Tuesday, 24 January 2012

Biskut Oat Choc Chips


Bila budak cuti sekolah, saya terpaksa mencari sesuatu aktiviti supaya Aisyah tidak bosan duduk di rumah. Berlainan dengan abangnya yang sudah nampak mempunyai minat terhadap sesuatu, Aisyah seperti mencari-cari apa yang dia gemari.

Saya pun sekali lagi menjadi peserta MasterChef Malaysia, mencipta satu resepi cookies oat pada petang tersebut. Aisyah menolong saya menyudu doh di atas dulang pembakar. Tugas saya menjadi semakin mudah, hanya perlu membuat sedikit QC supaya sama size dan menekan garfu atas doh yang telah disudukan.



Biskut Oat Choc Chips
Resepi oleh lilly dapurdriyadh.blogspot

Bahan-bahan
175g mentega
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sk esen vanilla
1 cawan tepung serbaguna
2 cawan oat
1/2 cawan choc chips - lebih pun ok
1/2 cawan choc bar - dicincang
1 sk baking powder
1/4 sk garam halus

Cara membuatnya:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan tepung serbaguna, baking powder, garam dan oat. Masukkan choc chips dan choc cincang. Gaul rata.
  2. Bulatkan dan letak di atas dulang pembakar. Tekan sedikit doh tadi dengan garfu perlahan-lahan. Buat sehingga habis dengan susun jarak antara biskut 2 inci.
  3. Bakar selama 12-15 minit dengan suhu 165C. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails