Thursday, 17 December 2009

BUBUR LAMBUK JOHOR STYLE

Bubur lambuk ini selalunya orang Malaysia suka makan bila waktu berbuka puasa. Lilly buat bubur lambuk pun kali terakhir pada Ramadhan lepas untuk di bawa ke rumah kawan yang membuat majlis berbuka puasa bersama-sama. Masa remaja kalau bulan puasa lilly suka bila emak lilly buat bubur lambuk dan karipap. Bubur lambuk kami Johor style...sebab mak lilly orang Muar, Johor. Kiranya lilly ni terikut cara masakan Johor la juga..kahwin pun dengan orang Johor.
Semalam kan hari Rabu jadi lilly masak bubur lambuk dan murtabak segera...


Bubur Lambuk

Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan beras - dibersihkan
150 gm daging dipotong kecil-kecil
segenggam udang kering- dikisar halus
1 biji bawang besar - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
1 1/2 inci halia - dikisar halus
2 sb serbuk kurma
1 sb serbuk sup
1 kiub perisa ayam
1 ketul sweet potato
1 batang carrot
1 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
3/4 cawan santan - 2 sb serbuk santan
kacang goreng
bawang goreng
daun bawang

Cara membuatnya:
  1. Rebus daging hingga empuk.
  2. Panaskan periuk. Letakkan sedikit minyak. Masukan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan rempah kurma dan rempah sup yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga garing sedikit dan naik bau.
  4. Masukkkan daging yang telah direbus bersama-sama airnya. Masukkan beras dan air seperti masak bubur. Tunggu sehingga beras kembang. Masukkan keledek dan carrot.
  5. Masukkan kiub perasa ayam dan garam secukup rasa.
  6. Bila sudah agak2 bubur kembang dan masak masukkan santan dan kacau. Tunggu mendidih dan tutup api.
  7. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan kacang goreng jika suka sewaktu menghidang.

Lilly letak sayur bayam kali ini di dalam bubur sebelum masukkkan santan. Healthy la sikit ada sayur.




3 comments:

Kak Jeni said...

ruzie,
kalau buat bubur ni puasa asyura nanti jgn lupa pass semangkuk :D

lilly said...

hari assyura orang buat bubur asyura kak jeni..lain kali buat bubur lambuk insya Allah pas sikit kat kak jeni..p/s: tak pernah makan bubur assyura

Kak Jeni said...

akak rasa pernah sekali makan bubur asyura. mcm puding aje haha.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails