Monday, 23 November 2009

KUNAFA


Lilly buat kunafa hari Sabtu lepas untuk dibawa ke rumah kawan lilly yang mengadakan sedikit kenduri meraikan kawan-kawan yang akan mengerjakan haji. Kunafa ini lilly dapat dari bibik yang datang mengemas rumah lilly sedikit masa dulu. Lilly gembira sangat lilly dapat belajar cara membuat kunafa kerana lilly pernah melihat perempuan arab membeli pastri itu di Hyper Panda semasa tahun pertama lilly di Riyadh. Lilly tertanya-tanya macam mana nak buat dia. Masa tu rasa nak tanya je...nasib baik ada perasaan segan masa itu.
Ini kunafa yang kali keempat lilly buat. Memang sedap. Lagi sedap dari kunafa di kedai kawan-kawan lilly cakap. Rasa dia pun kurang manis sangat. Cubalah!

Sorry lilly tiada gambar kunafa dalam pek. Insya Allah lilly akan letak kemudian.

Kunafa yang telah dipotong kecil dan diletakkan di dalam bekas cupcakes. Kawan lilly ingat ini manisan arab yang dibeli dari kedai. Lilly tiada kacang pistachio dirumah jadi lilly letak almond flakes.


Kunafa

Bahan-bahannya:
3/4 Pastri kunafa Sunbullah
175 gram butter

Cream filling:
350-360 gram fresh cream
3 sudu besar spread cream cheese
3 sudu besar tepung jagung
1 cawan air

Sirap:
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil vanila

Cara membuatnya:
  1. Defrostkan kunafa kat luar sebelum ingin membuatnya.
  2. Sirap: Masak gula bersama air dan vanila di atas api sehingga menjadi air gula yang pekat sedikit lebih kurang 10-15 minit. Padamkan api dan ketepikan.
  3. Cream filling: Masukkan fresh cream dan cream cheese di dalam bekas dan pukul hingga tak berketul.
  4. Di atas periuk dengan api yang sederhana, bancuh tepung jagung dan air dan kacau sehingga bancuhan tak berketul. Masak dengan sambil kacau bancuhan tepung jagung tadi sehingga likat.Masukkan bancuhan tepung tadi di dalam bekas yang mengandungi fresh cream dan kacau rata. Ketepikan.
  5. Di dalam satu bekas besar leraikan halus pastri kunafa dan ketepikan.
  6. Cairkan butter di atas api sederhana. Letakkan butter yang telah dicairkan tadi sedikit demi sedikit di atas pastri kunafa sambil gaul balikkan dengan cepat. Buat hingga habis butter dan mengenai semua pastri kunafa tadi.
  7. Di dalam bekas pembakar empat segi 8 x 4 inchi, ambil kurang separuh pastri kunafa dan susun dan tekan padat-padat hingga menutupi bekas. Letakkan cream filling tadi di atas kunafa hingga menutupi bekas. Kemudian susun lebihan pastri kunafa tadi di atas lapisan cream. Tekan dan padatkan perlahan-lahan.
  8. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 C lebih kurang 45 min sehingga kunafa berwarna keemasan.
  9. Setelah masak keluarkan dari oven dan curahkan perlahan-lahan air sirap tadi di atas kunafa. Biarkan sejuk. Kalau suka boleh disimpan di fridge sekejap. Tabur kacang pistachios yang telah dicincang di atas kunafa sebelum dihidang. Lagi sedap jika letak kacang pistachio. Kalau tiada pun tak pe.


Inilah pastri kunafa yang boleh didapati dikedai.



2 comments:

Anonymous said...

Salam, nak tanya, kat malaysia ada jual ke pastri kunafa nie? Nak try buat... tp risau kalau bahan utama kunafa xder kat malaysia..

nor said...

kalau kat malaysia mana nak cari kunafa ni. macama mana bentuknya & rupanya???

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails