Saturday, 21 January 2012

Kek Chiffon Pandan


Hanya sekali saja saya buat kek Chiffon rasanya tak silap 2 tahun lepas. Kek Chiffon pandan resepi dari kawan saya Rumey. Tapi malangnya saya tak simpan resepi tersebut. Dua minggu lepas saya cuba-cuba nak cari resepi chiffon cake yang lebih kurang serupa macam kawan saya bagi tu. Saya terjumpa satu resepi yang seakan-akan sama di rumah Yatie.
Dengan lafaz Bismillah, saya pun memberanikan diri membuat kek Chiffon Pandan dengan bantuan CK hadiah prezen dari MH untuk saya tahun 2010 yang baru di test 3-4 kali. Haah....tak sangka senang betul ada CK bila nak buat adunan jadi meringue.
Best betul kek chiffon pandan resepi Yatie. Anak-anak suka, mak lagilah suka. Oleh kerana best sangat, saya buat tiga kali kek Chiffon Pandan ni dalam masa 2 minggu lepas. Baru la ada masa nak simpan resepi dalam blog sendiri untuk rujukan masa depan. Thank you Yatie atas resepi chiffon cake yang superb ni.




Kek Chiffon Pandan
Sumber resepi: Yatie

Bahan-bahan

Bahan A
6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak Mazola
2/3 cawan santan pekat
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
pewarna hijau dan perisa pandan
1 1/2 cawan tepung gandum *diayak*
2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A):
  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup).
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan (B):

  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c.
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.




Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails