Showing posts with label Sauce. Show all posts
Showing posts with label Sauce. Show all posts

Monday, 8 February 2010

BEEF STEAK & BLACKPEPPER MUSHROOM SAUCE


First time masak beef steak. Resepi ini daripada kak Wan Surita. Tapi untuk marinate daging kak ieta tak beri sukatan hanya bahan-bahannya aje. Jadi terpaksalah lilly agak-agak aje sukatannya untuk 2 ketul daging. Mula-mula dapat email curious juga ada serbuk kari, ketumbar dan jintan. Siap ber sms dan telephone lagi untuk mendapatkan kepastian. At last, Lilly cuba juga resepi ini juga walaupun sebenarnya takut tak kena dengan tekak MH.....kerananya tekak MH memang teror bab2 makanan ala western ni. Lilly cuba resepi ini kerana ada kawan2 di sini kata sedap beef steak resepi kak ieta...dan lilly ini memang suka cuba resepi kalau kawan2 kata sedap.

Nak tahu first word apabila steak itu masuk ke anak tekak MH? "Rasa sate...". Terkedu lilly sekejap....tak tahu nak cakap apa. Turn lilly pula makan..memang pun ada rasa ala2 sate. Ye lah dah letak ketumbar, jintan manis dan jintan putih ....campur pulak serbuk kari...memanglah ada rasa sate. Tapi bila letak Blackpepper Mushroom Sauce rasa 'sate' itu hilang....not too bad rasanya. Pada firasat lilly kenapa ada rasa sate...pertamanya mungkin sukatan yang lilly buat terlebih...keduanya, lilly pegi blend bahan2 yang perlu ditumbuk sedikit halus...dan ketiga, mungkin kerana resepi ini ada ketumbar dan jintan dan yang terakhir, tekak masing-masing tidak sama.

Macam mana pun rasa Blackpepper Mushroom Sauce itu memang sedap! Tapi kena pandai rasa masa letak garam dan gula...baru Ummphh!



Beef Steak

Bahan-bahannya: sukatan ini dari lilly sendiri
2 pieces sirloin/tenderloin beef - bersihkan dan tos
3 ulas bwg putih - ditumbuk halus
1 inci halia - ditumbuk halus
2 sudu besar sos steak or sos bbq
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam
1 sudu besar madu
1 sudu besar ketumbar - ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil jintan manis - ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil jinta putih - ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk oregano - lilly tambah


Cara membuatnya:

  1. Gaul semua bahan dan gaul rata pada daging. Perap lebih kurang 3-4 jam atau lebih.
  2. Letakkan sedikit minyak zaitun pada grill pan dan masak daging dengan api sederhana. Balik-balikkan sehingga daging masak (lebih kurang 10 minit).
  3. Hidangkan steak dengan mixed vege dan fries.





Black pepper mushroom sauce

Bahan-bahan:
2 sudu besar butter
2 ulas bawang putih dicincang halus - ini lilly tambah sendiri
1 1/2 sudu besar tepung gandum
sebiji bwg besar diptong dadu -
sebiji tomato - dipotong dadu
5-6 cendawan butang - dihiris halus
1 ketul kiub ayam
2 cawan air
sedikit sos cili/sos tomato - lilly tak letak
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam (tumbuk halus)- boleh lebihkan amaun ikut selera


Cara membuatnya:
  1. Cairkan butter dgn api kecil. Apabila cair masukkan bawang putih dan kacau hingga warna keperangan. Masukkan tepung dan kacau.
  2. Masukkan bawang merah dan kacau hingga wangi dan naik bau. Masukkan kiub ayam dan air dan kacau, tambahkan sos cili.
  3. Masukkan tomato yg telah dipotong dadu tadi dan kacau. Masukkan lada hitam yg telah ditumbuk dan kacau hingga menggelagak. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan cendawan butang yg dihiris nipis. Jika sos kurang likat...masukkan sedikit tepung jagung.





Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails