Showing posts with label Desserts. Show all posts
Showing posts with label Desserts. Show all posts

Tuesday, 24 January 2012

Triffle Blueberry Whipped Cream Cheese


Petang semalam tekak say a teringin hendak menelan Triffle setelah melihat tiffle di rumah Noorsha 1001 Cerita 1001 Rasa semasa saya blogwalking. Thanks to Noorsha kerana telah memberi idea kepada saya untuk membuat triffle dengan cara saya sendiri. Macam biasa menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Saya menggunakan lebihan blueberry filling, biskut oreo dan buah kiwi. Saya sertakan resepi asal dari Noorsha untuk rujukan masa hadapan dan juga sukatan bahan-bahan yang saya gunakan pada hari itu.


Trifle lilly

Bahan-bahan untuk 3 cawan:
6 keping biskut oreo-hancurkan
1/2 cawan susu segar/long life
1 sachet whipping cream
1/2 susu segar/ long life
1 sk esenvanila
60 g cream cheese
1/2 cawan blueberry filling
2 sb gula
3 biji buah kiwi

Cara menyediakannya:

Sediakan whipping cream cheese dengan mengikut arahan di atas kotak dan masukkan juga cream cheese dan juga esen vanilla. Putar hingga licin dan kental.

Untuk sos blueberry- Panaskan blueberry filling bersama sedikit air dan gula di dalam microwave selama 1 minit. Keluarkan, kacau rata dan ketepikan.



RESEPI TRIFFLE RASPBERRY BERSAMA KRIM KEJU DAN BISKUT COKLAT CHIP
Sumber : Noorsha


Bahan²Untuk Dasar Triffle
10 keping biskut coklat chip – ramas kasar
½ cawan susu segar

Bahan² Untuk Krim Keju
125 gram krim keju
125 gram yogurt asli
50 gram susu pekat manis
2 sudu besar gula halus
1 sudu besar perahan air lemon

Bahan² Untuk Sos Raspberry
200 gram buah raspberry segar
1/3 cawan gula

Bahan Hiasan
Sedikit buah raspberry segar
Sedikit buah ceri segar
Sedikit biskut coklat chip – ramas kasar

Cara Menyediakan Dasar Triffle
1. Masukkan biskut coklat chip yang telah diramas kasar ke dalam bekas triffle. Masukkan 2 -3 sudu besar susu ke dalam bekas tersebut dan kacau rata. Ketepikan

Cara Menyediakan Krim Keju
1. Didalam mangkuk pengadun satukan krim keju, yogurt asli, susu pekat, gula dan perahan lemon. Putar hingga licin. Ketepikan seketika

Cara Menyediakan Sos Raspberry
1. Masukkan buah raspberry segar bersama gula kedalam periuk. Panaskan dengan api perlahan. Kacau sentiasa hingga raspberry empuk dan hamper hancur. Matikan api.
2. Apabila telah suam, masukkan sos yang terhasil kedalam mesin pengisar. Kisar hingga halus. Ketepikan seketika.

Cara Menyediakan Triffle
1. Ambil cawan @ bekas yang berisi dasar biskut tadi. Masukkan 2 sudu makan krim keju. Kemudian masukkan pula sedikit sos raspberry.
2. Ulang silangan krim keju – sos raspberry – krim keju – sos raspberry hingga memenuhi cawan @ bekas triffle tadi.
3. Hiaskan dengan lebihan raspberry segar, biskut coklat chip yang diramas kasar dan buah cherry segar.
4. Masukkan sebentar ke dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum dihidang.



Sunday, 17 April 2011

Puding Roti Epal Karamel



Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah tak sangka Puding Roti Epal Karamel, resepi baru lilly tokok tambah dari resepi asal Puding Roti Choc Chips dan Pisang menjadi dan sedap. Surprisingly, MH pun suka puding roti ni walaupun lilly sedia maklum dia memang tak suka bread pudding.
Ammar dan Aisyah terus je minta nak makan puding roti ni bila dah siap bakar. Tak sabar nak tunggu sejuk betul-betul terus mintak nak ngap. Mungkin kerana bau wangi gula karamel membuatkan diaorang tak sabar nak makan.
Perfect combination! Puding roti epal karamel ini rasenya memang sedikit manis tetapi apabila dimakan bersama potongan epal hijau yang masam memang sedap.


Puding Roti Epal Karamel


Sumber: Dari dapur di Riyadh

Bahan-bahannya:

12 keping roti - dibuang kulit
2 cawan susu segar/long life
1/2 cawan gula
4 biji telur
1/4 cawan minyak jagung
1 sk esen vanila
2 sudu besar mentega
1 cawan gula - boleh kurangkan jika suka
2 biji epal hijau - dibuang kulit dan potong dadu
10 biji kurma
Gula ising


Cara membuatnya:

  1. Potong tepi kulit 9 keping roti dan koyakkan. Rendamkan roti dengan susu di dalam satu bekas selama 1/2 jam.
  2. Pukul telur dan 1/2 cawan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila dan minyak jagung. Kacau rata.
  3. Cairkan 1 cawan gula di atas kuali hingga keperangan seperti buat gula hangus. Masukkan mentega dan epal yang telah dipotong dadu. Kacau rata. Tutup api dan terus curahkan karamel ke dalam no 2 dan kacau.
  4. Kemudian masukkan bancuhan tadi di dalam bancuhan roti. Masukkan kurma yang telah dihiris dan kacau rata. Ketepikan.
  5. Ambil 3 keping roti dan koyakkan dan susun dalam bekas membakar. Curahkan no 3 ke dalam bekas. Pastikan semua roti tadi terendam.
  6. Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit atau sehingga keperangan.. Keluarkan dan sejukkan. Ayak gula ising di atas puding jika suka.



Wednesday, 30 March 2011

Puding Fruit Cocktail Sos Kastard

Assalamualaikum.
Lama sangat rasenya lilly tak update rumah lilly ni dengan resepi baru yang telah dicuba dan memang menjadi n best. Sejak dari preggy pertengahan last year hinggalah baby Muhammad Anas sudah berusia 2 bulan... satu dua resepi nak post pun susah ataupun malas sebenarnya...mood dah hilang ke mana...huhuhhh.

Tapi seawal 7.30 pagi semalam lilly berjaya membuat puding fruit cocktail. Sos kastard lilly buat tengahari sikit. Resepi puding fruit cocktail ini resepi asalnya adalah puding longan dari Rosmarlina @ Jintanmanis yang telah di tokok tambah sedikit. Lilly buat 2 adunan kerana untuk di bawa ke usrah petangnya. Senang sangat nak buatnya. Rasa puding bila makan dengan sos kastard Masya Allah memang sedap lemak berkrim. Lagi sedap bila dimakan dingin.

Picture di bawah adalah puding fruit cocktail yang telah siap dihidang utk di bawa ke usrah. Lilly hiaskan dengan hirisan prune dan buah nangka dalam tin. Nampak menarik tak?




Puding Fruit Cocktail Sos Kastard


Bahan-bahannya:(satu adunan)
4 gram serbuk agar-agar
beberapa biji buah longan -lilly ganti dengan 1 tin fruit cocktail
300ml susu segar- boleh ganti dengan susu sejat (lilly guna long life milk)
200ml air
4 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)

Untuk Sos kastard
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)
1/2 cawan susu segar@susu sejat - (lilly guna long life milk)
1/2 cawan air (lilly tambah lagi
1/4 cawan air lagi utk sukatan 2 adunan)
2 sudu besar gula (lilly letak 3 sb gula)
1 telur kuning utk 2 adunan supaya kuah nampak pekat dan berkrim

Cara-caranya:



  1. Masuk serbuk agar-agar di bancuh dengan 2 sudu besar air, susu segar dan air ke dalam periuk. Masukkan juga air gula dari fruit cocktail. Masak dan kacau sebati dan biarkan agak mendidih.

  2. Masukkan fruit cocktail, gula, bancuhan tepung kastard dan kacau selalu sehingga agak pekat. Akhir sekali masukkan puding di dalam acuan yang disukai dan sejukkan sebentar pada suhu bilik baru di masukkan di dalam peti ais.

  3. Buat Kuah Kastard, masukkan semua bahan sos kastard di dalam periuk dan kacau sebati, kacau sehingga sos menjadi berkilat dan pekat, jika terlalu pekat boleh juga tambahkan sedikit air. Sejukkan sos kastard di dalam fridge.

  4. Cara menghidang. Keluarkan puding dari acuan dan masukkan ke dalam mangkuk. Curahkan sos kastard di atas puding. Hiaskan dengan hirisan prune dan buah nangka. Atau mengikut citarasa dan kraetiviti masing-masing :).

    Tuesday, 9 November 2010

    Puding Pelangi


    Frust rasenya buat puding ni sebab pelanginya tak menjadi. Apa-apa pun rasenya sedap. But Ammar complain kenapa rasa puding ni lain. Maybe dia compare dengan rase puding roti marble yang lilly selalu buat kot.

    Lilly punya puding cepat mengeras semasa hendak letak di dalam bekas. Nak kata slow sangat buat kerja tak de lah. Mungkin lilly terkurang letak susu cair. Lilly letak 200ml susu cair je. Sebabnya tak tahu exactly sukatan susu cair tu. Di sini sukatan satu tin susu cair lain-lain. Lilly main agak-agak je. Next time kena tambahkan lagi susu cair rasenya ataupun kurangkan sedikit serbuk agar-agar kepada 8 gram.

    Puding Pelangi
    Sumber: Alma MyResepi

    Bahan-bahan ( 5-6 orang )
    10g serbuk agar2
    650ml air
    200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok) - lilly kurangkan kpd 180gm
    60gm mentega
    1 biji telur
    ½ tin susu cair
    1 sudu makan tepung custard
    1 sudu makan serbuk koko - lilly letak 1/2 sudu kecil choc emulco
    1/2 sudu teh vanilla
    pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

    Cara-cara:
    1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
    2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
    3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
    4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
    5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
    6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
    7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....sori ler, puding yg buat ari tu xmcm pelangi sgt baru je msk dlm fridge, anak I stir sket ngan jarinye - xsabor nk mkn :(

    Saturday, 29 May 2010

    Rich Chocolate Pudding



    Pagi tadi kawan lilly dan juga jiran sebelah rumah, Iza buat morning coffee kat rumah dia merangkap demo buat kuih kasui. Lilly bawa sejug teh tarik dan juga sepinggan rich choc pudding. Sebabnya nak buat benda yang paling senang dan mudah. Al maklumlah lilly ni bukan jenis orang yang rajin masuk dapur pagi. Lagilah bila hari Sabtu, semalamnya weekend...memang malas nak masak.

    Lilly pun carilah resepi yang paling mudah dan lama tak buat dalam folder resepi dalam my laptop. Ternampak resepi rich choc pudding ni. Apalagi...terus buatlah.


    Rich Choc Pudding
    sumber junjs11 MyResepi

    Bahan-bahan:
    1/2 cawan serbuk koko
    1 cawan gula
    1/2 cawan susu tepung
    1/2 sudu teh garam
    4 1/4 cawan air
    4 sudu besar tepung jagung
    1/2 sudu teh esen vanilla
    3 sudu besar butter
    1 paket serbuk agar2 (10gm)

    Cara-cara:
    1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
    2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
    3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

    Monday, 10 May 2010

    Baby Bread Pudding


    Suka sangat tengok bread pudding ni...comel kecik molek. Naik seri dan menarik bila lilly letak hirisan buah strawberry di atasnya. Lilly buat dua adunan resepi ni. Mudah dan cepat membuatnya. Resepi asal dari kak fida myResepi.


    Baby bread pudding

    Bahan-bahan ( 6 keping )
    2 keping roti putih
    2 sb tepung jagung
    3 sb gula halus
    100 ml susu cair
    2 biji telur (guna 1 putih telur saja)
    1-2 titik esen vanilla
    sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
    sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
    mangkuk muffin - disapu majerin

    Cara-cara:
    1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
    2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
    3. Masukkan roti dan buah2an campur (akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
    4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis. Lilly tabur juga hirisan badam di atasnya.
    5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
    6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
      ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

    Wednesday, 31 March 2010

    BUBUR SUM-SUM MARBLE


    Ammar request lilly buat bubur sum-sum semalam. So tengahari tadi lilly pun buat bubur sum-sum sebelum Ammar balik sekolah pukul 2.30 petang.Bubur sum-sum ni kegemaran anak-anak lilly...mungkin kerana di makan dengan air gula melaka.

    Bubur sum-sum ini sudah kali ke-4 lilly buat bulan ni. Tapi tak dapat upload resepi kerananya kamera lilly hilang semasa mahu pulang dari Mekah. Banyaklah juga pic food dalam kamera tu...pic birthday Aisyah.. dah takde rezeki.


    Bubur Sum-Sum Marble


    Bahan-bahan:
    1 cawan tepung beras
    2 sudu besar tepung jagung
    1 sudu besar tepung kanji/ubi
    5 cawan santan pekat (lilly letak 2 pek santan segera S&P* + 5 cawan air)
    1 sk garam
    1 sudu besar emulco pandan
    1 helai daun pandan (jika suka)
    (Kurangkan santan sikit jika tidak mahu berlemak sgt)

    Air gula melaka:
    1 ketul gula melaka
    3 cawan air
    1/2 cawan gula
    (Masak semua bahan di atas. Tambah gula jika perlu)



    Cara membuatnya:
    1. Blend semua bahan-bahan diatas kecuali pandan emulco. Masak bancuhan itu di atas api sederhana kecil sehingga likat dan meletup-letup. Tutup api dan ketepikan.
    2. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian letak pandan emulco dan kacau rata.
    3. Masukkan adunan berselang-seli buat marble ke dalam bekas kecil atau nak senang masuk je dalam loyang besar. Sejukkan. Hidangkan bersama air gula melaka.

    Saturday, 13 February 2010

    FRUIT SALAD DESSERT


    Sebenarnya memang tak tahu nak bawa apa untuk jemputan BBQ party last Thursday. Memang malas and takde mood hendak buat dessert....actually MH dah bawa naimi 3 kg untuk party tu. Pagi tu tiba-tiba teringat yang dah lama tak makan fruit salad. Ok juga bawa fruit salad kan. Masuklah dengan tema BBQ. Apalagi kelam-kabutlah lilly buat fruit salad tengahari tu.


    Fruit Salad Dessert
    http://allrecipes.com/recipe/fruit-salad-dessert/Detail.aspx

    Ingredients:
    1 egg
    1/4 cup sugar
    1 tablespoon lemon juice
    2 teaspoons butter or margarine
    1 (8 ounce) can pineapple chunks, drained (lilly tak letak)
    1/2 cup green grapes
    1/2 cup fresh orange pieces
    1/2 cup miniature marshmallows (lilly tak letak)
    1/2 cup whipping cream
    1 tablespoon confectioners' sugar
    lilly tambah
    1/2 cup fresh kiwi pieces
    1/2 cup fresh strawberry slices
    1/2 cup apple pieces


    Directions:
    In a small saucepan, combine egg, sugar, lemon juice and butter; cook and stir over low heat for 5-7 minutes or until thickened. Cool. Meanwhile, combine pineapple, grapes, oranges and marshmallows in a small bowl; set aside. In a small mixing bowl, beat cream and confectioners' sugar until soft peaks form. Fold into fruit mixture. Add cooled dressing. Chill for at least 1 hour.

    Tuesday, 19 January 2010

    PUDING JAGUNG

    Puding jagung ini lilly buat malam Selasa minggu lepas untuk dibawa ke morning coffee rumah kawan pagi esoknya. Tapi tak sempat update blog ini dan keadaan lilly pun tidak mengizinkan kerana lilly kurang sihat..batuk, selesema, demam n sakit tekak...complete.
    Puding jagung ini emergency case...yelah invitation tengahari esok paginya majlis. Pikir nak buat apa yang paling senang dan bahan pun ada...alhamdulillah teringatkan puding jagung yang resepinya ada dalam simpanan file masakan dalam laptop lilly. Senang sangat membuatnya.

    Puding Jagung
    Sumber MyR oleh F&N

    Bahan-bahannya:
    1 cawan tepung kastad
    1 cawan jagung manis
    3/4 cawan gula (lilly tambah ke 1 cawan gula)
    3 cawan air
    1 1/2 cawan susu cair (lilly tukar 1 cawan susu cair + 1/2 cawan santan)

    Cara membuatnya:
    1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
    2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
    3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan.

    Monday, 11 January 2010

    AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA


    Lilly suka agar-agar santan ni dari kecik. Sebabnya mak lilly selalu buat bila masa kenduri. Masa first time nak buat agar-agar santan ni lilly siap call mak di Malaysia tanya macam mana nak buat. Lilly ada jumpa resepi santan dari blog kak liza, tapi tak faham macam mana layer boleh terjadi. Rupa-rupanya mak cakap layer tu akan terbentuk sendiri bila bancuhan santan tu naik ke atas. Tu mak cakap bancuhan santan tu kena pekat. Lilly agak-agak je bancuhan santan masa first time buat agar-agar santan tu, Alhamdulillah menjadi.
    Dah lama tak buat agar-agar santan ini. Jadinya Jumaat lepas lilly buat agar-agar santan ini, separuh bahagian dibawa ke majlis kenduri aqiqah kawan lilly.

    Agar-agar santan gula melaka

    Bahan-bahannya:
    1 paket agar-agar tali
    1 ketul gula melaka size kecil
    1 cawan gula pasir
    2 liter air
    12 sudu besar santan serbuk
    1 cawan air
    1 biji telur
    1 helai daun pandan disimpul

    Cara membuatnya:
    1. Masak 2 liter air dan agar-agar hingga larut. Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Rasa manis larutan agar-agar tadi mengikut citarasa.Tambah gula pasir lagi jika kurang manis.
    2. Di dalam bekas yang lain, masukkan 250ml air dan serbuk santan. Kacau hingga santan tidak berketul.
    3. Masukkan telur ke dalam bancuhan santan tadi dan kacau lagi.
    4. Kemudian tutup api periuk dan keluarkan daun pandan tadi. Masukkan bancuhan santan. Kacau sedikit saje.
    5. Terus masukkan agar-agar tadi ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan dan boleh dipotong.

    Tuesday, 5 January 2010

    PUDING ROTI CHOC CHIPS & PISANG

    Sayang tengok roti yang terbiar dekat atas kabinet. Lilly pun terpikir hendak buat puding roti pagi tadi. Ronda-ronda cari resepi di internet. Lebih kurang sama aje. Akhirnya terciptalah resepi puding roti pagi tadi.
    Alhamdulillah MH kata sedap puding roti ini walaupun dia tak suka puding roti sebenarnya. MH kata rasa puding roti ini lain dari biasa. Mungkin combination choc chips dengan pisang membuatkannya ada kelainan.


    Puding Roti Choc Chips & Pisang

    Bahan-bahannya:
    9 keping roti - dibuang kulit
    2 cawan susu segar
    1 1/2 cawan gula - boleh kurangkan jika suka kurang manis
    4 biji telur
    1/4 cawan minyak jagung
    1 sk esen vanila
    1/2 cawan choc chips
    2 biji pisang - dihiris serong
    5 biji prune kering -dihiris

    Cara membuatnya:

    1. Potong tepi kulit roti dan koyakkan. Rendamkan roti dengan susu di dalam satu bekas selama 1/2 jam.
    2. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila da minyak jagung. Kacau rata. Masukkan bancuhan di dalam bancuhan roti. Kacau rata.
    3. Masukkan bancuhan ke dalam tempat pembakar. Taburkan choc chips. Susun hirisan pisang dan hirisan prune.
    4. Bakar pada suhu 180 C selama 40-45 minit. Keluarkan dan sejukkan. Enak dimakan sejuk.

    Sunday, 27 December 2009

    LONGAN DENGAN ISI KUNDUR


    Nyamannya tekak bila berbuka dengan manisan ini...longan dengan isi kundur dihirup suam. Ditambah dengan cuaca di luar yang sejuk. Memang nyaman. Lilly letak sedikit daun mint semasa menghidang untuk mendapatkan rasa 'fresh'. Kalau minum sejuk jadilah air longan dengan isi kundur. 2 in1.

    Bahan-bahannya:
    2 liter air
    1-1 1/2 cawan gula pasir
    25 g @ lebih isi longan kering
    50 g @ lebih isi kundur
    sedikit daun mint segar

    Cara membuatnya:
    1. Masukkan air, gula pasir dan isi longan ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana perlahan lebih kurang 1/2 jam.
    2. Masukkan isi kundur. Masak sehingga isi kundur lembut. Rasa manis, tambah gula jika perlu.
    3. Letakkan sedikit daun mint sewaktu menghidang. Sedap diminum suam.

    TEPUNG PELITA


    Sebenarnya sudah lama lilly teringin nak buat kuih tepung pelita ini...tapi tak buat-buat juga. Oleh kerana semalam hari 9 Muharram dan lilly berpuasa pada hari itu, maka semangat untuk membuat kuih ini berkobar-kobar. Terasa macam bulan puasa Ramadhan lah pulak bila berbuka puasa dengan kuih tepung pelita ini.
    Alhamdulillah cubaan pertama membuat kuih ini menjadi walaupun tidak menggunakan kaedah mengukus di dalam acuan daun pisang seperti opah lilly buat. Kuih tepung pelita ini orang Kuala Kangsar panggil Kuih Limas. Teringat kat opah lilly yang memang teror buat kuih limas ni. Lilly rasa lilly kena belajar dengan opah macam mana nak buat kuih tepung pelita tradisional bila balik cuti summer tahun depan. Rugilah kalau tak belajar...


    Kuih Tepung Pelita

    Bahan-bahannya:
    1 cawan + 3 sudu besar tepung beras
    1 cawan gula
    5 cawan air
    1 sb pati pandan
    sedikit pewarna hijau
    4 sudu besar tepung beras (ratakan)
    4 cawan santan
    sedikit garam
    gula pasir secukupnya

    Cara membuatnya:
    1. Satukan tepung beras, air dan gula di dalam satu bekas. Masukkan pati pandan dan beberapa titik pewarna hijau. Kacau sebati.
    2. Satukan santan, tepung beras 4 sudu besar tadi dan garam di dalam bekas yang lain pula. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
    3. Masak bancuhan no 1 di dalam periuk dengan api sederhana. Kacau sentiasa sehingga adunan masak berkilat dan likat.
      Bila dah masak masukkan dalam bekas acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
    4. Masukkan 2 sudu kecil gula pasir di atas adunan agak-agak sejuk sedikit.
    5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sentiasa sehingga pekat. Angkat santan dan letakkan di atas tepung yg di dalam acuan tadi.
    6. Sejukkan.

    Saturday, 19 December 2009

    PUDING KARAMEL TANPA TELUR

    Resepi ini lilly jumpa diMyResepi. Ini kali kedua lilly buat. Lilly buat puding karamel ini lagi sekali kerana lilly hendak tahu sukatan yang tepat. Sebenarnya lilly dapat request dari kawan lilly di FB 3-4 hari lepas untuk resepinya. Tapi tidak post resepi itu lagi. Lilly rasakan sukatan resepi asal itu sedikit mengelirukan. Jadi lilly telah mengukur berat yang sepatutnya instead guna senduk.
    Rasanya bila tekak ini hendak makan puding karamel, lilly akan buat dengan menggunakan resepi ini. Kerana lilly tidak perlu mengukus....malas nak turunkan periuk kukusan atas kabinet. Masa penyediaan pun sekejap.

    Puding Karamel Tanpa Telur

    Bahan-bahannya: ( 10 orang )
    3/4 cawan gula pasir
    3 sudu besar air
    Bahan A
    7 gm agar-agar serbuk
    4 cawan air
    130 gm gula pasir
    Bahan B
    1 tin besar susu cair (lebih kurang 400g)
    2 sudu makan tepung kastard
    1 sudu kecil vanilla
    (Campur sebati semua bahan C)

    Cara membuatnya:
    1. Hanguskan gula di dalam kuali sehingga gula menjadi cair dan berwarna perang. Masukkan air perlahan-lahan. Kacau sekejap hingga pekat dan tutup api. Masukkan ke dalam bekas.
    2. Dalam periuk didihkan bahan A. Kemudian masukkan bahan B. Kacau rata selama lebih kurang 5-7 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat.
    3. Padamkan api, masukkan adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
    4. Bekukan sebentar, dan hidang. Lebih sedap dihidang sejuk-sejuk.



    Monday, 23 November 2009

    KUNAFA


    Lilly buat kunafa hari Sabtu lepas untuk dibawa ke rumah kawan lilly yang mengadakan sedikit kenduri meraikan kawan-kawan yang akan mengerjakan haji. Kunafa ini lilly dapat dari bibik yang datang mengemas rumah lilly sedikit masa dulu. Lilly gembira sangat lilly dapat belajar cara membuat kunafa kerana lilly pernah melihat perempuan arab membeli pastri itu di Hyper Panda semasa tahun pertama lilly di Riyadh. Lilly tertanya-tanya macam mana nak buat dia. Masa tu rasa nak tanya je...nasib baik ada perasaan segan masa itu.
    Ini kunafa yang kali keempat lilly buat. Memang sedap. Lagi sedap dari kunafa di kedai kawan-kawan lilly cakap. Rasa dia pun kurang manis sangat. Cubalah!

    Sorry lilly tiada gambar kunafa dalam pek. Insya Allah lilly akan letak kemudian.

    Kunafa yang telah dipotong kecil dan diletakkan di dalam bekas cupcakes. Kawan lilly ingat ini manisan arab yang dibeli dari kedai. Lilly tiada kacang pistachio dirumah jadi lilly letak almond flakes.


    Kunafa

    Bahan-bahannya:
    3/4 Pastri kunafa Sunbullah
    175 gram butter

    Cream filling:
    350-360 gram fresh cream
    3 sudu besar spread cream cheese
    3 sudu besar tepung jagung
    1 cawan air

    Sirap:
    1 1/2 cawan gula
    1 1/2 cawan air
    1 sudu kecil vanila

    Cara membuatnya:
    1. Defrostkan kunafa kat luar sebelum ingin membuatnya.
    2. Sirap: Masak gula bersama air dan vanila di atas api sehingga menjadi air gula yang pekat sedikit lebih kurang 10-15 minit. Padamkan api dan ketepikan.
    3. Cream filling: Masukkan fresh cream dan cream cheese di dalam bekas dan pukul hingga tak berketul.
    4. Di atas periuk dengan api yang sederhana, bancuh tepung jagung dan air dan kacau sehingga bancuhan tak berketul. Masak dengan sambil kacau bancuhan tepung jagung tadi sehingga likat.Masukkan bancuhan tepung tadi di dalam bekas yang mengandungi fresh cream dan kacau rata. Ketepikan.
    5. Di dalam satu bekas besar leraikan halus pastri kunafa dan ketepikan.
    6. Cairkan butter di atas api sederhana. Letakkan butter yang telah dicairkan tadi sedikit demi sedikit di atas pastri kunafa sambil gaul balikkan dengan cepat. Buat hingga habis butter dan mengenai semua pastri kunafa tadi.
    7. Di dalam bekas pembakar empat segi 8 x 4 inchi, ambil kurang separuh pastri kunafa dan susun dan tekan padat-padat hingga menutupi bekas. Letakkan cream filling tadi di atas kunafa hingga menutupi bekas. Kemudian susun lebihan pastri kunafa tadi di atas lapisan cream. Tekan dan padatkan perlahan-lahan.
    8. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 C lebih kurang 45 min sehingga kunafa berwarna keemasan.
    9. Setelah masak keluarkan dari oven dan curahkan perlahan-lahan air sirap tadi di atas kunafa. Biarkan sejuk. Kalau suka boleh disimpan di fridge sekejap. Tabur kacang pistachios yang telah dicincang di atas kunafa sebelum dihidang. Lagi sedap jika letak kacang pistachio. Kalau tiada pun tak pe.


    Inilah pastri kunafa yang boleh didapati dikedai.



    Saturday, 14 November 2009

    PUDING ROTI MARBLE



    Lilly buat lagi puding roti marble resepi asal oleh Hana myresepi untuk dibawa ke rumah kawan lilly yang mengadakan usrah dirumahnya sempena pergi mengerjakan haji tahun ini. Lilly doakan semoga mendapat haji mabrur. Amin.

    Puding roti marble ini senang sangat membuatnya. Kalau emergency ada tetamu mahu berkunjung ke rumah atau sebagai buah tangan berkunjung ke rumah rakan tetapi mahu buat benda yang mudah....bolehlah buat puding ini. Rasa memang sedap dan lembut.





    Puding roti marble (Hana myR)

    Bahan-bahannya:
    4 keping roti
    2 biji telur
    1/2 cawan susu pekat
    170 ml susu cair
    8 gram serbuk agar-agar
    1/2 cawan gula - boleh kurangkan
    2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
    3 1/2 cawan air
    2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)

    Cara membuatnya:
    1. Didihkan 3 cawan air,serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
    2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
    3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Padamkan api.
      Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat-cepat!
    4. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding ini mudah membeku.
    5. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam. Enak dimakan ketika sejuk.





    Tuesday, 6 October 2009

    FRUITS TART




    Semangat untuk membuat fruit tarts ini timbul apabila lilly jengok blog Mamafami. Walaupun sebenarnya lilly dah lama berangan-angan nak mencuba buat fruits tart ni...lebih kurang setahun lilly pasang angan ingin mencuba buat tarts. Banyak juga resepi yang lilly simpan..fruits tart, blueberry cheese tart,choc cheese tart egg tart etc...tapi hanya peram dalam folder laptop lilly. Tapi bila lilly jengok blog mamafami, esoknya terus lilly buat dok kerana tak tahan melihat gambarnya yang sungguh menyelerakan.

    Bahan-bahannya:
    Pastry:Sumber dr Chef Alex Goh
    200 g butter
    80g gula aising
    360 g tepung gandum /superfine flour
    1 biji telur
    1/2 sudu kecil esen vanila

    Custard Filling:
    2 sb tepung gandum
    2 sb tepung jagung
    8 sb gula pasir
    500 ml susu segar/ long life
    2 biji telur
    2 sb butter

    Cara membuatnya:
    Pastry:
    1. Pukul butter dan gula sampai kembang.Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen vanila n pukul. Masukkan tepung sampai jadi doh.
    2. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan. Cucuk dengan garfu di atas permukaan terapan supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10 min pada suhu 170-180.
    3. Tunggu sejuk sedikit dan keluarkan shell. Sedia dimasukkan filling atau shell boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.
    4. Sapukan bahagian dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair (jika suka).
    5. Paipkan filling di atas shell tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2. Susun buah-buahan mengikut citarasa dan kreativiti.
      Sedia utk dimakan. Boleh simpan dlm fridge kalau ada lebih..hihihihh

      Untuk filling.
    1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, gula dan sedikit susu di dalam satu bekas dan kacau. Masukan telur dan kacau rata. Masukkan lebihan susu dan kacau rata.
    2. Masak bancuhan di atas api yang perlahan. Kacau selalu supaya tidak berketul dan hangit.
    3. Masukkan butter sederhana semua bahan dan gaul hingga sebati.
    4. Masak sehingga bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.

    Saturday, 22 August 2009

    DADIH STRAWBERRY/COKLAT


    Anak lilly suka dadih ni. Ammar si abang suka dadih strawberry dan adik Aisyah pulak suka dadih coklat. Kalau lilly buat dadih kena buat 2 kali kalau dua-dua perasa susu tu ada. Kalau tak kena pujuk salah sorang...suruh makan juga lain kali mom buat lain.

    Dadih coklat/strawberry
    Bahan-bahannya:
    1 liter air
    1 liter susu perisa strawberry/coklat
    1 cawan gula
    11 g serbuk agar2
    secubit garam

    Cara membuatnya:
    1. Masak air dengan gula sampai gula hancur.
    2. Masukkan susu strawberry/coklat, serbuk agar-agar dan secubit garam. Panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
    3. Tutup api dan tapiskan ke dalam bekas-bekas kecil. Simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

    Anda mungkin juga meminati

    Related Posts with Thumbnails