Labu Masak Lemak
Bahan-bahannya:
1/2 biji buah labu-ikut size
1/2 bawang besar - dikisar halus
2 ulas bawang putih - dikisar halus
3 biji cili padi - dikisar halus
sedikit serbuk kunyit
1 batang serai dititik
2 helai daun kunyit
1 cawan santan -(1 cawan+ 6 sb santan serbuk)
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
- Buang kulit labu dan potong sederhana kecil berbentuk tiga segi.Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
- Masukkan bahan kisar dan sedikit serbuk kunyit dan tumis sehingga masak sedikit. Masukkan serai, daun kunyit dan 1 cawan air. Tunggu sehingga mendidih.
- Masukkan labu yang telah dipotong. Masak seketika. Masukkan santan, sedikit garam dan gula. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
- Rasa kuah lemak mengikut citarasa, tambah garam jika perlu. Tutup api setelah labu masak dan naik bau.
No comments:
Post a Comment