Friday, 21 August 2009

KEK EPAL



Resepi asal kek epal ini datangnya daripada kak Elin jiran lilly. Ada cerita di sebalik resepi ini. Lilly sebenarnya telah tersalah tengok sukatan baking powder semasa membuat kek epal ini. Encik suami siap kata sedap...macam kat kedai lagi. Pastu bagi satu slice kat dua orang kakak jiran tetangga...kata sedap juga! Siap kata macam kek epal kat Struddle gitu.

Lilly tak perasan silap sampailah kawan lilly ni meminta resepi. Bila tengok balik barulah perasan silap. Patutlah lain sikit macam kak Elin yang selalu buat. Tapi lilly memang dah ikut sukatan yang tersalah tu sebab lilly suka kek epal tu lembap-lembap. Untuk topping kek epal ni pun lilly telah membuat sukatan sendiri. Sebabnya resepi asal kak Elin terlalu banyak.




Kek epal

Bahan-bahannya:
3 biji epal hijau (dikupas kulit dan diparut halus)
3 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu besar perasa vanila
1 sudu kecil baking powder

Campurkan semua bahan diatas, gaul dan biarkan sekejap.

1 cawan tepung serbaguna
1 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak jagung
2 biji telur

Cara membuatnya:
  1. Pukul telur,masukan minyak dan kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. Campurkan tepung dan gaul rata.
  2. Masukan campuran epal tadi dan di gaul rata semuanya. Bakar dalam acuan yg telah disapu sedikit mentega dan sedikit tepung. Guna pembakar spring bulat berdiameter 24 inci.
  3. Bakar adunan pada suhu 150 darjah celsius selama 1 jam.

Topping:
1 cawan mentega
180 gram krim keju
1 sudu teh perasa vanila
1 1/2 cawan gula icing

Cara membuatnya:

  1. Pukul mentega dan krim keju sehingga berkrim.
  2. Masukkan vanila dan 1 cawan gula aising. Tambahkan gula kalau terlalu cair atau tambahkan air/susu kalau pekat.
  3. Sapu adunan tadi diatas kek setelah kek sejuk.
  4. Ayak baki gula icing tadi diatas kek.
  5. Hiaskan kek dengan hirisan epal di sekeliling kek sekiranya suka.


Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails