Wednesday 30 December 2009

PUTERI AYU

Dah lama sangat mengidam hendak buat kuih puteri ayu sendiri. Last sekali buat Ogos tahun lepas. Lepas tu terus tak buat dan memanglah tak boleh hendak buat lagi apabila acuan kuih itu diberi pada kawan lilly, kak Zunita. Balik Malaysia beli lagi acuan kuih puteri ayu dan semalam barulah merasmikannya setelah 5 bulan beli isshh..isshhh...isshhh.
Bila lepas habis kelas mengaji al-Quran lilly terus panaskan kukusan. Tak plan apa-apa pun. Bahan-bahan memang ada. Oleh kerana kelam-kabut buat, first and second round kukusan lilly terlupa letak minyak pada acuan. Aduss...memang tak boleh nak keluarkan kuih..melekat. Nasib baik anak lilly ok...dia orang lebih suka makan yang dalam bekas.
Adunan ini dapat banyak memang boleh buat untuk kenduri. Yang tak larat itu nak mengisi dan mengukus beberapa kali kerana periuk lilly sizenya kecil. Bila dah tinggal 1/3 adunan, lilly curahkan je dalam satu loyang. Senang kerja...hah dapat kuih apam sebijik...kih..kih..kih.
Kuih ini memang best sebab still lembut hingga esoknya.

Kuih Puteri Ayu
Sumber: Rossitamz MyR

Bahan-bahannya: ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan)
5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  5. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Sunday 27 December 2009

AYAM MASAK MERAH


Ayam masak merah lilly berbeza sedikit kerana lilly meletakkan sedikit santan. Resepi dari mak lilly. Rasa lemak-lemak gitu. Sedap dimakan dengan nasi tomato, nasi minyak, nasi hujan panas etc yang sejenis dengannya.

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - dipotong kecil
(letak kunyit dan garam dan goreng separuh masak)

10-15 tangkai cili kering @ 4 sb cili kisar
1 1/2 inci halia -dikisar halus
5 ulas bawang putih -dikisar halus
2 labu bawang besar -dikisar halus
1 batang serai -dititik
4 sudu besar pes tomato
1/2 cawan santan
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
bawang besar - dipotong bulat
kacang peas - jika suka

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan 4 sekawan. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar dan serai hingga garing. Masukkan pes tomato dan kacau rata. Masukkan sedikit air jika kering.
  2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, buah tomato, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  3. Gaulkan hingga sebati dan rata. Akhir sekali masukkan santan dan kacau.
  4. Apabila agak sedikit kering bolehlah diangkat


ACAR TIMUN


Bahan-bahannya:
1 batang timun - dipotong nipis bulat
1 labu bawang besar - dibelah 2 dan hiris nipis bulat
1/2 batang carrot - disagat halus
1/2 biji cili merah - dihiris
1/2 biji cili hijau - dihiris
1 sb gula
1 sk garam

Cara membuatnya:
Satukan semua bahan-bahan dan gaul rata. Biarkan 10-15 minit sebelum dihidang.

LONGAN DENGAN ISI KUNDUR


Nyamannya tekak bila berbuka dengan manisan ini...longan dengan isi kundur dihirup suam. Ditambah dengan cuaca di luar yang sejuk. Memang nyaman. Lilly letak sedikit daun mint semasa menghidang untuk mendapatkan rasa 'fresh'. Kalau minum sejuk jadilah air longan dengan isi kundur. 2 in1.

Bahan-bahannya:
2 liter air
1-1 1/2 cawan gula pasir
25 g @ lebih isi longan kering
50 g @ lebih isi kundur
sedikit daun mint segar

Cara membuatnya:
  1. Masukkan air, gula pasir dan isi longan ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana perlahan lebih kurang 1/2 jam.
  2. Masukkan isi kundur. Masak sehingga isi kundur lembut. Rasa manis, tambah gula jika perlu.
  3. Letakkan sedikit daun mint sewaktu menghidang. Sedap diminum suam.

TEPUNG PELITA


Sebenarnya sudah lama lilly teringin nak buat kuih tepung pelita ini...tapi tak buat-buat juga. Oleh kerana semalam hari 9 Muharram dan lilly berpuasa pada hari itu, maka semangat untuk membuat kuih ini berkobar-kobar. Terasa macam bulan puasa Ramadhan lah pulak bila berbuka puasa dengan kuih tepung pelita ini.
Alhamdulillah cubaan pertama membuat kuih ini menjadi walaupun tidak menggunakan kaedah mengukus di dalam acuan daun pisang seperti opah lilly buat. Kuih tepung pelita ini orang Kuala Kangsar panggil Kuih Limas. Teringat kat opah lilly yang memang teror buat kuih limas ni. Lilly rasa lilly kena belajar dengan opah macam mana nak buat kuih tepung pelita tradisional bila balik cuti summer tahun depan. Rugilah kalau tak belajar...


Kuih Tepung Pelita

Bahan-bahannya:
1 cawan + 3 sudu besar tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
1 sb pati pandan
sedikit pewarna hijau
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
4 cawan santan
sedikit garam
gula pasir secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Satukan tepung beras, air dan gula di dalam satu bekas. Masukkan pati pandan dan beberapa titik pewarna hijau. Kacau sebati.
  2. Satukan santan, tepung beras 4 sudu besar tadi dan garam di dalam bekas yang lain pula. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masak bancuhan no 1 di dalam periuk dengan api sederhana. Kacau sentiasa sehingga adunan masak berkilat dan likat.
    Bila dah masak masukkan dalam bekas acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  4. Masukkan 2 sudu kecil gula pasir di atas adunan agak-agak sejuk sedikit.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sentiasa sehingga pekat. Angkat santan dan letakkan di atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  6. Sejukkan.

Wednesday 23 December 2009

SAMBAL UDANG

Kalau beli udang lilly selalunya akan masak sambal udang style lilly. Bezanya dari sambal udang tradisional ialah dicampur pes tomato dan air perahan lemon segar. Jarang rasanya masak udang selain daripada sambal kalau untuk dimakan bersama nasi. Rasa rugi ...kerana sambal udanglah yang paling Ummph bila makan dengan nasi. Betul tak?


Sambal Udang

Bahan-bahannya:
12 ekor udang size sederhana/besar
2 labu bawang besar-dikisar halus
3 ulas bawang putih dikisar halus
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes tomato
2 sudu besar air perahan lemon segar
1 biji tomato
1 batang serai- diketuk
1 inci halia
1 labu bawang - dibelah 6
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula
1/2-1 sudu besar garam

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumiskan bahan kisar, serai dan halia hingga sedikit kering. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing. Masukkan pes tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau. Tunggu hingga mendidih.
  2. Masukkan udang dan kacau rata. Masukan air perahan lemon. Masak sehingga kuah agak-agak pekat. Masukkan tomato dan belahan bawang besar. Kacau. Masukkan garam dan gula. Rasa garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaul rata dan sedia dihidang.


Tuesday 22 December 2009

SAMBAL GORENG

Minggu lepas lilly pergi kedai Indonesia dan telah membeli tempe dan tahu. Alhamdulillah di Riyadh ini terdapat kedai yang menjual barang-barang Asia tetapi tidaklah banyak. At least terubatlah juga bila rindu hendak makan masakan Malaysia yang menggunakan tempe dan tahu. Oleh kerana ada tempe, lilly pun telah membuat sambal goreng semalam. Habis setengah mangkuk lilly ratah je sambal itu...hihihihh.

Sambal Goreng

Bahan-bahannya:
1/2 paket tempe - potong kecil dan digoreng
2 biji kentang - potong kecil dan digoreng
1/2 cawan ikan bilis - digoreng garing
1/2 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak
1 labu bawang besar - dibelah 8

Bahan tumis -dikisar halus
2 labu bawang besar size sederhana
3 ulas bawang putih
sikit belacan- jika suka

3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumiskan bahan kisar hingga kering. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing. Masukkan garam dan gula sikit. Rasa garam dan gula secukup rasa.
  2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis, kentang, tempe dan kacang tadi. Masukkan bawang yang telah dibelah.
  3. Gaul rata dan angkat dari kuali. Sedap dimakan bersama nasi panas.

Saturday 19 December 2009

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Resepi ini lilly jumpa diMyResepi. Ini kali kedua lilly buat. Lilly buat puding karamel ini lagi sekali kerana lilly hendak tahu sukatan yang tepat. Sebenarnya lilly dapat request dari kawan lilly di FB 3-4 hari lepas untuk resepinya. Tapi tidak post resepi itu lagi. Lilly rasakan sukatan resepi asal itu sedikit mengelirukan. Jadi lilly telah mengukur berat yang sepatutnya instead guna senduk.
Rasanya bila tekak ini hendak makan puding karamel, lilly akan buat dengan menggunakan resepi ini. Kerana lilly tidak perlu mengukus....malas nak turunkan periuk kukusan atas kabinet. Masa penyediaan pun sekejap.

Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan-bahannya: ( 10 orang )
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar air
Bahan A
7 gm agar-agar serbuk
4 cawan air
130 gm gula pasir
Bahan B
1 tin besar susu cair (lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil vanilla
(Campur sebati semua bahan C)

Cara membuatnya:
  1. Hanguskan gula di dalam kuali sehingga gula menjadi cair dan berwarna perang. Masukkan air perlahan-lahan. Kacau sekejap hingga pekat dan tutup api. Masukkan ke dalam bekas.
  2. Dalam periuk didihkan bahan A. Kemudian masukkan bahan B. Kacau rata selama lebih kurang 5-7 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat.
  3. Padamkan api, masukkan adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  4. Bekukan sebentar, dan hidang. Lebih sedap dihidang sejuk-sejuk.



Friday 18 December 2009

PASTA SHRIMP AGLIO OLIO with BROCCOLI

Salam. Selalunya pasta orang makan waktu dinner atau lunch. Tapi lilly telah masak Pasta Aglio Olio pagi tadi untuk breakfast. Lilly ambil resepi dari BigOven tapi telah disesuaikan mengikut keadaan dan citarasa. Heavy breakfast sikit hari ini kerana untuk bekal MH ke tempat kerja hari ini.

Pasta Shrimp Aglio Olio with Broccoli

Bahan-bahannya:
450g pasta - direbus separuh masak dan ditoskan
12 ekor udang - dibuang kulit dan dibersihkan
5 ulas bawang putih -dicincang
3o g broccoli - dipotong kecil
3 sb extra virgin olive oil (EVO)
3 sb butter
30 g parmesan cheese
1/2 biji lemon
3/4 cawan stok pati ikan bilis (1/2 kiub pati ikan bilis+air)
1/4 cawan daun parsley yang dicincang halus

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali dengan minyak EVO. Masukkan bawang putih dan masa sehingga bertukar warna keperangan.
  2. Masukkan udang dan masak di atas api sederhana kecil sehingga udang bertukar warna pink. Masukkan brocolli dan stok pati ikan bilis. Kacau dan biarkan 3 minit.
  3. Masukkan pasta dan perahkan jus lemon di atasnya.
  4. Masukkan butter, cheese, daun parsley, garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau rata. Tutup api dan boleh dihidang.

SALAM MAAL HIJRAH 1431H


Salam Maal Hijrah 1431H.
Doa lilly semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Amin.

Thursday 17 December 2009

BUBUR LAMBUK JOHOR STYLE

Bubur lambuk ini selalunya orang Malaysia suka makan bila waktu berbuka puasa. Lilly buat bubur lambuk pun kali terakhir pada Ramadhan lepas untuk di bawa ke rumah kawan yang membuat majlis berbuka puasa bersama-sama. Masa remaja kalau bulan puasa lilly suka bila emak lilly buat bubur lambuk dan karipap. Bubur lambuk kami Johor style...sebab mak lilly orang Muar, Johor. Kiranya lilly ni terikut cara masakan Johor la juga..kahwin pun dengan orang Johor.
Semalam kan hari Rabu jadi lilly masak bubur lambuk dan murtabak segera...


Bubur Lambuk

Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan beras - dibersihkan
150 gm daging dipotong kecil-kecil
segenggam udang kering- dikisar halus
1 biji bawang besar - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
1 1/2 inci halia - dikisar halus
2 sb serbuk kurma
1 sb serbuk sup
1 kiub perisa ayam
1 ketul sweet potato
1 batang carrot
1 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
3/4 cawan santan - 2 sb serbuk santan
kacang goreng
bawang goreng
daun bawang

Cara membuatnya:
  1. Rebus daging hingga empuk.
  2. Panaskan periuk. Letakkan sedikit minyak. Masukan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan rempah kurma dan rempah sup yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga garing sedikit dan naik bau.
  4. Masukkkan daging yang telah direbus bersama-sama airnya. Masukkan beras dan air seperti masak bubur. Tunggu sehingga beras kembang. Masukkan keledek dan carrot.
  5. Masukkan kiub perasa ayam dan garam secukup rasa.
  6. Bila sudah agak2 bubur kembang dan masak masukkan santan dan kacau. Tunggu mendidih dan tutup api.
  7. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan kacang goreng jika suka sewaktu menghidang.

Lilly letak sayur bayam kali ini di dalam bubur sebelum masukkkan santan. Healthy la sikit ada sayur.




Wednesday 16 December 2009

BLUEBERRY MUFFIN


Lilly buat blueberry muffin pagi semalam lepas tengok blueberry filling yang lilly guna buat tarts bulan lepas masih banyak lagi dalam fridge. Dah buat blueberry muffin ini pun ada banyak lagi. Ermm nak kena cuba resepi lain la juga lain kali yang menggunakan blueberry filling. Any idea??? Resepi ini lilly ambil dari ResepiZaar tetapi diolah sedikit. Lilly tidak buat crumble topping untuk ditabur diatasnya seperti resepi asal. Lilly hanya lorekkan blueberry filling di atas muffin itu.



Blueberry Muffin

Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan gula halus
1/2 teaspoon garam
2 teaspoons baking powder
1/3 cawan minyak sayuran (lilly guna minyak jagung)
1 biji telur
1/3 cawan susu segar
1 cawan fresh blueberries (lilly guna blueberry filling di dalam tin)

Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Satukan tepung, gula, garam dan baking powder dalam satu bekas.
  3. Satukan minyak sayuran, telur dan susu dalam satu bekas yang lain. Masukan ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.
  4. Sudukan bancuhan ke dalam separuh cawan muffin. Masukkan blueberry filling di tengah-tengah dan masukkan lagi bancuhan muffin sehingga sedikit penuh. Letakkan sedikit lagi blueberry filling tadi di atas bancuhan. Ambil toothpick dan lorekkan mengikut kreativiti.Ulang sehingga habis.
  5. Bakar muffin selama 15-20 minit.


Sebelum dibakar.


Monday 14 December 2009

PIZZA


Salam. Pizza ini lilly telah buat semalam sebagai lunch Ammar dan Aisyah. Anak lilly bila pulang ke sekolah suka makan yang ringan-ringan....tidak suka makan nasi. Makan nasi lebih kurang pukul 4.00 petang. Jadi semalam lilly telah mencuba buat pizza kali yang kedua. Sos pizza lilly buat resepi olahan sendiri. Rasa juicy bila makan pizza tu. Lilly buat satu pizza size 7 inci dan doh yang selebihnya lilly buat size mini pizza. Size mini doh pizza itu lilly frozenkan sebagai bekal sekolah anak-anak. Bila pagi tadi lilly hanya sapu sos, letak hirisan sosej, tabur cheese dan bakar di dalam oven. Dah siap pizza...specialkan bekal sekolah anak lilly..hehehehhh.


PIZZA

Bahan-bahan doh pizza:
240g tepung serbaguna
1 sb minyak zaitun
1/4 sk garam
1 sk instant dried yeast
160ml air suam

Cara membuatnya: (Bread Maker) :

  1. Masukkan air suam dan minyak ke dalam bekas breadmaker. Masukan garam.
  2. Kemudian masukkan tepung dan yis.
  3. Tekan butang Dough dan biarkan sehingga breadmaker itu berhenti.
  4. Keluarkan doh dan tumbuk-tumbukkan doh supaya angin keluar. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Leperkan doh sehingga ketebalan 1/2 inci atau kurang dan letak di atas tempat pembakar yang telah ditabur dengan sedikit tepung.
  5. Biarkan doh berehat lebih kurang 1/2 jam.
  6. Sapukan sos pizza di atas doh. Letak topping ikut kesukaan masing-masing dan taburkan parutan keju mozarella.
  7. Bakar di dalam oven yang telah dipanasan pada suhu 180C selama 15-20 minit atau sehingga pizza berwarna perang sedikit.


Topping:
Bahan-bahan sos pizza:
2 ulas bawang putih dicincang
100 g daging cincang
3 sb pes tomato
3 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb tepung jagung
sedikit garam
gula secukup rasa
1 cawan air

sosej ayam
hirisan buah zaiton
capsicum hijau
parutan keju mozarella

Cara membuat sos pizza:

  1. Panaskan kuali. Letak sedikit minya zaitun. Masukkan bawang putih dan goreng hingga naik bau. Masukkan daging cincang dan kacau hingga air sedikit kering.
  2. Masukkan pes tomato, sos tomato dan sos cili. Kacau.
  3. Masukkan air dan tunggu hingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkkan air bancuhan tepung jagung sedikit. Kacau. Tunggu sehingga kuah pekat. Tutup api.



Sunday 13 December 2009

MUFFIN PANDAN

Terasa insaf sekejap...bila tengok entry untuk bulan December baru 2 resepi bila dibandingkan bulan November. Kena cari balik semangat yang makin lama semakin hilang ni...semangat untuk memasak dan mencuba resepi baru ....paling penting semangat untuk mengambil gambar food bila sudah siap masak. Sejak 2-3 minggu ini lilly macam malas je nak ambil gambar bila lepas masak. Dah tiada idea nak ambil gambar sudut mana...sama je.

Lilly buat 2 adunan muffin ni....lilly buat perisa pandan dan juga perisa strawberry. Anak lilly lebih suka muffin pandan...dah pun resepi asal memang letak pandan emulco.


Muffin Pandan
Sumber Yani MyR

Bahan-bahan ( 6 biji acuan muffin )
90 g butter
70 g gula halus
1 biji telur
40 ml susu segar
sedikit vanila esen
110 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pandan emulco

Cara membuatnya:

  1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
    Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(Sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
  2. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung).
  3. Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
  4. Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.

Saturday 12 December 2009

SWEET BUN (Alan Ooi)

Salam. Lama rasanya lilly tidak update blog ni. Bila dah sejuk-sejuk ....malas hendak mencuba resepi yang baru. Masak pun simple-simple aje.....masak yang bersup dan goreng ayam untuk budak-budak. Walaupun mood memasak kurang sedikit tetapi lilly still buat roti sebagai bekal anak ke sekolah bila waktu petang. Nak senang....bangun pagi masukkan je roti dalam lunch box dia orang. Lilly tak perlu menyediakan bekal mereka waktu pagi2 buta ditambah dengan suhu yang semakin lama semakin sejuk.


Resepi ini lilly dapat dari kak jeni. Sudah 4 kali buat roti ini dalam masa 2 minggu. 2 adunan setiap kali 'meroti'. Letak inti apa-apa ikut citarasa. Selalunya Lilly lillit dengan sosej ayam....anak-anak lebih suka sosej daripada letak inti kaya atau custard.


Sweet Bun
Sumber : Alan Ooi

Bahan A
300 g high protein flour
1/3 bread improver
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor

Bahan B
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)

Bahan C
40 g mentega

Untuk Sapuan
Fresh milk

Cara membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmaker dan pilih setting doh. Keluarkan doh selepas bm berhenti.
  2. Keluarkan doh roti dan tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Ambil separuh genggam doh dan bulatkan. Ulang sehingga habis.
  3. Leperkan doh dan masukkan inti kaya dan tutup kemas. Biarkan doh naik 2 kali ganda. Sapu susu segar di atas doh. Lilly tidak sapu sapu susu segar.
  4. Bakar bun dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 15 minit. Keluarkan roti. Sapu mentega di atas roti. Sejukkan.

Tuesday 1 December 2009

WAFFLE

Inilah baru breakfast, kata Ammar apabila lilly membuat waffle semalam. Breakfast yang paling senang untuk dibuat...anak-anak pun suka. Resepi ini lilly ambil dari allrecipes.com kerana hanya menggunakan minyak sayuran bukan mentega.

Gambar waffle ini diambil menggunakan pinggan Aisyah...seronok dia.

Waffle
sumber: http://allrecipes.com/Recipe/Waffles-I/Detail.aspx


Bahan-bahannya:
2 biji telur
2 cawan tepung serbaguna
1 3/4 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayuran (lilly guna minyak jagung)
1 sudu besar gula (lilly tambah kepada 3 sb)
4 sk baking powder
1/4 sk garam
1/2 sk esen vanilla

Cara membuatnya:

  1. Panaskan waffle iron. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan tepung, susu, minyak sayuran, gula pasir, baking powder, garam dan esen vanila ke dalam bekas tadi dan kacau rata sehingga tidak berketul.
  2. Sendukkan adunan ke dalam waffle iron dan masak sehingga berwarna keperangan. Hidang panas. Boleh dihidang dengan jem, madu, peanut butter dan nutella.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails