Tuesday, 9 August 2011

Veal Soup



Semalam juga lilly masak veal soup untuk lauk berbuka puasa. Memang sedap sup daging kita kalau kita pakai veal @ anak lembu. Tapi make sure campur juga dengan bahagian yang bertulang baru rasa kick sup tu. Orang kat rumah ni memang suka makan sup daging teruatamanya veal atau naimi. MasyaAllah dagingnya memang lembut dan kurang berlemak berbanding daging lembu biasa. MH siap cakap nak bawa balik veal dan naimi bila balik Malaysia raya nanti. Boleh ke? Dia kata dekat Malaysia takde semua tu. Tapi memang betul pun bila pikir balik. Daging lembu dekat Malaysia tak sama dekat Riyadh. Tak tahu kenapa. Begitu juga ayam... hhmmm.


Sup Daging
Sumber: lilly dapurdriyadh

Bahan-bahannya:
1 kilo daging lembu -(bertulang) direbus sehingga empuk
3 bawang putih - dikisar halus
1 1/2 biji bawang besar - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
2 sb perencah sup daging ayam Adabi
1 bunjut sup ayam
1 batang cellery - dihiris nipis
2 ubi daun bawang
1 biji kentang dibelah 4
1 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 liter air atau lebih
1 1/2 sb garam halus
daun bawang
bawang goreng

Cara membuatnya:
  1. Bersihkan daging dan rebus daging dengan 2 liter air hingga empuk. Ketepikan.
  2. Panaskan periuk dengan 2 sudu besar minyak. Apabila agak-agak minyak sudah panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
  3. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Kacau sehingga naik bau. Masukkan perencah sup daging ayam yang telah digaul dengan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging berserta air rebusan. Masukkan sup bunjut dan ubi daun bawang. Tunggu sehingga mendidih. Perlahankan api.
  5. Masukkan kentang dan tutup periuk . Biarkan lebih kurang 10 -15 minit sehingga kentang masak. Buka semula tudung periuk.
  6. Masukkan batang cellery dan garam. Tambah garam lagi jika perlu. Tutup api.
  7. Taburkan daun bawang dan bawang goreng sewaktu menghidang.


No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails