Tuesday, 19 January 2010

LAMBAIAN RINDU 14-16 JAN


Alhamdulillah dipanjat syukur kerana lilly dan MH dapat menjejakkan kaki lagi di bumi bertuah Mekah al-Mukaramah sekaligus mengerjakan ibadah umrah di pagi dinihari 14 Januari 2010, Khamis 3.15 pagi. Hati ini sayu tatkala memandang Kaabah kerana rupanya sudah 7 bulan lilly tidak memijakkan kaki di tanah yang penuh barakah itu. Benarlah kata orang kalau belum dijemput oleh Nya walaupun jarak kita tidak jauh...kita memang tidak akan dapat jemputan.

Kedatangan lilly kali ini disertai dengan dugaan kerananya lilly kurang sihat sebelumnya dan sehingga pulang ke Riyadh. Sakit tekak yang amat perit sewaktu mengerjakan umrah memperlahankan gerakan lilly sewaktu melakukan saie. Bagaimanapun alhamdulillah ibadah umrah selesai pada pukul 5.15 pagi selama 2 jam.

Excitednya kedatangan kali ini membuatkan lilly banyak mengambil gambar di dalam Masjidilharam dan juga kawasan sekitarnya. Terasa macam pertama kali menjejakkan kaki di Mekah gayanya. Lilly dan famili berpeluang menginap di Zam Zam hotel berhadapan pintu no 1 Masjidilharam. Berada di dalam Zam Zam tower terlupa sekejap yang sebenarnya Masjidilharam hanya berhadapannya. Ini kerana terdapat banyak kedai beraneka jenis seperti di Riyadh di dalamnya dari Next, Mothercare, Topshop, Debenhams, Guess etc. Dilengkapi juga dengan food court yang menjual makanan segera seperti KFC, Pizza Hut, Baskin Robbins...No komen.

Lilly dan famili meninggalkan Mekah pada pukul 10 pagi Sabtu untuk menaiki pesawat tengaharinya. Doa lilly semoga lilly dan MH serta anak-anak dapat lagi menjejakkan kaki di Mekah. Amin.





P/s: Walaupun masih belum sihat ku gagahkan juga menaip pengalaman yang berharga ini.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails