Tuesday, 25 August 2009

KUIH CARA MANIS


Bila cerita tentang kuih cara manis ni, kuih ini bukanlah favorite lilly. Lilly mencuba kuih ini kerana ianya mudah dan bahan-bahannya mudah didapati. Kuih cara manis ini lilly buat hanya bila lilly perlu membawa pot luck untuk jemputan makan di rumah kawan.

Bahan-bahannya: ( dalam 12 biji )
100gm tepung
200ml santan sederhana pekat/susu segar
1 sudu besar jus pandan @ esen pandan
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau
gula pasir sebagai inti

Cara membuatnya:
  1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Blend semua bahan di atas dan tapis.
  2. Panaskan acuan, lengser dengan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
  3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sebab kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..

KEK PISANG


Banyak resepi kek pisang yang lilly jumpa. Tapi lily suka yang mudah, tak pakai butter yang menggunakan minyak. Bukan apa malas nak defrost kan butter tu. Bila teringin nak buat kek pisang dan pisang pun ada, boleh terus je buat.

Bahan-bahannya:
150g pisang - dilecek
180g tpg gandum
180g gula halus /gula icing
3 biji telur
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam

Cara membuatnya:
  1. Campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih.
  2. Masukkan ke dalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 170 darjah selama 40 - 50 minit. Taburkan hirisan badam jika suka.
  3. Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

LEPAT PISANG


Pertama kali buat lepat pisang ni rasa eeh..senangnya. Ammar dan aisyah pun suka. Cerita pasal lepat pisang ni teringat Ammar pernah menangis minta buat lepat pisang pukul 9.00 malam. Mula-mula malas juga nak melayan kerenahnya. Tapi dah menangis teresak-esak, lilly buat juga...nasib senang. Lepas tu lilly simpan baki lepat pisang yang dah siap masak tu dalam fridge 2 hari untuk dia makan. Bila Ammar nak makan lily kukus sekejap. Lepat pisang ni tahan sebab lilly tak letak kelapa.

Bahan-bahannya:
2 cawan pisang yang telah dilenyek
3/4 cawan tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
Sedikit garam
Daun pisang yang secukupnya
(cuci daun pisang dan lap kering. Potong daun pisang 6x6 inci)

Cara membuatnya:
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali daun pisang ke dalam bekas dan kacau.
  2. Sudukan bahan di tengah-tengah daun pisang yang telah dipotong dan lipat dengan kemas.
  3. Kukus selama 15-20 minit.

PULUT PANGGANG



Idea nak buat pulut panggang ni datang kerana adanya stok daun pisang. Selalunya lilly kalau ada daun pisang kat fridge tu lilly buat lepat pisang je. Resepi pulut panggang ni lilly ambil dari MyResepi oleh umi_e. Resepi ni mudah kerana tak perlu kukus pulut...masak dalam microwave je.
ulut panggang oleh umi_e MyR
Bahan-bahannya:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan
garam secukup masin
serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
beberapa helai daun pandan
daun pisang secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Cuci beras pulut dengan air suam.
  2. Masukkan santan, garam dan daun pandan.
  3. Tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)
  4. Bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudian potong panjang 10 inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
  5. Ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang.
  6. Ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi.
  7. Tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup.
  8. Gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya.
  9. Letak atas api dan balik-balikkan hingga garing

Saturday, 22 August 2009

DADIH STRAWBERRY/COKLAT


Anak lilly suka dadih ni. Ammar si abang suka dadih strawberry dan adik Aisyah pulak suka dadih coklat. Kalau lilly buat dadih kena buat 2 kali kalau dua-dua perasa susu tu ada. Kalau tak kena pujuk salah sorang...suruh makan juga lain kali mom buat lain.

Dadih coklat/strawberry
Bahan-bahannya:
1 liter air
1 liter susu perisa strawberry/coklat
1 cawan gula
11 g serbuk agar2
secubit garam

Cara membuatnya:
  1. Masak air dengan gula sampai gula hancur.
  2. Masukkan susu strawberry/coklat, serbuk agar-agar dan secubit garam. Panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
  3. Tutup api dan tapiskan ke dalam bekas-bekas kecil. Simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

Friday, 21 August 2009

MURTABAK SEGERA


Murtabak segera ini ciptaan lilly semasa bulan Ramadhan 2008. Yelah teringin nak makan murtabak semasa berbuka puasa....kat sini mana ada bazar Ramadhan macam kat Malaysia. So terciptalah resepi murtabak segera ni.
Murtabak segera
Bahan-bahannya:
Kulit popiah saiz besar

Inti:
750 gram daging cincang (beef 500gm + mutton 250gm)
2-3 biji bawang besar - dipotong dadu kecil
3 ulas bawang putih dicincang
1-2 ji kentang dipotong dadu kecil (kalau tak suka lentak kentang boleh skip)
1 ½ sudu besar rempah kari
1 ½ sudu besar rempah kurma
1-1 ½ sudu besar garam
1 ketul kiub ayam
Daun bawang potong kecil2 (ikut kita byk mana)
3-4 biji telur

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali dengan minyak. Tumis bawang besar bersama bawang putih sehingga layu dan naik bau.
  2. Masukkan daging cincang,rempah kari dan rempah kurma dan kacau sampai hancur. Masukkan air sedikit supaya tak kering.
  3. Masuk kentang, tambah air jika perlu untuk pastikan kentang empuk.
  4. Masukkan kiub ayam dan garam. Masak sehingga kering dan tutup api.
  5. Masukkan daun bawang. Kacau.
  6. Masukkan telur yg telah dipukul ke dalam periuk tadi. Kacau sedikit bahan inti tadi.Tunggu sejuk sedikit sebelum dimasuk dalam kulit popiah.
  7. Letak inti daging atas kulit popiah di tengah-tengah. Kalau suka letak telur yang telah dipukul sedikit sebelum melipat empat segi.
  8. Untuk sealkan murtabak letak air bancuhan tepung.
  9. Goreng murtabak dengan minyak yg sikit dan api yang sederhana kecil… nanti rupa tak cantik.

Kuah bawang
1-2 bawang besar dihiris2.
1 sb cuka
Garam
Gula
Air suam
2-3 titik pewarna merah

Cara membuat kuah bawang:
Campurkan semua bahan di atas di dalam bekas dan kacau.

KEK EPAL



Resepi asal kek epal ini datangnya daripada kak Elin jiran lilly. Ada cerita di sebalik resepi ini. Lilly sebenarnya telah tersalah tengok sukatan baking powder semasa membuat kek epal ini. Encik suami siap kata sedap...macam kat kedai lagi. Pastu bagi satu slice kat dua orang kakak jiran tetangga...kata sedap juga! Siap kata macam kek epal kat Struddle gitu.

Lilly tak perasan silap sampailah kawan lilly ni meminta resepi. Bila tengok balik barulah perasan silap. Patutlah lain sikit macam kak Elin yang selalu buat. Tapi lilly memang dah ikut sukatan yang tersalah tu sebab lilly suka kek epal tu lembap-lembap. Untuk topping kek epal ni pun lilly telah membuat sukatan sendiri. Sebabnya resepi asal kak Elin terlalu banyak.




Kek epal

Bahan-bahannya:
3 biji epal hijau (dikupas kulit dan diparut halus)
3 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu besar perasa vanila
1 sudu kecil baking powder

Campurkan semua bahan diatas, gaul dan biarkan sekejap.

1 cawan tepung serbaguna
1 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak jagung
2 biji telur

Cara membuatnya:
  1. Pukul telur,masukan minyak dan kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. Campurkan tepung dan gaul rata.
  2. Masukan campuran epal tadi dan di gaul rata semuanya. Bakar dalam acuan yg telah disapu sedikit mentega dan sedikit tepung. Guna pembakar spring bulat berdiameter 24 inci.
  3. Bakar adunan pada suhu 150 darjah celsius selama 1 jam.

Topping:
1 cawan mentega
180 gram krim keju
1 sudu teh perasa vanila
1 1/2 cawan gula icing

Cara membuatnya:

  1. Pukul mentega dan krim keju sehingga berkrim.
  2. Masukkan vanila dan 1 cawan gula aising. Tambahkan gula kalau terlalu cair atau tambahkan air/susu kalau pekat.
  3. Sapu adunan tadi diatas kek setelah kek sejuk.
  4. Ayak baki gula icing tadi diatas kek.
  5. Hiaskan kek dengan hirisan epal di sekeliling kek sekiranya suka.


IKAN KUKUS


Sudah lama sebenarnya lily berangan-angan untuk ada blog sendiri tentang koleksi resepi masakan. Untuk koleksi diri sendiri dan yang paling penting ialah untuk anak-anak lily. Yalah nanti bila lilly dah tua atau sudah tiada adalah kenangan untuk anak lily dikongsi bersama keluarga mereka dan rakan-rakan... Walaupun tak seberapa.
Sebenarnya tak tahu nak start macam mana dan tak tahu nak letak resepi apa dulu. Kalau ikutkan lilly ada berpuluh-puluh koleksi resepi masakan tetapi kebanyakannya bukan resepi lilly sendiri...almost orang lain punya hehehehh. Sebabnya lilly ni taklah pandai memasak sangat dan rajin memasak sebelum datang ke bumi Saudi ni. Maklumlah dulu bekerja. Masak yang simple-simple...kuih-muih beli je. Dekat Malaysia cakap aje nak apa...boleh cari. Dah duduk sini nak makan kenalah buat sendiri. Lagi satu dah boring duduk rumah tak tahu nak buat apa...cubalah masak mengikut resepi yang diambil dari MyR ataupun dari blogger masakan.
So, resepi pertama yang lilly nak attach ni adalah dari resepi lilly sendiri. Resepi yang paling mudah dan simple...Ikan Kukus.

Ikan Kukus

Bahan-bahannya:
1-2 ikan mengikut size
Bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji lemon
1 biji tomato dibelah 4
½ batang carrot
Caulilower
Cili merah - hiasan
Nenas jika suka
Daun bawang di hiris panjang –hiasan
Bawang goreng
1 sb perasa tom yam
secubit garam

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Basuh ikan dengan perahan lemon hingga hilang bau hanyir.
  3. Letakkan ikan di dalam bekas. Gaul ikan dengan perasa tom yam dan garam. Perah ½ biji jus lemon di atas ikan.
  4. Susun bawang merah, bawang putih, hirisan halia, carrot dan cauliflower.
  5. Susun tomato, lebihan lemon, cili merah dan nenas jika.
  6. Kukus ikan di dalam kukusan antara 30 minit.
  7. Angkat ikan. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng


Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails