Saturday, 19 December 2009

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Resepi ini lilly jumpa diMyResepi. Ini kali kedua lilly buat. Lilly buat puding karamel ini lagi sekali kerana lilly hendak tahu sukatan yang tepat. Sebenarnya lilly dapat request dari kawan lilly di FB 3-4 hari lepas untuk resepinya. Tapi tidak post resepi itu lagi. Lilly rasakan sukatan resepi asal itu sedikit mengelirukan. Jadi lilly telah mengukur berat yang sepatutnya instead guna senduk.
Rasanya bila tekak ini hendak makan puding karamel, lilly akan buat dengan menggunakan resepi ini. Kerana lilly tidak perlu mengukus....malas nak turunkan periuk kukusan atas kabinet. Masa penyediaan pun sekejap.

Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan-bahannya: ( 10 orang )
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar air
Bahan A
7 gm agar-agar serbuk
4 cawan air
130 gm gula pasir
Bahan B
1 tin besar susu cair (lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil vanilla
(Campur sebati semua bahan C)

Cara membuatnya:
  1. Hanguskan gula di dalam kuali sehingga gula menjadi cair dan berwarna perang. Masukkan air perlahan-lahan. Kacau sekejap hingga pekat dan tutup api. Masukkan ke dalam bekas.
  2. Dalam periuk didihkan bahan A. Kemudian masukkan bahan B. Kacau rata selama lebih kurang 5-7 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat.
  3. Padamkan api, masukkan adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  4. Bekukan sebentar, dan hidang. Lebih sedap dihidang sejuk-sejuk.



1 comment:

Anonymous said...

bhan c ape ye?

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails