Tuesday, 20 December 2011

Kek Coklat Kukus Tanpa Telur

Alhamdulillah pada Ilahi kerana telah memberikan kesempatan utk Lilly menulis entri ini. Dah hampir dua minggu sebenarnya lilly buat kek ini. Ini baru ada kelapangan untuk berceloteh. Actually lilly nak try buat kek Super Moist Eggless Chocolate Cake (SMECC) by Dayang tapi sebenarnya baru perasan kek yang Lilly buat ni bukan SMECC tapi Kek Coklat Kukus Tanpa Telur masa nak CNP tadi. Hahaha...macam manalah boleh tersalah baca resepi. Itulah betul kata orang kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.
KCKTT ni sebenarnya Lilly buat esok harinya selepas buat Rainbow Chiffon Cake sebab kesiankan Aisyah. Tapi entri ni yang keluar dulu.. hihih sebab senang sikit hanya CNP je resepi. Hari yang Lilly buat Rainbow Chiffon Cake tu dia tak makan sangat kek tu. Sebenarnya Aisyah tu hantu kek coklat. Ammar pulak yang makan banyak....Ammar makan suku kek! Percaya ke tidak.
KCKTT ni memang sedap dan moist sangat. Simpan 3 hari pun still moist je.Tapi utk kek coklat ni Aisyah kureng sikit. Mungkin kerana kek ni terlalu moist dan very chocolaty dengan Lilly yang ada menderhaka sikit pada resepi, tambah lagi dengan topping choc.

Kek Coklat Kukus Tanpa Telur
by : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 6" x 6"

bahan A :
125 g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
2 sudu kecil serbuk penaik

bahan B :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar (lilly guna susu choc)
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam

bahan C :
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon

Cara-cara :

  1. Sediakan pengukus. Didihkan airnya.
  2. Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  3. Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
  4. Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
  5. Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
  6. Tutupkan loyang dengan kertas foil.
  7. Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
  8. Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
  9. Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
  10. Kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar.
    kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
  11. Kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails