Saturday, 21 January 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake (SMECC)


Kek SMECC ini saya buat bersempana ulang tahun Anas yang pertama pada 18 Januari. Doa mummy Semoga Muhammad Anas menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Aamin.

Seringkali kek coklat menjadi kek tema untuk apa-apa majlis di rumah saya.. birthday Ammar, Aisyah, MH dan juga anniversary saya dan MH. Birthday saya hanya kek beli dari kedai kerana takkan saya akan membuat kek birthday sendiri. Tiap-tiap tahun saya akan membuat kek coklat kerana anak-anak dan MH memang gemarkan kek coklat. Masa itulah saya akan mengambil kesempatan mencuba resepi yang berlainan.

Untuk birthday Anas satu tahun, saya membuat SMECC. Kek yang dulu saya ingat saya buat, tapi sebenarnya saya telah membuat Kek Coklat Kukus Tanpa Telur resepi oleh DJ juga. Kek ini sesuai untuk Anas kerana tidak menggunakan telur.

Tengoklah Ammar dan Aisyah yang seronok berposing depan birthday cake adik mereka. Teruja mereka bila mummy menghias kek sebegitu. Mummy mereka dah upgrade sikit tu yang excited sangat rasenya. Kalau tahun sebelumnya, mummy mereka hanya pandai taburkan coklat yang diparut saje atas topping.



Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails