sarapan pagi orang Malaysia. MH lebih suka breakfast english style. Tapi sekali-sekala lilly akan buat juga....lilly akan plan dulu hari sebelumnya.

Resepi cream of mushroom soup ini adalah daripada blog kak jeni mokhtar dan garlic bread resepi lilly sendiri.

Cream of Mushroom Soup

Bahan-bahannya:
5 cawan cendawan butang segar (lilly guna 3 cawan saje)
1 1/2 cawan stok ayam (1 kiub ayam + air)
1/2 cawan bawang cincang
1/8 sdt thyme kering (lilly tak letak)
3 sdb mentega
3 sdb tepung gandum
1/4 sdt garam
1/4 sdt serbuk lada hitam (lilly tak letak)
1 cawan half-and-half (1/2 cawan susu segar + 1/2 cawan whip cream)

Cara membuatnya:
  1. Masukkan cendawan, stok ayam, bawang dan thyme dan periuk dan rebus selama hingga cendawan empuk.
  2. Setelah empuk masukkan dalam food processor atau blender, kisar tapi jangan sampai hancur cendawan tu. Biar nampak chunky2 sikit.
  3. Dalam periuk lain, cairkan mentega dan masukkan tepung. Kacau campuran tersebut sehingga sebati. Masukkan campuran susu segar dan whip cream, garam, lada hitam dan campuran cendawan yang dikisar tadi.
  4. Kacau selalu sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Sedia untuk dihidang.





Garlic bread

Bahan-bahannya:
Roti france@ Roti sandwich
*Garlic butter*
5 ulas bawang putih
100g butter- suhu bilik
daun parsley secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Kupas kulit bawang putih. Belah dan buang bahagian tengah (bahagian ni boleh menyebabkan rasa pahit). Basuhkan. Kemudian rebus sekejap bawang putih hingga lembut.
  2. Angkat dan lenyekkan bawang putih tadi. Masukkan bawang putih dan pasli ke dalam butter. Kacau biar sebati.
  3. Sapu garlic butter di atas roti.
  4. Bakar sekejap bergantung kepada kegaringan yang anda suka.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails