Monday, 11 January 2010

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA


Lilly suka agar-agar santan ni dari kecik. Sebabnya mak lilly selalu buat bila masa kenduri. Masa first time nak buat agar-agar santan ni lilly siap call mak di Malaysia tanya macam mana nak buat. Lilly ada jumpa resepi santan dari blog kak liza, tapi tak faham macam mana layer boleh terjadi. Rupa-rupanya mak cakap layer tu akan terbentuk sendiri bila bancuhan santan tu naik ke atas. Tu mak cakap bancuhan santan tu kena pekat. Lilly agak-agak je bancuhan santan masa first time buat agar-agar santan tu, Alhamdulillah menjadi.
Dah lama tak buat agar-agar santan ini. Jadinya Jumaat lepas lilly buat agar-agar santan ini, separuh bahagian dibawa ke majlis kenduri aqiqah kawan lilly.

Agar-agar santan gula melaka

Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar tali
1 ketul gula melaka size kecil
1 cawan gula pasir
2 liter air
12 sudu besar santan serbuk
1 cawan air
1 biji telur
1 helai daun pandan disimpul

Cara membuatnya:
  1. Masak 2 liter air dan agar-agar hingga larut. Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Rasa manis larutan agar-agar tadi mengikut citarasa.Tambah gula pasir lagi jika kurang manis.
  2. Di dalam bekas yang lain, masukkan 250ml air dan serbuk santan. Kacau hingga santan tidak berketul.
  3. Masukkan telur ke dalam bancuhan santan tadi dan kacau lagi.
  4. Kemudian tutup api periuk dan keluarkan daun pandan tadi. Masukkan bancuhan santan. Kacau sedikit saje.
  5. Terus masukkan agar-agar tadi ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan dan boleh dipotong.

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails