Saturday 31 December 2011

Kuih Bakar Keledek Marble


Salam semua dan anak mummy jika suatu hari nanti membaca resepi ini. Hanya tinggal beberapa jam lagi kita akan masuk ke tahun baru iaitu tahun 2012. Tentu banyak kenangan suka duka sepanjang tahun 2011. Yang baik jadikan kenangan, yang pahit kita jadikan sempadan. Kenangan yang paling manis bagi keluarga lilly ialah dengan kehadiran Muhammad Anas. Anas pun sudah makin besar dan bijak.
Untuk entri yang terakhir tahun ini, Lilly nak berkongsi resepi kuih bakar keledek. Resepi ciptarasa dari dapurdriyadh. Alhamdulillah memang sedap dan pasti tidak mengecewakan. Cubalah!

Kuih Bakar Keledek Marble
Resepi oleh: lilly dapurdriyadh.blogspot.com

Bahan-bahan:
300 gm keledek yg telah dilenyek - lenyek baru timbang
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan santan pekat
3/4 cawan gula pasir
3 sb susu pekat
2 sb ghee -dicairkan
1/2 sk garam halus
Pewarna kuning dan hijau
1 sb pes pandan
Bijan untuk ditabur

Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali pewarna, pes pandan dan bijan.
  2. Tapis bancuhan. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  3. Letak satu bahagian pewarna kuning dan lagi satu bahagian pewarna hijau dan juga pes pandan. Kacau rata.
  4. Panaskan loyang atau acuan yang bergris atas dapur selama 2-3 minit.
  5. Masukkan bancuhan berselang-seli ke dalam acuan. Tabur bijan di atas bancuhan tadi.
  6. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga masak pada suhu 180 C.

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails