Sup ayam je dan telur mata kerbau menu untuk makan malam hari Jumaat kebiasaannya. Hubby lilly lagi berselera makan sup ayam begitu juga anak-anak lilly. Katanya nak makan yang 'ringan' sikit setelah semalamnya makan steak....menjadi kebiasaan keluarga kami makan sup ayam hari Jumaat...kasi mom rest masak yang simple.
Hari Khamis lepas hari cuti memasak untuk lilly. (Walaupun cuti tapi masih lagi goreng ayam untuk Ammar n Aisyah). Brunch dengan roti pratha dan kuah kari yang dibeli kedai makanan india....dan dinner seawal 7.00 malam di Chili's. Selepas dinner kami pergi mencari baju sejuk Ammar kerana musim sejuk akan datang tidak lama lagi. Sementara ada Sales.
Kalau orang tanya lilly 'Best duduk Riyah?' Lilly memang mengatakan 'Best!!!" Di Riyadh ada Chili's, TGI, Tony Romas, Applebees, Steak house etc...yang semuanya halal dan tiada bar yang menyediakan minuman keras. Tempat duduk yang luas dan selesa...tidak seperti di Malaysia sebelah meja kita ada meja orang lain yang begitu rapat. Di sini meja makan agak jauh sedikit daripada meja-maja lain...dan ditutupi dengan 'cubical'. Kita juga boleh memilih untuk duduk di tempat yang terbuka yang tiada ditutupi dengan 'cubical'.
Shopping complex memang setanding dengan Malaysia....di kebanyakan shopping complex akan ada kedai-kedai Mothercare, Next, Zara, H&M etc... Nanti lilly ceritakan kisah shopping complex di entry lain kali yea..ke mana perginya kisah resepi sup ayam lilly ni..hihihihh).
Resepi Sup Ayam
Bahan-bahannya:
6-7 ketul ayam - dibersihkan
3 bawang putih - dikisar halus
1 biji bawang besar size sederhana- dikisar halus
1/2 inci halia - dikisar halus
2 sb perencah sup ayam Adabi
1 bunjut sup ayam
1/2 kiub perisa ayam
1 biji kentang dibelah 4
1/2 batang carrot
2 kuntum bunga kobis
1 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 liter air atau lebih
1 1/2 sb garam halus
daun bawang
bawang goreng
Cara membuatnya:
- Panaskan periuk dengan 2 sudu besar minyak. Apabila agak-agak minyak sudah panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
- Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Kacau sehingga naik bau. Masukkan perencah sup ayam yang telah digaul dengan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
- Masukkan air. Masukkan sup bunjut. Tunggu sehingga air mendidih. Perlahankan api.
- Masukkan ayam dan kentang. Biarkan lebih kurang 15 minit sehingga ayam dan kentang masak.
- Masukkan carrot dan kubis bunga.
- Masukkan garam dan kiub ayam dan rasa. Tambah garam lagi jika perlu.
- Tunggu sehingga sup mendidih dan padamkan api.
- Taburkan daun bawang dan bawang goreng sewaktu menghidang.
Lilly juga buat roti sosej pada hari Jumaat itu kerana MH kerja. Itu yang boleh buat kalau tidak lilly kurang selesa lama-lama di dapur apabila hubby ada dirumah...ye lah dia ada dirumah lilly kenalah teman. Lilly buat 2 adunan roti kerana kawan lilly order roti dan juga untuk sarapan pagi hari esoknya keluarga lilly. Lilly gunakan resepi yang sama Roti Sosej Berkeju pada entry yang lepas.
2 comments:
wedding dresses, giuseppe zanotti, instyler, mont blanc, converse outlet, longchamp, babyliss, north face outlet, north face outlet, insanity workout, gucci, vans, hollister, asics running shoes, chi flat iron, ralph lauren, baseball bats, bottega veneta, timberland boots, mac cosmetics, valentino shoes, abercrombie and fitch, mcm handbags, hollister, lululemon, nike air max, hollister, celine handbags, herve leger, ghd, louboutin, soccer jerseys, p90x workout, beats by dre, vans shoes, ray ban, nike air max, nike trainers, new balance, ferragamo shoes, nike huarache, reebok shoes, lancel, nfl jerseys, nike roshe, oakley, iphone cases, jimmy choo shoes, birkin bag, soccer shoes
kyrie shoes
kyrie irving shoes
palm angels
supreme clothing
kobe byrant shoes
bape clothing
jordan shoes
goyard
off white
a bathing ape
Post a Comment