Sunday, 8 November 2009

SUP SAYUR CENDAWAN

Boleh dikatakan tiap-tiap hari lilly akan masak sayur air. Ammar dan Aisyah tidak makan pedas dan mesti ada kuah sayur kalau makan nasi. Ikut daddy dia...Sup sayur cendawan dengan ayam....betul ke nama ni? Boleh la...emm...panggil sup sayur cendawan je la ...panjang sangat. Menu ini amat sesuai untuk orang yang tengah 'diet'. Lilly tengah 'diet' ke? Ni la menu waktu lilly terinsaf sekejap nak diet. Kalau diet sapa nak habiskan roti, muffin, kuih yang lilly buat tu... nasib duduk berjiran dengan orang Malaysia. Boleh bagi sedikit pada kawan-kawan kalau terasa banyak sangat makanan sapa nak habiskan.

Lilly kadang-kadang suka masak banyak sikit kalau ada mood rajin dan baik hati...lilly bagi sedikit pada jiran. Tapi lilly selalunya bagi pada seorang atau dua orang pada satu masa kerana lilly suka bagi banyak bahagian pada satu famili.


Sup Sayur Cendawan

Bahan-bahannya:
2 ketul ayam - dipotong kecil
5-6 cendawan kering - direndam dan dihiris
1 biji bawang besar size sederhana
3 ulas bawang putih
1/2 cm halia dihiris
1 biji kentang - dipotong 8
1 batang carrot -dipotong bulat
3 kuntum bunga kobis -dipotong kecil
1/2 biji tomato - dibelah
1 ketul soo hoon - direndam dahulu..tapi soo hoon di dini tak payah rendam
seikat sayur paksoy - dipotong
1 batang zuchini jika suka -dipotong bulat
1/2 kiub ayam
1 1/2 liter air
1 1/2 sb garam
daun bawang
bawang goreng

Cara membuatnya:

  1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng sedikit sehingga naik bau. Masukkan ayam dan kacau.
  2. Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih. Masukkan kentang dan cendawan kering. Biar sehingga kentang hampir lembut dan kemudian masukkan carrot.
  3. Masukan bunga kobis, tomato dan zuchini. Masukkan soo hoon, kiub ayam dan garam dan biar mendidih. Rasa masin dan tambah garam jika perlu.
  4. Masukkan sayur paksoy, kacau dan tutup api. Tabur bawang goreng dan daun bawang sewaktu menghidang jika suka.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails