Kuih Lapis Pisang
Saya suka mencuba resepi baru bila angin rajin datang menghembus tetapi saya menghadapi masalah untuk update resepi dan menyimpan gambar syok sendiri untuk rujukan sendiri. Selalunya berminggu selepas saya mencuba resepi tersebut, barulah ada masa untuk meletakkan enti tersebut. Itu belum termasuk berapa lali berhenti dan sambung balik hanya untuk satu resepi. Kalau paling teruk pernah sampai satu dua hari sebab terlupa.
Ok ketepikan dahulu masalah saya untuk meletakkan entri dalam rumah yang kurang tetamu dulu. Sayakan suka pisang, maka saya pun telah membuat Kuih lapis Pisang untuk jamuan usrah gabungan ibu bapa pada suatu petang. Nak dijadikan cerita, pada petang itu, saya kurang berhati-hati menyebabkan satu tin telah terjatuh dari kabinet dan terlanggar tepi mangkuk adunan. Tetapi tidak termasuk dalam adunan yang telah dibahagi dua. Maka tertumpahlah sedikit adunan itu...huhuhuhh. Itu yang tengok lapisan merah sedikit nipis berbanding lapisan pisang. Kalau tak jadi Pelamin Angan Ku Musnah la hari tu.
KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci)
Sumber: Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza)
Bahan A:-
Sumber: Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza)
Bahan A:-
- 2 cawan santan (lilly guna 1 1/2 paket santan S&P+ air 2 cawan)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula pasir
- 2 sudu makan tepung beras
- 2 sudu makan tepung kastad/jagung (lilly guna tepung jagung)
- 1 sudu teh garam
- 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
- 1/4 cawan air
- sedikit pewarna kuning
- 1/4 cawan air
- sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
- Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
- Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
- Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
- Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
- Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
- Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
- Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
- Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
- Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
No comments:
Post a Comment