Tapi apa yang lilly ingin ketegahkan ialah cara memasak nasi lemak ini. Lilly letakkan daun pisang bawah tudung periuk untuk mendapatkan aroma daun pisang. Jimat daun pisang...tidak perlu balut nasi lemak dengan daun pisang untuk mendapatkan baunya. Thank you to my friend kak Dina yang telah memberitahu teknik ini semasa we all pergi picnic 2 weeks ago.
Nasi Lemak
Bahan-bahannya:
2 cawan beras -basuh dan toskan
3 cawan santan - (1 cawan air=3 sb santan serbuk)
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul
1/2 inci halia - dihiris
3 ulas bwg merah -hiris
1/2 sk halba
garam secukup rasa
daun pisang - dibersihkan
Cara membuatnya:
- Masukan semua bahan dalam periuk. Alas tutup periuk dengan daun pisang dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
- Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung periuk dengan daun pisang. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
- Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kacang goreng.
3 comments:
salam ruzie, k.shidah dah link ur blog with mine, if u dont mind :)
bestnya makan nasik lemak. kat rumah ni dah lama jugak tak makan nasik lemak. kononnya nak berdiet.. hehehe
salam kak shidah...tenkiu krn sudi link.
ruzie pun link kak shidah ye..boleh tambah lagi sumber inspirasi
kyrie shoes
kyrie irving shoes
palm angels
supreme clothing
kobe byrant shoes
bape clothing
jordan shoes
goyard
off white
a bathing ape
Post a Comment