Salam...
Hampir dua bulan rasenya lilly tidak meletakkan apa-apa entry mengenai masakan. Mood hendak mencuba resepi baru macam terkubur sekejap. Mood untuk berblogging memang langsung takde...hanya rajin menjengah rumah bloggers je tengok apa yang dimasak. Lilly hanya masak lauk yang menjadi kebiasaan dan mmembuat kuih resepi ulang tayang yang memang sudah terjamin jadi dan sedap. Ohh..terlupa pulak lilly ada membuat biskut raya resepi famili MH bulan puasa lepas dan juga dua tiga resepi baru. Insya Allah lilly akan post kan resepinya jika ada kelapangan.
Dua hari yang lepas lilly cuba membuat pau yang menggunakan double action baking powder. Resepi pau dari Mat Gebu yang telah ditambah tolak mengikut kata hati. Lilly skip cuka sebab dah expired dan tambahkan sedikit bread improver kerana lilly hanya menggunakan tepung gandum bukan tepung pau seperti di dalam resepi. Alhamdulillah pau menjadi... lembut dan gebuss. Jom tengok resepi.
Pau CMG
Bahan-Bahannya :
240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau-lilly guna tepung gandum
1 camca teh Double-Acting baking powder
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)-lilly tak letak
lilly tambah 1/4 sk bread improver
Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2-lilly letak inti kari daging
Cara membuatnya :
- Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
- Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
- KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
- Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
- Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba.
3 comments:
www11.17
jordan shoes
moncler outlet
fitflops clearance
canada goose outlet
louboutin shoes
ugg boots
off white shoes
skechers shoes
coach outlet
clarks outlet
cheap jordans
golden gooses
off white clothing
nfl store
michael kors outlet
yeezy boost 350
kevin durant shoes
adidas stan smith shoes
michael kors handbags
calvin klein underwear
s3r57q7e37 p1n89l6s28 o4z86p4k63 a3v58q2o82 k5o25e5d29 g2q33l6d31
Post a Comment